CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda Belanja Separuh Gaji Berlakon Untuk Beli Pakaian

27-11-2023 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2575| Komen: 27

Nabila Huda akan membelanjakan separuh wang bayaran diterima menerusi drama lakonannya untuk membeli pakaian bagi digunakan ketika penggambaran.

Kebiasaannya bayaran diminta daripada produksi turut merangkumi peruntukkan untuk membeli pakaian dan perkara itu sudah diamalkan sejak 15 tahun lalu.


Foto: IG

"Ini adalah amalan yang saya buat sebagai pelakon sejak 2008. Saya akan belanjakan wang gaji dengan membeli pakaian untuk watak dalam TV.

"Selalunya saya akan habiskan 50 peratus daripada gaji. Ia bergantung kepada berapa jumlah saya dibayar. Saya ada bajet sendiri.

"Kalau produksi tak boleh ikut permintaan, saya akan minta mereka carikan pakaian dan saya fokus pada persembahan lakonan sahaja," katanya menerusi IG.



Nabila turut berkongsi bagaimana dia melakukan persiapan sebelum masuk ke lokasi penggambaran sesebuah drama.

Dia yang kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Jodoh Geng G, dilihat sempat keluar membeli-belah sebagai persiapan watak Julai dalam drama tersebut.


"Bila dah baca dan faham jalan cerita, saya buat break-down konti dan tentukan baju apa yang akan dipakai. Saya pilih dan susun ikut babak.

"Bukan senang nak berlakon drama. Kena berbelanja sikit untuk nampak bagus," ujarnya.



Tambah Nabila situasi itu tidak sama sekiranya dia terlibat dalam penggambaran sebuah filem di mana produksi akan menyediakan semua pakaian untuk sesuatu karakter.

Baginya persediaan yang rapi akan membuatkan dia lebih fokus untuk memberi persembahan terbaik di lokasi.


"Bukan setakat persembahan luar biasa, dari rambut sampai hujung kaki saya sediakan. Korang tinggal nak tepuk tangan sahaja," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binderclips 27-11-2023 12:22 PM
Patutlah lakonan abil sgt bagus
Quote I.K.A888990 27-11-2023 01:27 PM
yelah kena la berbelanja sikit kan kang lakonan dah tiptop tang lain pulak nampak tak kena
Quote phalanx 27-11-2023 01:32 PM
Rumusan: drama/telemovie tv, artis sediakan sendiri wardrobe. Filem dan drama streaming service (OTT), wardrobe ready dah, pelakon just dtg je.
Quote sleepandream 27-11-2023 03:20 PM
lepastu abis drama baju tu buat infaq ke?
Quote balakkampung 27-11-2023 04:12 PM
50% gaji utk baju..takleh nak recycle ker baju2 lama2 kot yer pon nak komited sangat.
tua2 esok jgn merintih tak berduit sudah.
Quote miss_strangers 27-11-2023 06:53 PM
Dia ni rajin masak utk anak dia..
Quote AWEKSAMURAI 27-11-2023 07:18 PM
balakkampung replied at 27-11-2023 04:12 PM
50% gaji utk baju..takleh nak recycle ker baju2 lama2 kot yer pon nak komited sangat.
tua2 esok jgn  ...

Haaa tu lah aku bru nk ckp ..
Quote timah03 27-11-2023 07:20 PM
Beli baju boleh... Kitchen minta sponsor...
Quote ReginaGeorge 27-11-2023 07:26 PM
timah03 replied at 27-11-2023 11:20 AM
Beli baju boleh... Kitchen minta sponsor...

Yang penting ada gaya
Quote ReginaGeorge 27-11-2023 07:28 PM
balakkampung replied at 27-11-2023 08:12 AM
50% gaji utk baju..takleh nak recycle ker baju2 lama2 kot yer pon nak komited sangat.
tua2 esok jgn  ...

Maybe dah sign up awal masuk bersamamu. Kita tunggu jer lah.. manalah tau anak dia pon rebel mcm dia dulu. Anak tinggalkan dia ikot boyfriend. Laki cari pucuk muda yg boleh bagi keturunan. Nanti giliran dia lak minta sedekah mcm ex bf dia tu.
Quote heythere123 27-11-2023 08:24 PM
phalanx replied at 27-11-2023 01:32 PM
Rumusan: drama/telemovie tv, artis sediakan sendiri wardrobe. Filem dan drama streaming service (OTT ...

biasa kalau premium series (not necessarily OTT), dorang prepare wardrobe kalau tak salah. But yes, kalau OTT project memang takyah kusut fikir pasal wardrobe.
Quote heythere123 27-11-2023 08:25 PM
timah03 replied at 27-11-2023 07:20 PM
Beli baju boleh... Kitchen minta sponsor...

haha, baju boleh beli bundle chuols kalau nak jimat

kitchen mampus la nak beli yg secondhand
Quote Nizleen86 27-11-2023 08:34 PM
Tp mmg kan jadi retis penampilan priority la. Wardrobe, makeups, skin kena mulus kulit muka tak boleh kawah bulan..brg branded head to toe kena kalau tak mmg tak sampai standard retis. Hujung2 mintak derma, mintak doa bila kena bala. Dah lepas bala berlagak pulak mintak bg privasi. Harap kupu2 steady sampai ke tua lah ye.
Quote bukan_ustazah 27-11-2023 08:35 PM
Payment tu mesti dah termasuk baju. Katakan bayaran berlakon 100k jadi payment up 120k all in with wardrobe.
Quote makadek 27-11-2023 09:21 PM
Baju aku maxima 4kali je pakai
So sbln aku beli 2lai baju....
Wlpn aku duk umah.. Sbb kg byk kenduri
Quote bellaamsar 27-11-2023 10:51 PM
Tengok dia ni auto teringat komen porumer dlm thread lepas yg cakap abil ni bau tilam
Quote rayna_raynes 27-11-2023 11:42 PM
Sementara itu artis paling selalu recycle baju adalah Dayang Nurfaizah haha
Siap boleh swap dengan Hael lagi
Quote Minami2013 28-11-2023 07:42 AM
Maksudnya bayaran tu termasuk utk wardrobe kalo drama tu tk sediakan. Menarik jugak la dia buat content gini.
Quote cashewnut 28-11-2023 08:18 AM
Jangan kaka. Time tengah kaya ko kalau tak beringat kang orang ungkit baju ko tukor dengan duit yang ko belanja tu. Sejarah retis mintak welfare dah banyak dah. Kita beringat-ingat aja

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.068319 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top