Sungai Petani: Seorang lelaki cedera di kepala, muka dan paha kiri akibat dipukul sekumpulan lelaki di bawah sebuah hotel di Jalan Padang Temusu, di sini semalam. Kejadian itu dipercayai berpunca disebabkan lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri salah seorang daripada lima lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1 tengah hari daripada seorang saksi memaklumkan ternampak sekumpulan lelaki memukul lelaki berkenaan. "Susulan itu, polis menahan enam lelaki berusia antara 16 tahun hingga 42 tahun untuk membantu siasatan. "Hasil siasatan yang dilakukan mendapati, kumpulan individu itu dikatakan bertindak demikian kerana lelaki terbabit dikatakan menjalinkan hubungan dengan isteri kepada seorang daripada suspek berusia 33 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaidy berkata, hasil siasatan mendapati, tiada sebarang senjata digunakan dalam kejadian ini. Beliau berkata, lima daripada mereka yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan dadah kecuali remaja berusia 16 tahun tidak mempunyai rekod. "Lelaki yang dibelasah itu mempunyai tujuh rekod berkaitan dadah. Kesemua mereka mengenali antara satu sama lain dan hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada yang ditahan termasuk yang dibelasah itu positif dadah manakala tiga lagi negatif. Beliau berkata, kesemua mereka direman empat hari kecuali remaja 16 tahun direman sehari untuk membantu siasatan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya. Sumber: Harian Metro |
MarryPottet replied at 28-11-2023 02:40 PM
Soalan KBAT
Berpandukan kepada karangan diatas, siapakah yang berusia 33 tahun itu? Suspek atau iste ...
Zazama replied at 29-11-2023 07:44 AM
Di kilang tempat iols kerja, suami isteri kerja berlainan shit. Bini ada hubungan dgn suami org yg s ...
B40tastePosh replied at 29-11-2023 12:00 PM
Ramai je camtu...baik suruh bini kerja WFH je, aman.
ADVERTISEMENT