CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Tak Wajib Memasak Atau Basuh Baju Suami "Sebulan Beri Sahaja RM1,000 Sebagai Upah"

27-11-2023 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1432| Komen: 6

PETALING JAYA – Golongan isteri tidak diwajibkan untuk membasuh baju dan memasak untuk suami mereka kecuali apabila telah disuruh.

Ustaz Azhar Idrus berkata, golongan isteri pada dasarnya adalah tidak wajib untuk melakukan segala kerja rumah untuk suami mereka kecuali apabila disuruh.


Foto: IG

“Isteri tidak wajib memasak untuk suami, isteri tidak wajib basuh baju suami. Tetapi jika disuruh suami itu adalah wajib dan perlu dilakukan.

“Jadi berilah upah kepada isteri kita itu, dia sudah buat suruhan kita. Kalau sebulan bagi sahaja RM1,000. Itu pun tidak cukup kalau nak dibandingkan dengan dia melahirkan anak untuk kita,” jelasnya melalui satu klip video ceramahnya di YouTube baru-baru ini.

Tambah Azhar lagi, jika ingin dibandingkan dengan apa yang dilakukan isteri, ternyata golongan suami tidak mampu terutamanya ketika mereka bersalin.

“Kalau golongan lelaki ni nak kencing ada sakit batu karang pun dah jerit, cuba bayang isteri kita nak lahirkan anak yang berat 3.5 kilogram (kg) ada yang sampai 4 kg lebih, kita memang tidak mampu.


“Apalah sangat dengan ‘upah’ RM1,000 sebulan jika kita beri kepada mereka, untuk tebus pengorbanan isteri memang tak boleh. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyflynx 10-9-2024 05:50 AM
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.074822 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top