CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusat Kebajikan Tuntut Lebih RM100,000 "Makan Apa Sampai RM72 Sehari, Lamb Chop Ke?"

27-11-2023 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4331| Komen: 51

Description: PETALING JAYA – Sebuah keluarga terkedu dikenakan tindakan undang-undang apabila mengeluarkan anak perempuan mereka daripada sebuah pusat kebajikan persendirian.
PETALING JAYA – Sebuah keluarga terkedu dikenakan tindakan undang-undang apabila mengeluarkan anak perempuan mereka daripada sebuah pusat kebajikan persendirian.

Seorang peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor berkata, pusat kebajikan kelolaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah menghantar notis tuntutan berjumlah lebih RM100,000.


Jelasnya tuntutan tersebut merangkumi tuntutan makan dan minum remaja terbabit bernilai RM72 sehari selama tiga tahun, elaun pakaian serta caj tempat tinggal termasuk api dan air.

Foto: FB

“Saya lihat surat tuntutan, untuk setiap waktu makan sehari empat kali dia tuntut semula bayaran makanan. Segala kos tempat tinggal, pakaian harian dan pakaian dalam, segala kos sabun serta kelengkapan semua habis dituntut walaupun pakaian dalam tidak dibeli.

“Keseluruhan tuntutan adalah RM105,810 untuk 36 bulan. Lebih mahal harganya dari kos pengajian ijazah atau diploma.


“Saya pun tak tahu ke mana pergi kutipan derma untuk kanak-kanak ini. Jumlah yang dituntut umpama pemilik rumah kebajikan ini membiaya semuanya dari duit poket sendiri setiap individu,” tulisnya di laman Facebook.

Nor Zabetha berkata, beliau ada bertanyakan remaja terbabit adakah pusat tersebut menjamu pelajar di sana makan ‘lamb chop’ setiap hari kerana jumlah tuntutan makan dan minum setiap hari berjumlah RM72 lebih mahal dari kos makannya.

Jelasnya, pelajar tersebut memberitahu, mereka hanya diberikan makan bihun atau mee manakala tengah hari adalah lauk seperti makan di rumah.

“Bukan main menuntut ganti rugi mengalahkan harga makan udang, sotong di restoran mamak setiap hidangan,” katanya.

Dakwanya, pelajar di pusat tersebut telah dijadikan ‘produk’ oleh oleh pemiliknya bagi meraih derma dan apabila mereka hendak keluar dikenakan caj berganda.

“Bila saya sebut ‘awak produk’, dia terkejut dan angguk-angguk, barangkali dia rasa dikhianati kerana yang selama ini dia faham dan ‘dibasuh’ oleh pemilik NGO, pemilik inilah penyelamat kanak-kanak dan remaja terbiar, dia berkorban, dia mengenepikan duniawi.

“Baru remaja ini tahu realiti, sebenarnya kutipan derma boleh jadi ratus ribu dan jutaan ringgit tanpanya dan rakan-rakannya tak mungkin ada yang menyalurkan derma,” ujarnya.

Bagaimanapun kata beliau, pihak yang membuat tuntutan itu telah mengambil langkah mendiamkan diri selepas surat tuntutan balas dikemukan.

“Alhamdulilah, senyap terus si durian (penuntut). Kalau mahu ke mahkamah juga kami bersedia, kita sama-sama bongkarkan,”tegasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 27-11-2023 10:29 AM
wow... panas
sila bongkar habis habisan siapa pengerusi NGO ni
sbb bainon kat kajang sunyi, tak ada kawan cell
Quote mejaputih 27-11-2023 10:32 AM
pusat kebajikan apa ni? dah mcm duk asrama sekolah swasta
Quote prettyuglybabe 27-11-2023 10:36 AM
gila rm18 untuk sekali makan..
mekciken complete set pun lagi murah..
Quote dua_chzy 27-11-2023 10:45 AM
Musti owner pakai tudong tak makan babi.
Quote airmineral 27-11-2023 10:45 AM
RM18 utk 1x makan tu mahal betolllll
Quote chinta89 27-11-2023 10:59 AM
jgn melampau2 caj makan pdhal beehon dan mkn thari lauk biasa je. dh la pakaian2 yg konon dicaj dlm resit tp habuk x beli
Quote pokokmeranti 27-11-2023 10:59 AM
RM72 sehari? cemburu penjawat awam yg elaun makan sehari pun tak semahal itu
Quote sayurmayur88 27-11-2023 11:01 AM
jeng3.. sila bongkar kan !!!!
Quote pasa 27-11-2023 11:05 AM
pokokmeranti replied at 27-11-2023 10:59 AM
RM72 sehari? cemburu penjawat awam yg elaun makan sehari pun tak semahal itu

elaun makan pekerja swasta berapa
Quote jazaa100 27-11-2023 11:30 AM
Ala.....

Tetiba teringin bihun pulak .....
Quote adizero11 27-11-2023 11:31 AM
Perghh makin ramai org menunggang Agama yer skrg ni..risau yakmattt...
Quote Triple_8 27-11-2023 11:35 AM
dua_chzy replied at 27-11-2023 10:45 AM
Musti owner pakai tudong tak makan babi.

Andai ini berlaku di Jepun; "Musti owner tak pakai tudong dan makan babi."
Quote mikasa 27-11-2023 11:52 AM
Dia claim skali gaji tukang masak, tukang cuci pinggang etc ke
Quote likilu 27-11-2023 12:19 PM
dua_chzy replied at 27-11-2023 10:45 AM
Musti owner pakai tudong tak makan babi.

Cikgu cikgu

Cikgu dulu masa first shahadah tu memang suci bersih macam baby tapi lepas lepas tu memang ada dah buku catat amalan tau. Mocking syariat islam gini dosa tahu tak?
Quote dua_chzy 27-11-2023 12:41 PM
Triple_8 replied at 27-11-2023 03:35 AM
Andai ini berlaku di Jepun; "Musti owner tak pakai tudong dan makan babi."

Tak. Kalau kat sana lain lagik. Weols hina like this; ini mesti perangai Burakumin low level pariah dunia. Gitoh.
Quote dua_chzy 27-11-2023 12:42 PM
likilu replied at 27-11-2023 04:19 AM
Cikgu cikgu

Cikgu dulu masa first shahadah tu memang suci bersih macam baby tapi lepas lepas tu  ...

Sister,

dalam forum ini apa saja perbuatan porumer yang idok berdosa sister? Bod gosip tu sebagai contoh, pusat pengumpulan dosa berjemaah sister.
Quote nazurah 27-11-2023 12:46 PM
pasa replied at 27-11-2023 11:05 AM
elaun makan pekerja swasta berapa

kilang iols.... sehari RM18 cover breakfast, lunch and dinner. Dapatlah pagi nasi lemak dengan telur mata, air teh tarik. Lunch ada nasi, ayam, sayur, petang ada kuih2 dan teh tarik.

ni sekali makan RM18... apa benda depa hidang?
Quote clueless_gamer 27-11-2023 12:50 PM
name and shame je.. ramai je org buat mcm ni skrg ni, dah tak kira lagi halal haram
Quote LadyCarefree 27-11-2023 01:24 PM
Kenapa dia kena charge?

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.323011 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top