Usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM meluahkan rasa syukur rumah tangga yang dibina bersama suami, Razman Ramli kini sudah menjangkau lebih dua dekad.
Memetik Media Hiburan, Kak KM berkata dia tidak peduli disifatkan dominan dalam rumah tangga memberikan pendapat mengenai suami perlu dengar cakap isteri. Menurut Kak KM lagi, dalam menjamin keharmonian sesebuah rumah tangga kesabaran turut menjadi aspek utama. “Saya bersyukur sebab usia perkahwinan kami kini sudah 22 tahun. Saya anggap ini rezeki, alhamdulillah. Jadi bagi saya dalam sesebuah hubungan itu, yang paling penting kita kena ada rasa sabar. Nak tak nak, saya berpendapat suami memang kena dengar cakap isteri. Aku tak peduli,” katanya. Sementara itu, Kak KM berkata bukan mudah untuk melalui rumah tangga sepanjang 22 tahun dan sudah pasti ada dugaan dalam setiap fasa. “Bila orang tanya macam mana kami menjaga 22 tahun kehidupan di dalam perkahwinan, ia bukan satu hal yang senang. “Tempoh lima tahun berkahwin, ada dugaannya. 10 tahun pun ada dugaan tersendiri, begitu juga bila perkahwinan berusia 15 tahun. “Jadi sekarang kita sudah lepas fasa tersebut. Kuncinya, abang Maman (suami), dengar cakap saya. Ada yang kata saya pun pernah marahkan suami sebelum ini. Itu dua tahun lepas punya cerita. Lebih dua dekad kami bersama, hanya itu sekali situasi tersebut berlaku. “Tipulah kalau saya cakap sepanjang masa hubungan kami baik, ada pasang surutnya. Kita ada juga juga gaduh dan tidak puas hati dalam hal tertentu. “Saya ini isteri. Jadi sayalah yang memasak, jaga anak, basuh baju dan sebagainya. Macam orang gaji. Jadi tak kan tak boleh kalau saya nak ada perasaan marah?” katanya. SUMBER: Media Hiburan, Rotikaya |
slyfynx replied at 11-11-2024 09:59 PM
Pee Eh End Tea Eh Tea la weh
lasagna replied at 12-11-2024 12:05 PM
hahahahaha...
ADVERTISEMENT