PETALING JAYA – Dua orang gadis dari Malaysia berjaya merakam kejadian pukau yang dilakukan seorang lelaki berkulit hitam di Rom, Itali. Rakaman menyaksikan seorang lelaki Inggeris telah dipukau oleh seorang lelaki berkulit hitam di kawasan perlancongan terkenal Colosseum di Rom.
Dua gadis tersebut difahamkan yang berada dalam satu rangka lawatan ke negara tersebut berjaya merakamkan detik tersebut. Menurut mereka, pelancong yang ingin ke sana perlu berhati-hati kerana kejadian tersebut kerap berlaku sehingga ada yang mengalami kerugian yang besar. “Dekat sini kita perlu berhati-hati dengan golongan yang ada pegang tangkal atau tasbih di tangan mereka. “Kejadian tadi memang berlaku di hadapan kami sendiri, nak melancong di sini kita perlu berhati-hati,” jelas salah seorang gadis terbabit.
Dalam pada itu, salah seorang pemilik media sosial turut bersetuju dengan apa yang didedahkan dua gadis itu. Katanya, bukan sahaja di Rom malah di menara Eiffel di Perancis juga kejadian yang sama turut berlaku. “Memang di kawasan tumpuan pelancong kebanyakan kejadian seperti ini berlaku, pengalaman saya di Perancis pun sama. “Namun di sana kita perlu berhati -hati dengan penyeluk saku, ramai pelancong sudah menjadi mangsa termasuk suami saya sendiri,” kata Mysarah Kadir. – CARI Sumber: Kosmo
|
batmana replied at 20-11-2023 07:00 PM
Abis ko ada masa upload video plak..tkde masa nk jerit kat..nk panggil Pak polisi ka...
Baghal punya ...
kakikuDibibirmu replied at 20-11-2023 07:12 PM
Akak lagi suka main pakau
batmana: Abis ko ada masa upload video ...
batmana replied at 20-11-2023 07:00 PM
Abis ko ada masa upload video plak..tkde masa nk jerit kat..nk panggil Pak polisi ka...
Baghal punya ...
sharlenetexas replied at 20-11-2023 08:53 PM
Ingatkan gypsy.
johan-adx replied at 21-11-2023 08:25 AM
dia sharing info pun ko mrh pulakkang dia jerit2 ko kata naik hantu plak
tak pamham aku
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
2-12-2023 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.034563 second(s), 45 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.