CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Harap Satu Hari Nanti Jumpa Lelaki Lebih Baik, Sekarang Tempuhi Saja'- Aisyah Hijanah

28-11-2023 10:43 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6407| Komen: 32

Description: Isu rumah tangga yang melanda pasangan pempengaruh media sosial iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah terus menjadi topik bualan hangat netizen hingga ke hari ini.Isu tersebut menarik perhatian ramai pi ...
Isu rumah tangga yang melanda pasangan pempengaruh media sosial iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah terus menjadi topik bualan hangat netizen hingga ke hari ini.

Isu tersebut menarik perhatian ramai pihak termasuklah aktres Siti Khadijah.


Menerusi komen yang ditinggalkan pada sebuah hantaran di Instagram milik Aiysah, Siti Khadijah dilihat memberikan kata-kata semangat buat pempengaruh itu.


"Aisyah awak layak menerima yang lebih baik, insya-Allah," kata pelakon itu.

Sementara itu, Aisyah dilihat membalas komen tersebut dengan mengatakan dia berharap satu hari nanti akan menemui pasangan hidup yang lebih baik.

"Saya sangat berharap suatu hari akan jumpa seseorang yang lebih baik apabila tiba waktunya.

"Untuk sekarang, saya akan cuba hadapi dan lalui semua masalah ini, terima kasih Khadijah," balas Aisyah.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya berasa sedih dengan kata-kata Aisyah dan merasakan ada sesuatu yang disembunyikan dalam hatinya.


Dalam pada itu, wargamaya turut mendoakan agar kata-kata Aisyah dimakbulkan kelak.

Terdahulu, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan dia sudah bernikah lain.

Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Manakala, Aisyah menerusi hantaran di Instagram Story turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.


Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 28-11-2023 11:11 AM
semaknya kisah dlm kain influencer jadi tatapan umum dan discussion serata med sos...
Quote Sazreena 28-11-2023 12:04 PM
Nak jadi influenza sangaaat...hadap je la...
Quote prettyuglybabe 28-11-2023 12:18 PM
acah masuk syurga tanpa hisab tapi belum cerai dah harap jumpa laki lebih baik
Quote Sesuatu… 28-11-2023 12:59 PM
Weh amende jawab gitu while still sah bini org. Pelik2 je nk jadi terpaling islamic terpaling husnuzon
Quote anony-mous 28-11-2023 01:02 PM
prettyuglybabe replied at 28-11-2023 12:18 PM
acah masuk syurga tanpa hisab tapi belum cerai dah harap jumpa laki lebih baik

Baru nk komen benda yg sama.
Quote anony-mous 28-11-2023 01:03 PM
Sesuatu… replied at 28-11-2023 12:59 PM
Weh amende jawab gitu while still sah bini org. Pelik2 je nk jadi terpaling islamic terpaling husnuz ...

Dia ni xpndai jaga aib laki. Aritu kena marah dkt live pon sbb air dirty laundry kan? Bila kena tegur mula la malu sengih2 tahan menangis
Quote fair_iza 28-11-2023 01:19 PM
Kalau jwpn mcm ni, baik minta cerai je. Kalau dlm perkahwinan ada dgn laki lain, dh curang. Nafkah mutaah pn melepas. Mmg x boleh hidup tnpa lelaki ke?
Quote kookiechip 28-11-2023 01:34 PM
Macam aneh je komen dia.
Boleh pulak nk hadap dulu, pastu harap yg lebih baik muncul.

Asal muncul kes penyondol je habis perempuan emo tak tentu pasal. Pening baca
Quote immaryjane 28-11-2023 01:38 PM
I rase lepak beranak maybe minta serai. Sbb tu dia cakap hadap je semua ni dlu.
Mohon serai, bila laki muke larva tu merundum, bsnes naik pn sebab bini kn.
Tp sbb dia jdi couple terpaling islamik la diorg laki bini jadi kaya. Sape tk nk ye dopp
Tp sbb tu gk la laki kne caras dgn staff sndiri.
Quote airmineral 28-11-2023 01:41 PM
immaryjane replied at 28-11-2023 01:38 PM
I rase lepak beranak maybe minta serai. Sbb tu dia cakap hadap je semua ni dlu.
Mohon serai, bila la ...

Kalau cerai skg, kiranya edah lepas beranak la kan?
Quote airmineral 28-11-2023 01:42 PM
kookiechip replied at 28-11-2023 01:34 PM
Macam aneh je komen dia.
Boleh pulak nk hadap dulu, pastu harap yg lebih baik muncul.


I rasa dia ada plan utk berpisah kot
Quote kookiechip 28-11-2023 01:50 PM
airmineral replied at 28-11-2023 01:42 PM
I rasa dia ada plan utk berpisah kot


Itulah. Kesian dia. Nak tunggu bersalin dulu kot. Sementara tu kena hadap dululah husband muka berbulu, perangai tak senonoh
Quote ihtisyam1 28-11-2023 01:55 PM
bisnes dia ke bisnes laki? kalau bisnes dia baik blah.... kalau aku pun tak sanggup hadap laki gtu
Quote hijau_serindit 28-11-2023 02:00 PM
entah kenapa hati hitam aku ni mcm rasa ni semua demi content je... susah nau nk berhusnuzon dengan mereka2 yinniii.....
Quote honam 28-11-2023 03:15 PM
hijau_serindit replied at 28-11-2023 02:00 PM
entah kenapa hati hitam aku ni mcm rasa ni semua demi content je... susah nau nk berhusnuzon dengan  ...

konten pala bana apa nya, kalo dah satu malaysia dok citer
Quote Heydidle 28-11-2023 03:20 PM
fair_iza replied at 28-11-2023 01:19 PM
Kalau jwpn mcm ni, baik minta cerai je. Kalau dlm perkahwinan ada dgn laki lain, dh curang. Nafkah m ...

Dia ada daddy issue kan
Quote Parit.Hilton 28-11-2023 03:34 PM
kalau aku, memang say good bye jaahhhh
koser la nak hadap muka laki penipu.
Quote fair_iza 28-11-2023 04:37 PM
Heydidle replied at 28-11-2023 03:20 PM
Dia ada daddy issue kan

Ya. Ayah dia meninggal sejak dia kecil. Tapi dia independent dan family sndiri pn bukn jenis toksik.
Quote pocongkiutss 28-11-2023 05:05 PM
kookiechip replied at 28-11-2023 01:34 PM
Macam aneh je komen dia.
Boleh pulak nk hadap dulu, pastu harap yg lebih baik muncul.


Mmg la kena hadap..dh dia tgh bunting skrg ni chuols

Anak no 2 pun br beranak taun lepas tu ha..gila berderet

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048801 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top