Penurunan berat badan yang dialami Hafiz Suip sejak beberapa tahun kebelakangan ini memberi kesan kepada kualiti persembahan secara langsung di atas pentas. Meskipun badannya semakin ringan namun pergerakannya di atas pentas semakin terbatas berbanding sebelum ini.
"Selepas saya kurus memang ada perubahan dalam persembahan saya. Perubahan dari segi pergerakan saya lebih terbatas. "Kalau dulu masa berisi, saya boleh terkinja-kinja di atas pentas. Saya boleh terjun pentas, guling-guling dan melompat. "Tetapi sekarang ini saya perasan, saya sudah kurang aktif tak seperti dulu," katanya kepada mStar.
|
rayna_raynes replied at 28-11-2023 03:10 PM
Sebab covid jugak kot. Post covid ramai kwn iols yg dulu fit boleh run 21km 42km jadi lemau.
ADVERTISEMENT