CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Malaysia Dikutuk Lepas Tegur 'After-Party’ Di UK

27-11-2023 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8449| Komen: 145

Description: PETALING JAYA – Seorang pelajar Malaysia di United Kingdom (UK), Aisyah menegur satu ‘after-party’ (majlis selepas parti) yang dianjurkan persatuan pelajar di sana.
PETALING JAYA – Seorang pelajar Malaysia di United Kingdom (UK), Aisyah dikutuk selepas menegur satu ‘after-party’ (majlis selepas parti) yang dianjurkan persatuan pelajar di sana.

Melalui X, Aisyah telah menegur satu penganjuran ‘after-party’ selepas program sukan yang diadakan semalam yang turut ditaja oleh sebuah agensi dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).





Jelasnya melalui video tersebut, pada sebelah malamnya diadakan satu ‘after-party’ di sebuah kelab malam berdekatan. Semua peserta sukan dijemput bersama untuk hadir termasuk pelajar muslim.

“Ramai yang membantah dan menegur penganjur, namun penganjur tetap nak teruskan program ‘after-party’ ni. Pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pun ada keluarkan peringatan kepada pelajar tajaan mereka.

“Benda yang tidak bermanfaat, benda yang tidak elok, kalau tak pernah buat, jangan mula buat,” jelas pelajar tersebut.




Selepas membuat teguran tersebut, Aisyah teruk dibuli di media sosial malah pelbagai komen kesat turut dilontarkan kepadanya.

Bukan itu sahaja, ada yang persoalkan bagaimana dia boleh mendapat biasiswa JPA dan paling teruk apabila ada yang kaitkan keluarga termasuk ibunya yang juga pempengaruh politik dalam TikTok.

Sementara itu, ada sebilangan pelajar yang menuntut di UK turut menyokong teguran yang dilakukan Aisyah malah, ada yang memuji dia kerana berani menegur perkara yang betul.

“Pelik aku dengan pelajar sekarang kononnya dah keluar dari kepompong, betul kata Aisyah ini bukan budaya kita. Dekat mana kita belajar sekali pun adat perlu jaga jangan ikut adat dan budaya orang,” kata Anuar Daud.

“Yang aku pelik sampai petik orang Sabah dan Sarawak lagi minum tuak, ada juga kata pelajar kita tidak semuanya muslim. Aku nak bagitau kalau agama lain juga sebenarnya melarang benda-benda macam tu.

“Tak ada pun agama yang galakkan ‘after-party’ ni. Itu memang adat orang UK nak tiru buat apa,” kata Symsl Smsddn. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pasa 27-11-2023 10:05 AM
tunggu acik pakcik kepam porem komen
Quote airmineral 27-11-2023 10:47 AM
sukan tu ok la.. after party tu sape pulak yg organizernya..kalau sdr berhad mmg xleh nak kawal la, JPA dan MARA masing2 da keluarkan peringatan utk student2 masing2...


tp sapa parent budak aisyah ni smp org sebut2?
Quote Dwdrum 27-11-2023 11:04 AM
Edited by Dwdrum at 26-11-2023 07:12 PM

Next time acik acik hantar anak ke middle east negara ereb... Afghanistan ka... Jordan ka egypt ka... Sesuai dengan cara hidup.. seperti di egypt negara jumpa  banyak  generous muslim.. Undeniable ... So far di mana saja akan jumpa muslims baca Quran 24/7 juga american brand shop buka bacaan Quran.. Ini lebih 10 tahun dolu... So islamic... Pergi UK untuk apa semua doniawi...
Quote OsHiN_hOnEy 27-11-2023 11:12 AM
dik
mmg t9ada dalil dlm mana2 agama samawi
maupun agama sembah berhala about after party
diseco belum wujud dik

tapi dari jaman p ramlee dah ada melayu islam
lancing2 togok arak

kat tanahair sendiri bersepah dik melayu islam togok arak
jual diri
pergi diseco

word of the day di segala medsos

normalisasi, makanya semua perasaan bbnu using the same word

yihhhhhhhh
Quote gangerina 27-11-2023 12:18 PM
ahli kelab ameno luar negara takmo komen ke... huhuhu
Quote creep_bite 27-11-2023 01:00 PM
steady...berkata benar sekalipun ia pahit.
Quote Decaffeinated 27-11-2023 01:11 PM
bukan semua malaysian non-muslim, kena respek muslim. Ha? pekat naw ketuanan mentaliti dah sampai UK pun tak boleh bawa bincang.

cuba ko terbalik kan ayat tu dek

Quote LadyCarefree 27-11-2023 01:19 PM
Decaffeinated replied at 27-11-2023 12:11 PM
bukan semua malaysian non-muslim, kena respek muslim. Ha? pekat naw ketuanan mentaliti dah sampai UK ...

Tu la pasal. Siapa nak pergi, pergi. Taknak pergi, duk dendiam. Bukan kena paksa pergi. Benci betul dgn manusia gini.
Quote bakingsoda 27-11-2023 01:32 PM
airmineral replied at 27-11-2023 10:47 AM
sukan tu ok la.. after party tu sape pulak yg organizernya..kalau sdr berhad mmg xleh nak kawal la,  ...

macik walauntit yg kena report ngan istana perak ritu
Quote BicaraHatiku 27-11-2023 01:34 PM
bawak perangai kampong…. duk baca kitab lah..
Quote airmineral 27-11-2023 01:47 PM
gangerina replied at 27-11-2023 12:18 PM
ahli kelab ameno luar negara takmo komen ke... huhuhu

kah3 wujud lagi ke kelab ni

Quote airmineral 27-11-2023 01:48 PM
bakingsoda replied at 27-11-2023 01:32 PM
macik walauntit yg kena report ngan istana perak ritu

xkenallll huhu

Quote lattehazelnut 27-11-2023 01:53 PM
Dah name pun after party.. mesti larut mlm lpas event..
Kau ingat kat ulu kelang ke ade mamak bukak 24 jam..
Duk umah je dik.. xmati pun xpegi..
Quote Decaffeinated 27-11-2023 02:06 PM
LadyCarefree replied at 27-11-2023 01:19 PM
Tu la pasal. Siapa nak pergi, pergi. Taknak pergi, duk dendiam. Bukan kena paksa pergi. Benci betu ...

Hasil didikan sejak kecil makanya species begini juga percaya kalau dia tak nak pergi konsert, orang lain juga wajib jangan pergi. Banyak sangat contoh kalau nak bawa keluar satu2.

Quote nutcrack8 27-11-2023 02:31 PM
Betul la tu kenapa nak kene ade after party kan.. bukan budaya kte.
Btw, tingat kisah aku time 1st time masuk matrik kat kl. Membe aku kiss bf die weh die cite. Terkesima aku time tu dgr cite die. Maklumlah, bdak kmpg. Beberapa ari aku rase mcm terkejut. Umo baru 18 cam tu kan.. hikhikhik. Smpi rase nk putus kawan lah mase tu. Membe lak skola agama, apo nk dikato. Tp lelame tu, well, da besa kan, da bole pk. Lantak ke deme. Sbagai kwn, bg nasihat dlm gurauan jela. Harap die paham.

Bende ni da lame, kte je yg lalai/xtau
Quote guesswho09 27-11-2023 02:38 PM
bakingsoda replied at 27-11-2023 01:32 PM
macik walauntit yg kena report ngan istana perak ritu

Mak dia ka?
Quote ultra78 27-11-2023 03:23 PM
Dia merasakan aktiviti persatuan pelajar Malaysia di luar negara patut follow seperti mana  di IPTA. Memang silap la sebab ramai student Malaysia di sana adalah bukan melayu islam. Memang berbakul la kena maki dalam reddit. Aktiviti tu bukan ditaja sesiapa pun,kena keluar modal sendiri. Kau tak boleh nak impose moral value melayu ke atas orang bukan islam.
Mungkin next time organizer boleh hantar private invitation kepada bukan islam sahaja supaya pelajar islam tak rasa triggered.


Dulu aku pun dapat invitation ke zouk KL selepas tamat satu conference event. Aku tak join pun.
Quote ajinomotonosuga 27-11-2023 03:40 PM
Decaffeinated replied at 27-11-2023 02:06 PM
Hasil didikan sejak kecil makanya species begini juga percaya kalau dia tak nak pergi konsert, ora ...

berpesan pesan dengan kebenaran

berpesan pesan dengan keee sabarannnn
Quote Kitty_catz 27-11-2023 03:45 PM
Edited by Kitty_catz at 27-11-2023 04:11 PM

baik ko bungkus kain baju, transfer credit study UIA je dhekk, pehtu tempat ko tu bagi kat non moslim yg lagi layak dhekk.. takde le gelabah tetek pantek segala kalu kena jemput pi after party dhekk

terpaling moslimah kekdahnya, sok2 jenih ni kut dapat bopren, terpaling bijik megelits berair yach

after party tu tak compulsory pun, kut ko pegi pun bukan depa suh ko tonggang arak dhekk. takde paksaaan

apa ko ingat masuk club tu takde coke, sprite, 100 plus , mocktail? tapenah masuk tgif ke budak ni ? ke ko pikir masuk club to kena stip and join seX orgy dhekkk?

english terpaling tp otak masih kat kampung .. tak seswai duk bumi UK nun.. balik mesia je lah, leh jadi cam setajah asmah

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.118587 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top