Pakar bedah di Gaza, Palestin menahan emosi kerana terpaksa membuat prosedur amputasi (pemotongan) anggota badan anaknya sendiri tanpa sebarang bius. Namun ikhtiarnya menyelamatkan nyawa darah dagingnya sendiri menemui kegagalan apabila anak itu akhirnya meninggal dunia di depan matanya.
Seperti kebanyakan pesakit lain, anak itu yang parah akibat serangan berterusan Israel tidak mampu bertahan dengan tahap kesakitan dialaminya selepas operasi kebanyakan pusat penjagaan kesihatan di wilayah itu lumpuh dan kehabisan bekalan termasuk ubat-ubatan dan peralatan. Kepiluan bapa ini dirakamkan dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok milik jurugambar Palestin, Motaz Azaiza semalam sehingga perkongsian itu meraih lebih 6.3 juta tontonan. Biarpun tidak kedengaran suara lelaki itu, namun reaksi wajah dan gerak gerinya dalam video itu amat meruntun hati netizen seluruh dunia yang memahami perasaan pakar itu.
Dalam video itu, jelas wajahnya sugul dan dan hiba sebaik keluar dari khemah yang dijadikan bilik bedah dan rawatan sementara selepas gagal menjalankan prosedur itu. Lelaki itu dilihat menekup mulutnya menahan sebak ketika mengintai jasad anaknya yang tidak bernyawa dari luar khemah sebelum dipeluk rakan pasukannya yang cuba menenangkan dirinya dengan membisikkan sesuatu. Keperitan dialami bapa itu antara realiti pahit dilalui kebanyakan pakar bedah di Gaza dalam menyelamatkan nyawa pesakit tanpa ubat serta peralatan mencukupi akibat terputus bekalan selepas disekat Israel. Sebelum ini, tular satu video memaparkan kanak-kanak lelaki di Gaza membaca sepotong ayat al-Quran sebagai penahan sakit ketika prosedur bedah dijalankan tanpa bius pada kakinya yang parah. Mengulas isu sama, pakar bedah plastik dan rekonstruktif, Dr Ghassan Abu Sittah berkata, puluhan ribu mangsa cedera di Semenanjung Gaza kini berdepan risiko jangkitan dan kematian pada bila-bila masa kerana tiada akses rawatan selepas kehabisan bekalan serta hampir semua hospital tidak dapat beroperasi lagi. "Sebelum ini, prosedur lebih kecil terpaksa dilakukan tanpa bius dan ubat penahan sakit kerana kakitangan perubatan terpaksa menyimpan bius hanya untuk prosedur utama saja. "Tetapi kini semuanya sudah berhenti operasi sepenuhnya jadi ramai pesakit akan meninggal dunia akibat kecederaan yang tidak dapat dirawat dan tiada akses pembedahan," katanya yang bertugas di Hospital Al-Shifa dan Hospital Al-Ahli sepanjang konflik itu. Anggota Pengasas International Network For Aid, Relief And Assistance (Inara) itu berkata, beliau sendiri terpaksa meninggalkan bumi Gaza, Isnin lalu selepas tidak dapat berbuat apa-apa akibat sistem penjagaan kesihatan negara itu lumpuh sepenuhnya. Namun katanya, beliau bersama Inara sedang giat melancarkan kempen Gaza Rapid Response bagi mengumpul dana AS$2 juta (RM9.31 juta) dalam menyediakan bantuan perubatan termasuk pembedahan dan projek kesihatan mental bagi pemulihan penduduk Gaza terutama kanak-kanak akibat kesan perang. "Ia macam mimpi ngeri apabila saya terpaksa tinggalkan pesakit saya dalam keadaan masih belum dirawat. Hati dan jiwa saya masih ada bersama pesakit saya, malah saya ingat nama dan luka mereka. "Saya akan berjuang sehingga mereka menerima rawatan diperlukan dan mendapat keadilan sewajarnya," katanya yang sentiasa berkongsi perkembangan terkini di Instagram miliknya. Kekejaman rejim Zionis yang memasuki hari ke-47 menyebabkan pelbagai infrastruktur penting di Gaza musnah dan lumpuh sepenuhnya termasuk menyebabkan 26 hospital dan 55 pusat kesihatan tidak dapat beroperasi. Berdasarkan data Pejabat Media Kerajaan Palestin petang semalam, lebih 33,000 mangsa yang mengalami kecederaan terdesak memerlukan rawatan segera. Data itu turut merekodkan, angka korban turut meningkat kepada 14,128 dengan kira-kira 6,800 laporan penduduk masih terperangkap di bawah runtuhan atau jenazah mereka terbaring di jalanan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
naina replied at 22-11-2023 04:27 PM
Seksanya weh..
Memang padan lah darah yahudi ni halal dibunuh
Jahat sejahatnya
naina replied at 22-11-2023 04:27 PM
Seksanya weh..
Memang padan lah darah yahudi ni halal dibunuh
Jahat sejahatnya
Buritan replied at 22-11-2023 05:54 PM
Keluar aje laa dr gaza tuu . Tak.sggup aku tengok bideo..
Plg celaka org arab saudi buat dekk aj ...
Buritan replied at 22-11-2023 05:54 PM
Keluar aje laa dr gaza tuu . Tak.sggup aku tengok bideo..
Plg celaka org arab saudi buat dekk aj ...
Buritan replied at 22-11-2023 05:54 PM
Keluar aje laa dr gaza tuu . Tak.sggup aku tengok bideo..
Plg celaka org arab saudi buat dekk aj ...
edayildiz replied at 22-11-2023 06:58 PM
jahat sejahatnya kan yahudi ni..ptt la Allah laknat.
ina_na replied at 23-11-2023 12:48 AM
Kalo keluar dr sana mmg suka la si Setanyahu Tu..Deme mmg nk kwsn Tu..Tu sbb pembantaian mcm skrg ...
naina replied at 22-11-2023 06:56 PM
Raja arab pemangku bapak dia Muhammad bin Salman tu keturunan Yahudi belah mak dia. Lepastu bapak ...
ADVERTISEMENT