CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Nak Aku Lempang?" Selamba Buang Sampah Dalam Sungai, Wanita Berjubah Hitam Berang Dirakam

28-11-2023 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5981| Komen: 33

Description: Seorang gadis bertindak berani menegur wanita berjubah hitam yang didakwa membuang sampah ke sungai.
Seorang gadis bertindak berani menegur wanita berjubah hitam yang didakwa membuang sampah ke sungai.

“Kenapa buang sampah dalam sungai? Betul atau salah, buang dalam tu?” soalnya.

Namun wanita itu memperlekehkan tegurannya dengan mengeluarkan kata-kata yang sarkastik.


“Ye ke? Tak ada tulis pun. Dia (sungai) sakit ke? Benda tu nyawa ke? Kalau aku lempang muka kau kat sini karang, apa pun tak dapat.

“Kau nak ceramah kat aku, pergi ceramah kat orang lain. Dah blah (beredar), aku lempang karang,” kata pelaku itu yang kemudian menghalaunya.

Gadis tersebut kemudian memberi amaran untuk membuat laporan polis sekiranya wanita itu benar-benar mahu menampar mukanya.



“Pergilah buat laporan polis, pergilah! Karang aku lempang kat sini,” ujar wanita itu dengan angkuh.

Gadis dikenali sebagai Syera itu berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang menunggu seorang rakan berdekatan stesen LRT Pasar Seni di Kuala Lumpur, pada Ahad.

Dia kemudian melihat seorang wanita memegang satu plastik sampah sambil memerhati keadaan sekeliling.

“Dia ingat tak ada orang nampak dia. Jadi saya rakam, manalah tahu dia buang sampah tu ke sungai. Dan sangkaan saya betul, dia memang betul-betul buang sampah ke sungai.

“Saya kemudian pergi dekat dia kerana mahu menegur perbuatan dia itu adalah salah dan minta dia supaya membuang sampah ke dalam tong sampah pada masa akan datang.

“Tapi dia kemudian bertindak agresif dan dia mula mengugut untuk menampar muka saya,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun gadis berusia 26 tahun itu bersyukur kerana tiada kekerasan berbentuk fizikal berlaku antara mereka.

“Saya kemudian beredar kerana tidak berbaloi untuk bertengkar dengan orang yang bodoh dan saya tidak mahu mencetuskan kekecohan.

“Dia tetap melemparkan kata-kata kesat sewaktu saya meninggalkan lokasi itu.

Menurut Syera, dia sedaya-upaya untuk melakukan perubahan yang lebih baik melalui tegurannya itu, namun terkilan kerana tidak dapat berbuat demikian.

Dia pada mulanya mahu melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum memuat naik video di TikTok namun tidak pasti sama ada perbuatan wanita itu mendapat perhatian pihak berkuasa dan berharap perkongsiannya menjadi tular.

“Itu sahaja yang dapat saya lakukan untuk menyampaikan mesej dan kesedaran bahawa masih ada orang yang macam ni, tetapi mereka tidak mengendahkan teguran orang lain.

“Anda tidak perlu menjadi aktivis untuk prihatin terhadap alam sekitar. Anda hanya perlu menjadi manusia yang bertanggungjawab... jangan buang sampah merata-rata.

“Jagalah alam sekitar dan saling mengingatkan bahawa dengan secebis sampah boleh memusnahkan kehidupan termasuk haiwan dan tempat tinggal,” katanya lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 28-11-2023 12:15 PM
sungai sakit takde nyawa hotak kauuu...rumah kau mesti bersepah busuk. Buang je lah jubah kau tu
Quote tripleid 28-11-2023 12:22 PM
Edited by tripleid at 28-11-2023 03:10 PM

Takpelah.janji beliau melayu, bertudung tutup aurat..stakat buang sampah dlm sungai tu apa la sangat



-acik tudung kepam
Quote nuryakmal 28-11-2023 12:24 PM
Masalahnya ko buang sampah kat situ habis la sungai tu kotor. Sumbat. Bodo.bila banjir , memekak.
Quote KamikuP 28-11-2023 12:24 PM
rUMAH POPMPUAN TU MESTI BERSELERAK KEPAM DAN BYK LIPAS
Quote _kelly 28-11-2023 12:26 PM
lain kali tunjuk muka terus..senang netizen buat kerja
Quote cikatilia 28-11-2023 12:33 PM
bangsat busuk punya betina
Quote salimrock 28-11-2023 12:33 PM
bila banjir , nnti kata sebab bala maksiat, orang tak solat , tak tutup aurah
Quote kasibiman 28-11-2023 12:39 PM
sesapa jumpa pompuan ni kat situ lempang berjemaah je beruk tak reti hidup bermasarakat ni
Quote wirazam 28-11-2023 01:01 PM
_kelly replied at 28-11-2023 12:26 PM
lain kali tunjuk muka terus..senang netizen buat kerja

Setuju...Kasi seret..
Quote Mary_jane 28-11-2023 01:28 PM
Pesen ala2 rohingya je.
Quote prettyuglybabe 28-11-2023 01:39 PM
gaya macam india or rohingya mari je..
Quote n3ar 28-11-2023 01:54 PM
otak takde...cara jawab pun cam tak betul jer perempuan ni.. takde tulis apa ...common sense la
Quote dua_chzy 28-11-2023 01:55 PM
Astaga respoonnnnnn

Real ka berlakon ni, people? Tak boleh blah naw kalau reallll hoiiiiiiii
Quote nw111 28-11-2023 02:34 PM
Eeeiiiiii...mari aku lempang betina ni..loyar buruk giler..x padan perangai rempit dgn pakai jubah...pls la pihak berkuasa tolong hangkut betina ni..
Quote Samerosie 28-11-2023 03:14 PM
Jgn la blur muka, bagi tunjuk sikit.  Nanti senang iols lempang bila jumpa, lepas tu iols nak tanya eh ye ke?  sakit ke kena lempang, meh sini aku lempang lagi.

Btw, Bravo dek tegur dia.  kasi report sama dia.
Quote Abahmung 28-11-2023 03:17 PM
Org mcm ni kena tunjuk dokumentari spt Planet Earth di BBC Earth channel utk lebih menghargai bumi dan makhluk2 didalamnya..
Quote I.K.A888990 28-11-2023 03:32 PM
lain kali lempang je acik tu pastu tolak humban dlm sungai
Quote ketambangkang 28-11-2023 03:41 PM
ahh malas nk caya content gini, hujung2 nanti social experiment katanya
Quote dani-rox 28-11-2023 06:40 PM
i can smell her through the screen

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.063824 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top