CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kerana Watak Jahat Saya, Mak Cik Di Terengganu Enggan Jual Kuih - Pablo Amirul Hantar ‘Budak’ Borong Semua

17-11-2023 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7610| Komen: 29



Pelakon Pablo Amirul berkongsi cerita mendapat layanan kurang baik oleh seorang peniaga wanita di Terengganu apabila wanita itu enggan menjual kuih jualan kerana terkesan dengan watak jahat yang dibawa olehnya dalam filem.

Memetik mStar Online, Tidak marah dengan apa yang jadi, sebaliknya Pablo atau Amirul Hisyam Mohd Sakri, 38, meminta dua orang rakannya untuk memborong kuih-kuih berkenaan.

“Takkan saya lupakan di Bandar Permaisuri, Terengganu... bila saya nak beli kuih tapi mak cik tu tak nak jual sebab jahatnya saya dalam televisyen (TV) tu yang terbawa-bawa sampai realiti tak nak jual langsung pada saya.

“Tapi tidak mengapa saya minta tolong dua orang rakan saya beli bagi pihak saya, borong semua dengan ucapan terakhir... mak cik orang jahat tadi yang beli.

“Sudah tentu selepas itu mak cik itu tersenyum sebab tak sangka orang jahat beli kuih dia,” katanya kepada mStar.




Dalam perkembangan lain, Pablo merupakan salah seorang pelakon bersama Zahiril Adzim, Nabila Huda dan Datuk Aaron Aziz dalam filem Budak Flat yang ditayangkan di platform penstriman Prime pada Khamis.

Kesian juga jadi pelakon watak antagonis ini kan, kesannya sampai terbawa-bawa ke kehidupan sebenar? Bertabahlah Pablo. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 17-11-2023 10:40 AM
kasian,

itu la beda artis hero dgn crook
hero di sanjung manakala crook sentiasa dipadang rendah...( bg yg low mentaliti la )
Quote telracs 17-11-2023 10:46 AM
Ye la...
Teringat artis korea cerita, dia bawa watak antagonis, sampaikan masa dia turun jumpa peminat, ada makcik² baling sampah kat dia sebab watak dia yang jahat sangat tu... tak ingat pulak nama pelakon tu... yang jahat dalam cerita Penthouse.
Quote malarky 17-11-2023 11:13 AM
salimrock replied at 17-11-2023 10:40 AM
kasian,

itu la beda artis hero dgn crook

aku pernah dengar orang kata salleh kamil pernah nyatakan rasa kesal dia kerana sentaiasa bawak watak antagonis dalam filem2 yang pernah dilakonkannya. pernah juga aku tengok dalam satu episode melodi (lama dah ni kalau tak zilap hosnya masa tu raja azura kot) bila wartawan interview dia tapi dia macam reluctant (tak tau sebab apa)
Quote dua_chzy 17-11-2023 11:14 AM
Gitulah makcik2.

Mudah tertipu dengan persepsi.
Quote anilanil 17-11-2023 11:18 AM
Pablo, ko pakai tudung & niqob je la nak berjalan kat kawasan luar bandar. Dah maklum macik2 tak berkenan kan...
Quote Suchi 17-11-2023 11:34 AM
Iols masa beratur belakang nyawa sis pun tanak tegur apatah lagi nk pandang dia
Risau dia ada niat jahat disebaliknya
Btw iols mmg suka who r yus kan je retis2 nih.
Bila terperasan wat cam biasa je pastu biar dorang yg beria2 pandang kita minta disedari kewujudan dorang tu.

Kalau jumpa retis iols cuma nak bandingkan je ketinggian dan saiz badan dorang je.
Sapa lagi slim iols ke dorang bukan huhuh
Quote salimrock 17-11-2023 11:35 AM
malarky replied at 17-11-2023 11:13 AM
aku pernah dengar orang kata salleh kamil pernah nyatakan rasa kesal dia kerana sentaiasa bawak wa ...

tahun 1990 an ada pelakon watak antagonis, a rahim tak silap , dia meninggal tahun 90 an,

lepas tu ada la article wartawan tulis

arwah a rahim, bila dia bila hadiri  anugerah2 tv ni takde wartawan nak interview dia, dan dia cakap tiada anugerah atau tiada peluang utk menang anugerah  bg  pelakon yg memegang watak jahat , pada waktu tu la,


skrg tak silap ada je yg pegang watak antagonis menang anugerah kan?
Quote areyam 17-11-2023 11:43 AM
salimrock replied at 17-11-2023 11:35 AM
tahun 1990 an ada pelakon watak antagonis, a rahim tak silap , dia meninggal tahun 90 an,

lepas  ...

macam takda/jarang anugerah yg dapat oleh pelakon antagonis... penganjur anugerah kena wujudkan lepas ni... macam negara2 luar dah lama ada...

Pablo patut bangga... sbb berjaya hidupkan watak jahat tu.... sampai terkesan makcik2 yg menonton
Quote malarky 17-11-2023 11:44 AM
salimrock replied at 17-11-2023 11:35 AM
tahun 1990 an ada pelakon watak antagonis, a rahim tak silap , dia meninggal tahun 90 an,

lepas  ...

rasenya a rahim ni lebih kurang sezaman dengan salih kamil. a rahim ni salah sorang samseng penambang bot dalam filem pendekar bujang lapok
Quote salimrock 17-11-2023 11:50 AM
malarky replied at 17-11-2023 11:44 AM
rasenya a rahim ni lebih kurang sezaman dengan salih kamil. a rahim ni salah sorang samseng penamb ...

ye la kot , jd mgkn tahun 90 an tu dia mgkn dah lewat 50 an atau 60 an
Quote heythere123 17-11-2023 12:00 PM
ke sebenarnya makcik tu tengok video heols meroyan dekat ig tu

anyway bagus la, rezeki dekat makcik tu. Habis jugak kuih haritu
Quote sleepandream 17-11-2023 12:24 PM
nasib baik makcik kenal sape yg nak membeli tu...
retis ni kekadang tukar cutting rambut pun iols dah tak kenal dah...
Quote slyfynx 17-11-2023 12:43 PM
Ke makcik ni ternampak gmbr leak dulu?
Quote divalaura 17-11-2023 12:47 PM
heythere123 replied at 17-11-2023 12:00 PM
ke sebenarnya makcik tu tengok video heols meroyan dekat ig tu

anyway bagus la, rezeki dek ...

rasanya gitu lah kan?
LOL..
Quote heythere123 17-11-2023 02:29 PM
divalaura replied at 17-11-2023 12:47 PM
rasanya gitu lah kan?
LOL..

seram kalau ingat balik video heols mental tu.

Tapi kesian la jugak sebab macam heols kena tipu dengan minah tu.
Quote beni_nikaido 17-11-2023 03:37 PM
tak pe la pablo
berlakon bagus dah
semoga berjaya dengan projek akan datang
Quote ReginaGeorge 17-11-2023 03:48 PM
Pakai lipgloss kasi tone down sikit keras tu. Kut2 pasni beratur makcik nak offer diri jadi mak mertua.
Quote bynroslan 17-11-2023 03:58 PM
Amboi makcik over benarrrrr

Tapi dulu pun pernah ada kes kan arwah Izi Yahya kot kalau tak silap kena ludah sebab selalu berlakon jadi orang jahat
Quote doubleharmonic 17-11-2023 09:03 PM
sebab ko tak helok

cuba kalau ko helok nak jadi mental pon orang tak kecam sebab ko helok

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.042875 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top