CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3698|Reply: 33

Doktor Di Gaza Terpaksa Potong Kaki Anak Sendiri Tanpa Bius, Akhirnya Meninggal Dunia Akibat Kesakitan Melampau

[Copy link]
Post time 22-11-2023 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Pakar bedah di Gaza, Palestin menahan emosi kerana terpaksa membuat prosedur amputasi (pemotongan) anggota badan anaknya sendiri tanpa sebarang bius.


Namun ikhtiarnya menyelamatkan nyawa darah dagingnya sendiri menemui kegagalan apabila anak itu akhirnya  meninggal dunia di depan matanya.


Seperti kebanyakan pesakit lain, anak itu yang parah akibat serangan berterusan Israel tidak mampu bertahan dengan tahap kesakitan dialaminya selepas operasi kebanyakan pusat penjagaan kesihatan di wilayah itu lumpuh dan kehabisan bekalan termasuk ubat-ubatan dan peralatan.











Kepiluan bapa ini dirakamkan dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok milik jurugambar Palestin, Motaz Azaiza semalam sehingga perkongsian itu meraih lebih 6.3 juta tontonan.


Biarpun tidak kedengaran suara lelaki itu, namun reaksi wajah dan gerak gerinya dalam video itu amat meruntun hati netizen seluruh dunia yang memahami perasaan pakar itu.


Dalam video itu, jelas wajahnya sugul dan dan hiba sebaik keluar dari khemah yang dijadikan bilik bedah dan rawatan sementara selepas gagal menjalankan prosedur itu.


Lelaki itu dilihat menekup mulutnya menahan sebak ketika mengintai jasad anaknya yang tidak bernyawa dari luar khemah sebelum dipeluk rakan pasukannya yang cuba menenangkan dirinya dengan membisikkan sesuatu.







Keperitan dialami bapa itu antara realiti pahit dilalui kebanyakan pakar bedah di Gaza dalam menyelamatkan nyawa pesakit tanpa ubat serta peralatan mencukupi akibat terputus bekalan selepas disekat Israel.


Sebelum ini, tular satu video memaparkan kanak-kanak lelaki di Gaza membaca sepotong ayat al-Quran sebagai penahan sakit ketika prosedur bedah dijalankan tanpa bius pada kakinya yang parah.


Mengulas isu sama, pakar bedah plastik dan rekonstruktif, Dr Ghassan Abu Sittah berkata, puluhan ribu mangsa cedera di Semenanjung Gaza kini berdepan risiko jangkitan dan kematian pada bila-bila masa kerana tiada akses rawatan selepas kehabisan bekalan serta hampir semua hospital tidak dapat beroperasi lagi.


"Sebelum ini, prosedur lebih kecil terpaksa dilakukan tanpa bius dan ubat penahan sakit kerana kakitangan perubatan terpaksa menyimpan bius hanya untuk prosedur utama saja.


"Tetapi kini semuanya sudah berhenti operasi sepenuhnya jadi ramai pesakit akan meninggal dunia akibat kecederaan yang tidak dapat dirawat dan tiada akses pembedahan," katanya yang bertugas di Hospital Al-Shifa dan Hospital Al-Ahli sepanjang konflik itu.


Anggota Pengasas International Network For Aid, Relief And Assistance (Inara) itu berkata, beliau sendiri terpaksa meninggalkan bumi Gaza, Isnin lalu selepas tidak dapat berbuat apa-apa akibat sistem penjagaan kesihatan negara itu lumpuh sepenuhnya.


Namun katanya, beliau bersama Inara sedang giat melancarkan kempen Gaza Rapid Response bagi mengumpul dana AS$2 juta (RM9.31 juta) dalam menyediakan bantuan perubatan termasuk pembedahan dan projek kesihatan mental bagi pemulihan penduduk Gaza terutama kanak-kanak akibat kesan perang.


"Ia macam mimpi ngeri apabila saya terpaksa tinggalkan pesakit saya dalam keadaan masih belum dirawat. Hati dan jiwa saya masih ada bersama pesakit saya, malah saya ingat nama dan luka mereka.


"Saya akan berjuang sehingga mereka menerima rawatan diperlukan dan mendapat keadilan sewajarnya," katanya yang sentiasa berkongsi perkembangan terkini di Instagram miliknya.


Kekejaman rejim Zionis yang memasuki hari ke-47 menyebabkan pelbagai infrastruktur penting di Gaza musnah dan lumpuh sepenuhnya termasuk menyebabkan 26 hospital dan 55 pusat kesihatan tidak dapat beroperasi.


Berdasarkan data Pejabat Media Kerajaan Palestin petang semalam, lebih 33,000 mangsa yang mengalami kecederaan terdesak memerlukan rawatan segera.


Data itu turut merekodkan, angka korban turut meningkat kepada 14,128 dengan kira-kira 6,800 laporan penduduk masih terperangkap di bawah runtuhan atau jenazah mereka terbaring di jalanan. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Seksanya weh..
Memang padan lah darah yahudi ni halal dibunuh
Jahat sejahatnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih gila secara logiknya perangai yahudi ni takda sifat manusia
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga perang ini berakhir...


Ya Allah.. please...please...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:20 PM | Show all posts
aku x paham ramai x sokong palestine..x sedih ke mengkome tengok orang mati sia2 mcam ni??
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 22-11-2023 04:27 PM
Seksanya weh..
Memang padan lah darah yahudi ni halal dibunuh
Jahat sejahatnya

Keluar aje laa dr gaza tuu . Tak.sggup aku tengok bideo..

Plg celaka org arab saudi buat dekk ajee..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2023 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang anti hamas mmg hati mcm binatang
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 22-11-2023 04:27 PM
Seksanya weh..
Memang padan lah darah yahudi ni halal dibunuh
Jahat sejahatnya

Mmg jahat gila. Itupon dunia luar masih ada yg x sedar lagi.

Pagi tadi SG dgr dlm berita, menteri israhell kata nak bunuh wanita pelestin sebab akan melahirkan generasi pengganas. Dlm undang2 perang yg kapir buat tu pon, mana boleh bunuh wanita dan kanak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2023 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 22-11-2023 05:54 PM
Keluar aje laa dr gaza tuu . Tak.sggup aku tengok bideo..

Plg celaka org arab saudi buat dekk aj ...

Org islam palestin mmg xkan keluar sebab tu tanah air depa dan nak pertahan tanah org islam, masjid al aqsa. Siapa lagi yg sanggup buat. Mati syahid ni mmg hebat
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn ckp berita ni....before... kisah smua ibu2 czer di-czer tanpa anesth pun aku dh rasa sakit gila mcm nyawa dh nk abis  kut??? Kita czer amek epi bagai alhmdlh kebas.tu pun bila abis epi tu mmg sakit lg. Kena beware kt wound pulak. Ini spnjg czer tu mentah2 perut kena toreh. Wahai tuhan kenapa xambik je nyawa trus .. cry..cry..cry.. hasbunallah wanikmal wakeel.  Laa haula wala quwwata illa billah hilaliyyil adzim. Binatang nyatu tu sewajarnya dtgkap skrg dan hukum bunuh pancung segera. Laknatullah. Kekal selamanya di neraka jahannam
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 22-11-2023 05:54 PM
Keluar aje laa dr gaza tuu . Tak.sggup aku tengok bideo..

Plg celaka org arab saudi buat dekk aj ...

Raja arab pemangku bapak dia Muhammad bin Salman tu keturunan Yahudi belah mak dia. Lepastu bapak dia raja Salman tu hantar plak anak dia belajar US. Tu pasal dia pro barat. Hiburan diutamakan. Sebab tu dia tak kisah pasal Gaza.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
jahat sejahatnya kan yahudi ni..ptt la Allah laknat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum baca isikandungan lagi, baca tajuk je dah rasa sebak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Israhell laknatullah.



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata Pro-Israel dalam forum ni? Jemput ke pentas untuk sepatah dua kata.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 22-11-2023 05:54 PM
Keluar aje laa dr gaza tuu . Tak.sggup aku tengok bideo..

Plg celaka org arab saudi buat dekk aj ...

Kalo keluar dr sana mmg suka la si Setanyahu Tu..Deme mmg nk kwsn Tu..Tu sbb pembantaian mcm skrg ni... Allah dah janjikan mati syahid syurga..mmg perit kita tgk..tp tgk pulak dr Europ ramai yg dah revert ke Islam...dan bl di ingat balik ade Rasulullah bersabda sampai satu masa kita yg dr luar Palestine kn bantu mereka berjihad..

dan skrg ni dah bertebaran kat TT Dan fyp FB kalo baitulmuqadis terbebas dr penjajahan is not real akan jd negara paling aman...maka digalakkan umat Islam berhijrah ke sana sementara negara lain dlm dunia ni akan berlaku huru hara...cuma iolss rs skrg ni kita x tlg pun berjihad mcm Yamen, hizbullah kalo dah aman damai p sana tuk elakkan negara kita huru hara mcm iolss ni pengecut pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 22-11-2023 06:58 PM
jahat sejahatnya kan yahudi ni..ptt la Allah laknat.

Kan dlm ceramah2 ustaz2 dia org bgtau, org Yahudi ni kalo x suka Nabi sbb nabi2 x ikut pe yg dia org nak,dia org bunuh je..ade kn gergaji kepala la..ramai gak kene bunuh dlm 3+ org...Tu sbb dlm Al Quran Allah melaknat dia org...yg baik skt tu mungkin yg ikut Nabi Musa ms lps kejadian dgn Firaun... Sbb tu sblm kemasukan Yahudi dr luar Palestine, Yahudi yg dlm Palestine boleh duduk berjiran baik dgn org Islam dan Kristian di sana...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 23-11-2023 12:48 AM
Kalo keluar dr sana mmg suka la si Setanyahu Tu..Deme mmg nk kwsn Tu..Tu sbb pembantaian mcm skrg  ...

Bkn ko je pengecut... Aku pun sama hahaha..

Betullla u ckp tuu tp aku ni dah tak lalu tengok video.. rasa murung... Ade yg aku skip terus.. jahak giler sii yahudi nii.. mana laa sifat perikemanusiaaan pun tahh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 22-11-2023 06:56 PM
Raja arab pemangku bapak dia Muhammad bin Salman tu keturunan Yahudi belah mak dia. Lepastu bapak  ...

Patut leee.. yahudi jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 22-11-2023 06:08 PM
Org islam palestin mmg xkan keluar sebab tu tanah air depa dan nak pertahan tanah org islam, masji ...

Tu laaa.. kalo aku takde laaa...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.070514 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list