CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amir Ahnaf Nafi 'Sailang' Anna Jobling Dari Meerqeen

17-11-2023 09:35 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9789| Komen: 54

Pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf menafikan dakwaan yang mengatakan dia ‘merampas’ aktres Anna Jobling daripada aktor, Meerqeen.


Amir berkata dia dan Anna sekadar berkawan dan mereka mula berkenalan selepas digandingkan menerusi sebuah drama.



Malah, Amir menyifatkan aktres berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu sebagai seorang pelakon yang profesional.


"Anna seorang pelakon yang sangat bagus, pertama kali saya jumpa dengan dia waktu tandatangan kontrak bagi drama yang kami berlakon bersama saya dah dapat rasa vibes.


"Apa yang saya boleh beritahu, saya tidak merampas dia dari sesiapa. Saya hanya mahu buat kerja saya sahaja.


"Ada juga orang yang tinggalkan komen kata saya merampas Anna dari Meerqeen. Kebenarannya, saya hanya bekerja sahaja, Anna seorang yang sangat profesional," katanya.



Amir berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama terbaharunya berjudul Gamers Mangkuk yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Khamis.


Dalam masa sama, pelakon yang popular menerusi drama High Council itu berkata, Meerqeen ada datang berjumpa dengannya dan memberikan kata-kata samangat agar dia melakukan yang terbaik ketika bekerja dengan Anna.


"Meerqeen sendiri beri sokongan pada saya untuk buat yang terbaik dalam drama itu.


"Kami bertiga tiada masalah pun, mungkin yang mengapi-apikan adalah peminat. Pandangan masing-masing," ujarnya.



Sumber: Oh Bulan




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 17-11-2023 09:49 AM
Baru keje 2 tahun dak amir. Awek leklu. Baik focus career, family & asset. Kalo ko couple ngan dak anna pon bukannya dpt gi dating pon. Budak tu kuat tido. Kat set bape byk gambar candid anna membuta ko snap.
Quote ketupatnasi 17-11-2023 10:18 AM
koser la yang merebut dan direbut punnnn..
lagi 13 tahun tetiba declare perang dingin
Quote heythere123 17-11-2023 10:27 AM
dik amir jangan perasan boleh tak

cukup la u duduk diam backup si juling. Jangan nanti habis madu sepah dibuang u merempan tak cukup tanah pulak
Quote love_warrior 17-11-2023 10:42 AM
Ntah pape baru setahun jagung, sibuk berebut perempuan... Perempuan ni xkan pilih retis as laki dia pon...
Quote kuceeng 17-11-2023 11:42 AM
Edited by kuceeng at 17-11-2023 11:43 AM
heythere123 replied at 17-11-2023 10:27 AM
dik amir jangan perasan boleh tak

cukup la u duduk diam backup si juling. Jangan nanti hab ...


semakin rengsa dgn si bdk kapla ni, dulu nmpk ok..skrg si mierul pembuli nmpk better dari dia
mmg si jobless ni bagi negative effect ye kat partner lelaki kalo berlakon cite cinta geli2
Quote tomaz 17-11-2023 11:45 AM
rempit betul muka hero skrg
Quote heythere123 17-11-2023 11:46 AM
kuceeng replied at 17-11-2023 11:42 AM
semakin rengsa dgn si bdk kapla ni, dulu nmpk ok..skrg si mierul pembuli nmpk better dari dia :lol ...

itulah, kuat pulak budak ni mencapub. Iols yang asalnya okay je dengan heols tibahjah rasa rengsa

haah, elok lagi mierul tu. Takde sibuk nak gosip cinta sana sini.
Quote codenamedream 17-11-2023 11:48 AM
Amir, chuols nampak species senang depress. So jauhilah cinggey buat masa skrg
Quote kotakominami 17-11-2023 11:49 AM
Dlm bebanyak batch die nih si nadir nasa tu yg nampk tk layan bende mcm ni...kalau ade gosip ngan heroin cpt2 dia cantas...kalau hat lain terbawak bawak sampai fan ngeship padahal diorang memang takde couple pon...
Quote bambimo 17-11-2023 11:50 AM
aku pun heran org ship kan dia dgn any heroes dia berlakon
semua nk ship sbb myb heroes tu bujang kot
pasni berlakon la dgn alif aziz ke fattah amin ke haaah gitu
Quote bankerpencen 17-11-2023 01:00 PM
Awat la muka hero2 ni semua macam… tak hensem
Quote haktuihlerr 17-11-2023 01:06 PM
Ni ke level hensem bbnu zaman skrg.. hadohhh... bersepah kat indo sana
Quote kaedahnya 17-11-2023 01:27 PM
tomaz: rempit betul muka hero skrg

rupa paras macam ni yang kita mau ala ala zainuddin tenggelamnya kapal van der wijck (tak reti eja) agittew
Quote tomaz 17-11-2023 01:38 PM
kaedahnya replied at 17-11-2023 01:27 PM
rupa paras macam ni yang kita mau ala ala zainuddin tenggelamnya kapal van der wijck (tak reti eja) ...

rupa zainuddin tu i boleh terima tp muka dia ni entahlah… byk nak tunjuk jawline je
Quote kaedahnya 17-11-2023 01:40 PM
tomaz replied at 17-11-2023 01:38 PM
rupa zainuddin tu i boleh terima tp muka dia ni entahlah… byk nak tunjuk jawline je

taste aku wajah nusantara badboy rempit katang ala ala tony jaa kot huhu.
Quote anilanil 17-11-2023 02:27 PM
bankerpencen replied at 17-11-2023 01:00 PM
Awat la muka hero2 ni semua macam… tak hensem

Uolls nantikan filem terbaharu dak amir ahnaf ni nanti, The Parcel: Bungkusan Syaithon. Sebijik rupa budak flat pprt indon sana. Kalo tak tahu dia budak high Council mmg ingat warganegara indonesia mari cari makan kat sini.
Quote Binderclips 17-11-2023 03:23 PM
kotakominami: Dlm bebanyak batch die nih si  ...


Amir ni batch junior kpd nadhir dan meerqeen. Amir ni 1 batch dgn mierul aiman.
Quote MFR_IN 17-11-2023 03:58 PM
Siapa dia ni. Rempit sungguh muka.
Quote ReginaGeorge 17-11-2023 04:03 PM
Please lah berjodohan. Jobless tak sesuai berdiri sama tinggi dengan darah royal. Cakar je la rumah amir tu, please jangan cakar yestana.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.050087 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top