CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlalu Kuat Dan Bingit, Penarik Beca Di Melaka Diminta Henti Pasang Lagu Dangdut

20-11-2023 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3856| Komen: 40

MELAKA – Semua 370 pengusaha beca yang beroperasi di sekitar Banda Hilir diminta memainkan lagu kebangsaan dan lagu tradisional Melaka terutama Dondang Sayang, bukannya dangdut ketika membawa pelancong.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, saranan itu wajar diikuti oleh pengusaha beca sempena sambutan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Cadangan itu adalah sebahagian usaha untuk memperkenalkan budaya Melaka dengan mengetengahkan lagu-lagu Melayu asli terutama Dondang Sayang kepada pelancong luar.

Foto: Kosmo

“Mereka juga diminta untuk tidak memasang lagu terlalu kuat sehingga boleh menimbulkan rasa kacau dan ganggu kepada pelancong yang menaiki beca mengelilingi kawasan Banda Hilir.

“Kita ada menerima banyak aduan daripada pelancong yang berasa tidak selesa dengan bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat dan bingit, terutama bila mereka memasang lagu dangdut.


“Bukan tak boleh pasang lagu tetapi biarlah cukup setakat boleh didengar oleh pelancong yang menaiki beca itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Amanat Sempena TMM 2024 dan Pembaharuan Lesen Beca Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dewan Perzim, Jalan Kota di sini, hari ini.

Tambah Abdul Razak, pengusaha beca juga diminta tidak mengenakan caj melampau sebaliknya kekal dengan harga RM25 untuk kurang dari sejam dan RM40 untuk sejam.

Menurutnya, kerajaan negeri menerima aduan bahawa segelintir daripada mereka mengenakan ‘harga kayangan’ kepada para pelancong.

“Saya harap ikutlah harga standard kalau pelancong tularkan isu negatif ini, secara tidak langsung perkhidmatan beca di Melaka akan memberi kesan kepada semua industri beca,” ujarnya.

Abdul Razak berkata, MBMB turut bercadang membuka laluan baharu dengan lima pusat hentian beca bagi mengambil serta menurunkan penumpang.

Katanya, perkara itu masih di peringkat perbincangan dan akan diputuskan sebelum 25 Disember ini.

“Laluan asal dari Dataran Quayside melalui Medan Samudera, Menara Taming Sari dan Bastion House dikekalkan serta ditambah laluan baharu dari Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan melalui Muzium Kesultanan Melayu Melaka serta masuk semula ke Bangunan Stadthuys,” jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 20-11-2023 06:34 PM
Setju klu bukak lagu tradisional msia
Quote B40tastePosh 20-11-2023 06:37 PM
Melayu tak pandai Appreciate apa yang ada dalam diri, bangsa dan sekita mereka.

Kalau ko bagi peti ais, peti ais boleh jahanam...inikan pulak budaya Melayu.
Quote babynina30 20-11-2023 07:02 PM
Eh rm40 ke. Apsal aritu i kena 50 ?
Quote _kelly 20-11-2023 07:05 PM
setuju..music terlampau kuat, lampu terlampau meriah..tak masuk segala hello kitty bagai tu..semua nak humban letak satu beca
Quote TomyamPuteh 20-11-2023 07:31 PM
Lagu sama naik dgn azan kat masjid.
Quote mojarean_X 20-11-2023 09:01 PM
Iols nk lagu baby shark
Quote albedah 20-11-2023 09:09 PM
babynina30 replied at 20-11-2023 07:02 PM
Eh rm40 ke. Apsal aritu i kena 50 ?

Yaaaaa aku pun kene rm50. Dasar tutttt. Dan bukan sejam
Quote cucutokwan89 20-11-2023 09:22 PM
Ada 1 tempat dlm laluan tu, daku pernah nmpk penumpang kena turun skjp sbb nak kayuh tak lepas, kena bertolak sikit. Tak nafi, mmg bingit dowh
Quote kemaruk 20-11-2023 09:27 PM
Yang naik beca ni kebanyakkannya acik2 gundu andartu yang malas nak jalan kaki
Quote brego 20-11-2023 10:11 PM
Edited by brego at 20-11-2023 10:13 PM
babynina30 replied at 20-11-2023 07:02 PM
Eh rm40 ke. Apsal aritu i kena 50 ?

sebab yang naik tu gemok gedempol kot
jadi buasir bila kayuh, terkeluar usus kecil
so kena charge lebih
Quote cha-cha 20-11-2023 11:37 PM
Memang bising pun.. org tak naik pun terganggu bila dorang lalu tepi.. mcm mana lah rasa yg naik tu, budak2 kecik.. pecah telinga [em:7:]
Quote white_musk 20-11-2023 11:50 PM
lagu dangdutnya yg macam goyang inul ke?
tak apa lah lagu happy2..
lain la depa pakat pasang lagu hatik bah
Quote cap_ayam 21-11-2023 04:47 AM
Sapa yang start letak hello kitty jadah semua ni kat beca? Pastu semua mengikut? Takde ke beca tanpa hiasan melampau ni. Naik gondola kat venice tu takde pun pasang lagu dan letak hiasan pelik2
Quote Weller 21-11-2023 06:19 AM
dulu pergi sekali b4 pkp duk galak pasang lagu kpop. beca sarat dengan bunga2. idok ler naik.
Quote annehuda 21-11-2023 06:29 AM
Ni aku setuju. Yg wat video tiktok letak lagu dangdut pdhal lagu takde kene mengene ngan video. Bingit hokkay
Quote mejaputih 21-11-2023 06:35 AM
Ntah2 leluhur kanoha duk osg dangdut kuat2
Quote Themilo 21-11-2023 07:26 AM
_kelly replied at 20-11-2023 11:05 AM
setuju..music terlampau kuat, lampu terlampau meriah..tak masuk segala hello kitty bagai tu..semua n ...

kannn.. dah la patung-patung kat beca tu pun kepam weols tengok
Quote azimodin 21-11-2023 08:04 AM
Aku orang melaka pon lagi suka naik beca kat penang. Aku layankan jugak la bila anak nak naik beca kat melaka tapi memang bingit gila. Berlawan2 pulak sesama dorang. Tu belum lagi hiasan yg melampau-lampau. Hilang dah rasa2 nostalgic beca melaka.
Quote adizero11 21-11-2023 09:04 AM
aku jeke yg x berani nk naik beca dekat Melaka ni sbb nampak mcm scammer jer masing2

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.041803 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top