Ebby Yus, 58, hanya akan tahu jika perlu menjalani prosedur pemasangan bateri pada jantung selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan di Hospital Serdang pada 12 Disember depan. Kekuatan jantungnya hanya tinggal 26 peratus berdasarkan keputusan pemeriksaan kesihatan terakhir beberapa bulan lalu.
"Berdasarkan pemeriksaan kesihatan sebelum ini, doktor memang ada menyarankan supaya menjalani prosedur pemasangan bateri. "Keputusan sama ada perlu jalani prosedur hanya akan diketahui pada bulan hadapan. "Sebelum ini, saya ada jalani rawatan alternatif dan memang rasa ada perubahan kerana sudah boleh naik tangga. "Tapi, saya sudah lama tak jalani rawatan, kali terakhir selepas raya tempoh hari. Itupun saya ditaja dan kalau nak diteruskan lagi, kosnya agak tinggi. "Jadi, saya hanya akan tahu sama ada rawatan ini benar-benar membantu selepas pemeriksaan kesihatan nanti," katanya kepada BH Online.
Pelawak kelahiran Batu Kikir, Negeri Sembilan itu berkata, dia perlu menjalani prosedur memasang bateri dengan kos RM38,000. "Saya akan cuba dapatkan dana daripada hospital, tapi mereka tak akan bagi penuh. "Saya perlu cari lagi sekitar antara RM15,000 hingga RM20,000 untuk alatan sahaja. Itu belum termasuk ubatan dan wad. "Kalau doktor kata perlu juga jalani prosedur, saya akan cuba usaha untuk kumpulkan sikit-sikit," katanya. Sementara itu, Ebby turut memberitahu dia baru sahaja menjalani pembedahan membuang kataraks dan mengganti kanta mata sebelah kanan di sebuah pusat perubatan swasta. Dia sepatutnya menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tetapi disebabkan terpaksa menunggu lama dan membuat keputusan beralih ke pusat berkenaan. "Saya terpaksa kerana sudah tak tahan dengan keadaan mata kabur sehingga mengganggu kerja. "Tapi, saya hanya buat sebelah mata terlebih dahulu kerana kosnya bukanlah murah. Sebelah mata sahaja menelan kos RM10,000, mujur masih ada 'job', jadi saya kumpul sikit-sikit. "Insya-Allah, doktor kata dalam tempoh seminggu saya akan mula dapat rasakan perubahan pada mata. Jika tidak, saya selalu pening dan berpinar jika matahari terlalu kuat," katanya. -CARI Sumber: Berita Harian
|
supersudoku replied at 23-11-2023 01:28 PM
Setau aku kalau gomen bg surat kat IJN .nnnt dpt rawatan tu murah or free kan..ke aku salah
ADVERTISEMENT