CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Sangat Beruntung, Saya rasa ia satu anugerah” – Jep Syukur Dijodohkan Dengan Sari Yanti

11-11-2024 09:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11330| Komen: 93

 


Menerusi satu perkongsian di Instagram Sinar, Jep Sepahtu mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta, Sari Yanti yang jatuh pada 9 November.

Dalam video berkenaan, Jep menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang menyenangkan dan menenangkan buat dirinya.

“Saya nak ambik peluang ini untuk mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta saya, Sari Yanti, orang yang sangat menyenangkan, orang yang sangat menenangkan,” katanya.


Sementara itu, Jep berkata dia banyak belajar daripada Sari Yanti dalam beberapa perkara meskipun dia seorang ketua keluarga. Jep menyifatkan dirinya sangat beruntung kerana dijodohkan dengan Sari Yanti.

“Kadang-kadang, kita nampak macam kita ni ketua keluarga, tapi sebenarnya dalam beberapa hal itu, saya banyak merujuk dan juga belajar daripada dia.

“Saya sangat beruntung, Alhamdulillah, Allah jodohkan saya dengan Sari. Saya rasa ia satu anugerah, hadiah yang sangat bermakna untuk saya,” katanya.

Dalam kesempatan itu juga, Jep turut menitipkan doa buat isterinya  serta keluarga mereka keluarga mereka sentiasa diberikan bahagia dan keharmonian.

‘Saya doakan yang baik-baik sempena ulang tahun kelahiran ini, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa di bawah redup rahmat dan mudah-mudahan mendapat redha-Nya.


“Mudah-mudahan keluarga kita dikurniakan kebahagian, keharmonian dalam rumah tangga kita. Happy birthday to you,” katanya.

SUMBER: Instagram Sinar, Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 11-11-2024 11:51 PM
Tapi betul org kata si wanita ni sombong
Quote MisXoXo 12-11-2024 07:22 AM
2x5 dgn sang shuamiii
Quote weezerfan 12-11-2024 07:39 AM
Muka mcm dia kalau x berduit xdelah dpt bini lawa
Quote makita 12-11-2024 07:54 AM
Perawankota replied at 11-11-2024 11:51 PM
Tapi betul org kata si wanita ni sombong

Ni meols pnh dgr sejak zaman dia student dulu2
Quote lostnfaun 12-11-2024 07:56 AM
Edited by lostnfaun at 12-11-2024 07:59 AM
weezerfan: Muka mcm dia kalau x berduit x ...


Takde lawa sgt kot.. cuma nmpk manis..

Agaknya camne la bila laki dah tak jadi dj & takde show astro lagi nnt..
Quote huJanBaTu 12-11-2024 07:58 AM
dia sayang ko time berduit jer
Quote zehra2 12-11-2024 08:00 AM
moga ikhlas dan bahagia yg berpanjangan.
Quote makton 12-11-2024 08:00 AM
perempuan ni masa dgn suami lama dia, penah dtg kenduri kawan aku. tp haram perempuan ni taknak turun dr kete. bekas suami je yg turun dtg salam dgn kawan aku.
Quote NazRysha 12-11-2024 08:05 AM
dagu boleh buat penutup tin
Quote NazRysha 12-11-2024 08:05 AM
makton replied at 12-11-2024 08:00 AM
perempuan ni masa dgn suami lama dia, penah dtg kenduri kawan aku. tp haram perempuan ni taknak turu ...

memang kekwat pompuan ni

Quote makcun14 12-11-2024 08:11 AM
kenapa eh kalau retis ngan tok laki posing dalam gambar mesti tangan duk bertenggek kat perut si laki ?
supaya perut boroi laki sheols tersorok ke
Quote selipar_hijau 12-11-2024 08:51 AM
pastu?
Quote BoongaKertas 12-11-2024 08:51 AM
kalau dedua tahu tggjwb memasing, insyaallah bahagia. when u met the right person, u wont be scared of marriage.
Quote tokchik 12-11-2024 09:02 AM
tu yang aku jadi pelik
kat titokk ada tajuk jepff cerai

tititokk ni satu hal pulak
Quote sangbara2020 12-11-2024 09:11 AM
laki kot kaya muka mcm jambatan xsiap pun ade je org nak
Quote afie_m 12-11-2024 09:21 AM
alhamdulillah...
Quote cap_ayam 12-11-2024 09:24 AM
Dah tak berlakon lagi ke?
Quote annadonna 12-11-2024 09:33 AM
sangbara2020 replied at 12-11-2024 09:11 AM
laki kot kaya muka mcm jambatan xsiap pun ade je org nak

Dia pernah kawin. So dia tau muka hensem tak bawak ke mana pun. Waktu main je sedap. Waktu lain, miskin
Quote annadonna 12-11-2024 09:33 AM
cap_ayam replied at 12-11-2024 09:24 AM
Dah tak berlakon lagi ke?


Jep tak bagi. I heard from my friend yg pernah nak ambik sari berlakon iklan. Jep dah provide dia duit cukup.

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.083867 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top