CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tertekan Rumah Jiran Jadi Homestay- Bayar RM2000 Sebulan Tapi Hidup Tak Tenang, Selalu Dengar Bising

28-11-2023 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6746| Komen: 40

Description: Seorang wanita mendakwa hidupnya dan keluarga tertekan ketika berjiran dengan sebuah rumah yang dijadikan homestay di Melaka.
Seorang wanita mendakwa hidupnya dan keluarga tertekan ketika berjiran dengan sebuah rumah yang dijadikan homestay di Melaka.

Segalanya bermula apabila kediaman kosong yang terletak bersebelahan rumahnya dibeli oleh seorang individu yang memang berhasrat menjadikan unit itu sebagai homestay.


Justeru, binaannya turut diubah suai supaya dapat memenuhi cita rasa dan permintaan penyewa.


Gambar Hiasan

“Ada orang baru beli rumah sebelah saya dan buat homestay... keadaannya sangat bising, menggangu hidup saya anak beranak.

“Dia siap ada pakej kolam renang, barbeque... sini kawasan rumah teres dua tingkat dan tiada pagar berpalang yang ada pengawal,” luahnya.

Situasi itu membuatkan dia tertekan dan mengalami kemurungan terutama sekali apabila terdapat pengunjung baharu yang mendaftar masuk.

Dia dan keluarga tidak dapat hidup dalam keadaan aman serta sering tidak cukup rehat disebabkan masalah yang timbul.


“Setiap hari saya sedih, kemurungan... setiap kali ada pengunjung sebelah check-in, saya stres dan tak dapat berehat dengan baik.

“Hujung minggu, pukul 6 pagi anak-anak pengunjung dah terjun kolam menjerit-jerit. Barbeque sampai lewat malam,” tambahnya lagi.

Menurutnya, sejak berdepan situasi tidak menyenangkan seperti itu, dia sudah membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun malangnya tiada tindakan yang diambil melainkan menampal notis denda bising sahaja.

Apabila laporan polis dilakukan, pihak berkenaan meminta perbincangan dilakukan dengan jiran terlebih dahulu.

“Jiran tak duduk sebelah, hanya upah pekerja untuk kemas sahaja. Teguran direct pun dah dibuat, tapi jiran tak ambil peduli,” tambahnya lagi.

Merupakan satu-satunya aset yang dimiliki, wanita ini tidak yakin impian untuk tinggal di situ dalam keadaan selesa dan tenang sehingga akhir usianya akan tercapai sekiranya jiran terus mengusahakan homestay.

Baginya, bayaran bulanan hampir RM2,000 untuk kediaman berkenaan seolah-olah sudah tidak berbaloi lagi.

“Saya ni pendapatan biasa sahaja... ini satu-satunya rumah saya ada.

“Sebulan bayar RM1,800, ingat nak hidup aman sampai ke tua... tapi jadi hal ni,” luahnya sayu.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya dan kebanyakannya bersimpati dengan nasib yang dialami.

Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya dia berpindah dan menjual kediaman berkenaan.

“Tak perlu stres, kalau semua aduan dan laporan tak jalan... pertimbangkan untuk jual rumah tu dan berpindah ke tempat yang lebih baik.

“Lapor bomba dulu. Kalau tak ada kelulusan, PBT boleh arahkan tutup.

“Sepatutnya homestay di kawasan perumahan ni bil elekrtik dan air kena ikut tarif sama dengan bangunan.

“Pergi bercuti, buka speaker kuat-kuat kemudian tinggalkan. Buat dalam satu atau dua hari,” ujar beberapa warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 28-11-2023 12:20 PM
kalau kediaman takde pagar berpalang & guarded, mungkin hak milik strata. Kalau strata, buat aduan kat JMB.
Quote ketambangkang 28-11-2023 12:28 PM
dpt bayangkan kesengsaraan dia..parking pon sure ikut dan je tu klu dh dtg ramai2
Quote encikWawad 28-11-2023 12:52 PM
Ko pindah. Rumah ko buat homestay gak. Rate murah dari jiran sebelah tu. Api kadang kena lawan ngan api kak
Quote kasibiman 28-11-2023 12:54 PM
downside konsep homestay or airbnb.

dpt penyewa nak bawak anak sedozen atau parti metadone dengan fentanyl masak la jiran tetangga sengsara
Quote prettyuglybabe 28-11-2023 01:37 PM
rumah teres cam mana dia buat pool?
besar gila rumah boleh buat pool..
rumah teres sini masuk kereta sebiji pun tinggal sikit ke kawasan nak letak ampai baju..
Quote meah_kelabu 28-11-2023 01:41 PM
ko buat je la content tiktok ade perkara mistik terjadi
pastu kompom xde sape dtg dh
Quote she 28-11-2023 02:05 PM
Letak pocong tepi pagar rumah dia
Guna hologram muka antu
Quote Bergosip 28-11-2023 02:06 PM
encikWawad replied at 28-11-2023 12:52 PM
Ko pindah. Rumah ko buat homestay gak. Rate murah dari jiran sebelah tu. Api kadang kena lawan ngan  ...

lepastu jiran2 lain pon sengsara. kalau ada 2 rumah buat homestay, berseleraklah kereta2 stranger parking depan rumah
Quote pokokmeranti 28-11-2023 02:06 PM
itu sbb di Pulau Pinang kerajaan negeri tak benarkan rumah di jadikan homestay. banyak isu.
Quote She-Ra 28-11-2023 02:11 PM
iols kalau sewa homestay, mmg akan tanya jiran jiran tu mmg penduduk situ ke atau homestay jgk.. elak dr cari homestay yg mmg kawasan kejiranan penduduk tetap
kita pun faham kan.. jd kita pun nak elak ketidakselesaan itu wujud
iols family agak besar dan mmg riuh rendah
Quote I.K.A888990 28-11-2023 03:38 PM
mmg menyusahkan sbnrnya..
owner tu la yg bangang abadi
Quote annehuda 28-11-2023 03:45 PM
sepatutnye PBT ni kalau nmpk rumah dijadikan homestay, gazet je sbg kawasan perniagaan. bayar cukai kaw kaw punye.
Quote jazaa100 28-11-2023 04:30 PM
meah_kelabu replied at 28-11-2023 01:41 PM
ko buat je la content tiktok ade perkara mistik terjadi
pastu kompom xde sape dtg dh

Ha .ha ..ni lawak....

Tapi betul jugak kann..
Tu je cara nk hidup aman lepas tu
Quote airmineral 28-11-2023 04:38 PM
Serabutnya la
Quote kotakominami 28-11-2023 04:41 PM
Ko pasang rukyah kt luar kuat2..halakan speaker ke rumah jiran...
Quote Cyempaka 28-11-2023 04:46 PM
kesian dia. sungguh aku memahami bila kita stress dirumah sendiri angkara jiran. sampai tahap berdoa dalam sujud.
celakalah orang2 yang menyusahkan jiran tetangga
Quote rosewhite 28-11-2023 04:49 PM
laku keras homestay org tu.
Quote amyza 28-11-2023 05:11 PM
baru ni pun viral yg homestay apartment/kondo kat perak jugak. yg sewa homestay tak boleh masuk sbb management dah tak kasi buat homestay ganggu penduduk tetap situ.
Quote _kelly 28-11-2023 05:14 PM
kalau saya jadi akak, saya jual rumah tu..kalau dah beli lama, value dah naik..daripada stress sakit hati sakit jiwa, baik jual je

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.107226 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top