CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bertelekung Atau Lembaga Putih Di Balkoni?

24-11-2023 07:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6444| Komen: 52

PETALING JAYA – Seorang ondividu tak sengaja terakam satu kelibat ‘lembaga putih’ semasa sedang mengambil video aksi rakan-rakannya sedang menjalankan kerja-kerja menyembur asap bagi menghalau nyamuk (fogging).


Menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Facebook Penang Kini, kelihatan ‘entiti’ terbabit berada di kawasan balkoni di tingkat dua sebuah bangunan.

Jelas kelihatan ia sedang memerhati gelagat dua individu sedang melakukan kerja-kerja fogging di kawasan itu.



Menurut perkongsian itu, kejadian terbabit dirakam pada Selasa lalu ketika hampir waktu maghrib.

“Kisah semalam (21/11/2023), jam hampir maghrib, amik (ambil) video kawan buat fogging tiba-tiba baru perasan ada penampakan entiti di belakang. Pertama kali terakam kelibat entiti,”katanya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menafikan apa yang dirakam itu adalah entiti, sebaliknya kata mereka ia adalah seorang wanita yang mengenakan pakaian solat untuk ke masjid memadangkan ketika itu hampir maghrib.



Loading FB Post...

“Mak cik nak pi (pergi) solat maghrib atau memang itu entiti?. Biasanya waktu maghrib macam-macam benda boleh berlaku,”kata Arjuna Beta.

“Siapa tu, tengok tangan macam bertasbih,”kata Nor Asiah Ismail.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd Nadzir Mohajir.

“Sikit-sikit hantu, sikit-sikit entiti, mak cik tu dah siap-siap nak maghrib, korang tak siap-siap fogging,”ujarnya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 24-11-2023 07:21 AM
Itu makcik telekung la..jelas dia berjalan
Quote noor2 24-11-2023 07:30 AM
Aku lagi tertarik tgk kucing tgh berlari tu terhenti mendongak tgk makcik telekung tu...sempat makcik tu tgk org fogging...
Quote chilly 24-11-2023 07:34 AM
Makcik photobomb.
Quote any42 24-11-2023 07:49 AM
hantu pulak dah. sikit2 hantu. apooo lah
Quote supernaturalee 24-11-2023 08:01 AM
noor2 replied at 24-11-2023 07:30 AM
Aku lagi tertarik tgk kucing tgh berlari tu terhenti mendongak tgk makcik telekung tu...sempat makci ...

bg menambah keseraman patutnya die mention jgk, tiba2 ada kelibat kucing hitam melintas


gituuu


Quote liMobA|y 24-11-2023 08:33 AM
Semua nak dientitikan.. demi sesuap content! ????
Quote CatMiow 24-11-2023 08:38 AM
Benda boleh kecoh,kenapa nak edit
Quote Kitty_catz 24-11-2023 08:39 AM
Edited by Kitty_catz at 24-11-2023 08:42 AM

macik pakai telekung tu bibik kucing la

tu dia panggil kucing dia balik sbb dah maghrib and sbb angpa2 fogging.. dia takut kucen dia semputtt.. mcm meols gakk la.. then kan mesin foggin tu ada bunyik..

apooooooooooooo sikit2 antoo.. yihhhh
Quote B40tastePosh 24-11-2023 08:41 AM
Melayu semua benda nak dikaitkan dengan misteri. Sebab tu tak influential..tak tahu appreciate apa yg ada pada etnik diorang.
Quote ctaz 24-11-2023 08:55 AM
sian akak tu kena fitnah jadi hantu.....
apa lagi akak...saman la....
Quote jejaka_hensem 24-11-2023 09:05 AM
2023 dah kot,ada lagi yg percaya pasal hantu2 ni
Quote prettyuglybabe 24-11-2023 09:52 AM
kucing pun terkojot tengok acik bertelekung
Quote mejaputih 24-11-2023 09:54 AM
Kesian kaum hantu asyik kena fitnah je..
Quote ultra78 24-11-2023 09:59 AM
Pelik jugak makcik tu berjalan mengiring.
Quote duri_durians 24-11-2023 10:33 AM
comey je kucing pun datang nk intai acik kt blkg.
Quote kikuri 24-11-2023 11:20 AM
tah2 acik tu nak pergi surau ke masjid ke...sian kene pitnah jadi entiti
Quote None68 24-11-2023 11:21 AM
Yg tukang rakam ni mabuk ketum ke, takkanlah kau tak nmpk makcik tu.
Quote K_Lily 24-11-2023 11:22 AM
kelakar la kucing tu..hahaha..tu acik pakai telekung la.. biasalah acik nak kuar menjenguk
Quote babynina30 24-11-2023 01:39 PM
ultra78: Pelik jugak makcik tu berjalan ...
ultra78: Pelik jugak makcik tu berjalan ...



I pon aneh lihat cara jalan. Mcm melongsor (?) pon ada?

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.041508 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top