CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sah Suhaimi Saad Hidap Pneumonia- Dah Puas Berubat Sendiri, "Akhirnya Dia Minta Dihantar Ke Hospital Sebagai Usaha Terakhir”

14-11-2023 04:36 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 22380| Komen: 206|Original author: Saiful

Suhaimi Saad alami jangkitan kuman pada paru-paru atau pneumonia.

Isterinya Nordiana Mohd. Naim, 39, bagaimanapun memberitahu Suhaimi yang kini masih ditidurkan bebas daripada penyakit tuberculosis (tibi).


Foto: IG

“Setakat ini, doktor maklumkan suami alami jangkitan kuman pada paru-paru dan bebas tuberculosis (tibi) selepas melakukan hasil ujian pertama.

“Namun, untuk mengesahkan lagi hal itu, doktor akan lakukan ujian kedua dan kami menunggu keputusannya,” katanya.

Dalam masa sama, Ina tetap yakin suaminya akan kembali sembuh selain memohon orang ramai terus menitipkan doa.

“Suami masih ditidurkan dan keadaannya kritikal tetapi semalam oksigen berada pada tahap normal, cuma jantungnya masih lagi laju sekitar 130.

“Saya yakin suami akan sembuh. Saya juga mohon doa orang ramai dapat bersama mendoakan Suhaimi,” ujarnya.


Menurut Ina lagi Suhaimi mengalami penurunan berat badan mendadak iaitu sekitar 20 kilogram (kg) sekitar sebulan lalu.

“Baru-baru ini Suhaimi mengalami batuk tetapi lama-kelamaan semakin teruk sehingga dia sesak nafas.

“Selepas batuk semakin pulih, dia cirit-birit pula sehingga tak sanggup nak makan dan sebab itulah berat badannya tinggal 43kg.

“Kami sudah melakukan ikhtiar sehingga dia sendiri minta dihantar ke hospital yang dianggap sebagai usaha terakhir,” ujarnya.


Foto: IG

Semalam Ina memaklumkan kesihatan suaminya berada dalam keadaan kurang baik.

Sejak semalam, tular dalam laman sosial mengenai keadaan kesihatan penyanyi sensasi itu yang dikatakan sudah dibawa keluarga mentuanya pulang ke Johor bagi mendapatkan rawatan.

Difahamkan, penyanyi yang sudah berhijrah ke Kelantan itu menghidap penyakit kronik namun pemilik akaun yang menguar-uarkan khabar tersebut tidak mendedahkan butiran lanjut.

Suhaimi, 43, yang bersama In-Team selama lima tahun bermula pada 2000 itu pernah mengejutkan ramai apabila mengumumkan ingin bersara sebagai penyanyi nasyid selain enggan dipanggil ustaz. – CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakiah12 14-11-2023 04:39 PM
Mungkin Allah nak sedarkan ss bahawa ubat spital dan rawatan spital juga merupakan ikhtiar dan diharuskan dlm islam.
Quote Manusiabesa 14-11-2023 04:42 PM
Yer ker pneumonia simptom nya batuk².? Batuk² tu dh match elok dgn tibi.

Last2 p spital gak kikikiki. Sure kena sindir dgn paramedik dari hari 1st smpai hrini
Quote kikilalapooh 14-11-2023 04:43 PM
arwah nenek iols ninggal sebab pneumonia ni. salah satu punca pneunomia ni, persekitaran yang tak bersih, semoga segala urusan dipermudahkan...
Quote exclusive_vvip 14-11-2023 04:46 PM
Tetiba tringat pulak kat geng2 yg homeschooling anak, bersalin guna doula.. Yg kes pompuan Malaysia meninggal kat UK masa bersalin tu, anak ramai 4-5 orang kan..homeschooling..skrg taktau la anak2 arwah homeschool mcm arwah mahukan..suami mungkin x mampu nak cakna anak2 kalu nak homeschool..kalu kawen baru pun, mau ke mak tiri nak ajar anak2 tu..i rasa mcm dimasukkan ke sekolah jua la agaknya..ada sesapa tau ke update family arwah tu?..
Quote CoffeeOverdose 14-11-2023 04:46 PM
Masa hidup mulut lancang nakharom kecam KKM etc. balik2 kata makanan sunnah pengubat segalanya. SS meludah dh terkena muka sendiri ni.
Quote opie5662 14-11-2023 04:47 PM
Doa la sendiri.. Time mcm ni pandai plak mintak doa org ramai..
Quote prince_marhaen 14-11-2023 04:51 PM
...semalam oksigen berada pada tahap normal, cuma jantungnya masih lagi laju sekitar 130.


Jantung tengah laju tu nampak siksa kubur ke nampak orang-orang yang kena maki kena ejek dengan kau sebab ikhtiar perubatan moden ke....??


Doa je lah sendiri...kita semua ni kan jijik pengikut dajjal...kau yang suci maksum macam nabi...walhal tingtong..


Quote Dysania@72 14-11-2023 04:54 PM
aku tahu acik porem menanti perkataan "akhirnya dia minta" hihihihi
Quote I.K.A888990 14-11-2023 04:56 PM
tak tau pulak aku femes giler pakcik ni..
sampai berbenang2 psl dia ni..
Quote anony-mous 14-11-2023 05:00 PM
Ss.png


Ss2.png
Quote dua_chzy 14-11-2023 05:01 PM
Bodoh.

Selayaknya.
Quote dekmieDandy 14-11-2023 05:02 PM
takut berjangkit hasil aktiviti urut mengurut dia je
Quote sleepandream 14-11-2023 05:02 PM
tak silap BCG yg kita enjit masa sekolah dulu utk cegah penyakit tb la kan?
Quote bankerpencen 14-11-2023 05:07 PM
Tahu pula nak “usaha” hantar ke hospital
Quote Manusiabesa 14-11-2023 05:07 PM
anony-mous replied at 14-11-2023 05:00 PM

Kehkehkeh...aku tringt 1 wktu tu kan... aku terrrr lyn live ss.. mmg la aku yakin spnuhnya skrg dia xwaras..mcm isim...but 1 hari tu...aku stuju dgn dia... audience live tt tny kt dia... " xbalik johor ke" ss trus muka bosan... meh.

Ss reply " boleh x klu dh tau org tu kt situ, toksah dok tny2 xbalik ke ,xpi situ ke, xpi sini ke. Klu aku kt johor kang, hmpa tany pulak, bila nk blik kl... hmpa ni tny soalan yg trlalu remeh. "

Aku stuju.. aku pon pelik gk ngn mnusia..asyik2 tny bila nk balik.bila kita balik..dia bkn jumpa kita pun.. elok kita fly  dia tny bila nk balik..soalan nth apa2..  filaadama influenza tu pun rasa bnda yg sama..leceh btol.bila dia dduk afrika org tny bila fila nk balik.bila dia kt kl. Org tny bila fila nk fly. Tudiaaa sbnrya korang nk apa. Kehkeh.. aku relate..sbb jd kt aku.

1 lg hritu live tt ss. Ngajar tjwid kot. Lawa wei tulisan jawi dia..khat yg cntik.

Ksmpulannya bg aku.. ss ni skrg xwaras..isim..salah menuntut
Quote misz_sanggul 14-11-2023 05:12 PM
kalau korang nk taw ank I 11 tahun mcm ni la symptom die mula2 batuk, pas tu demam sminggu non stop last2 cirit birit muntah..between tu mmg bwk p GP clinic smpai 2 kali bukan x bwk,pas tu before p hospital kte buat all blood test mmg xde denggi, influnza,covid smuala tp darah die de infeection n dh severe dehidration..pgi HKL wad knk2 HTA admit trus on 2 antibioic, x ray mmg die broncopneumonia n HTA pindah to KPJ sentosa sbb wad pnuh, long story short die kna mkn streoid,nebulizer n still kn follow up kk,if dlm ms sbln x ilang batuk kn cek tb plak..so kalau dh x ilang batuk tu cekla cpt2..doc ckp bnda ni jd to my daughter sbb kesan post after covid die dah kena 2x
Quote anony-mous 14-11-2023 05:28 PM
Manusiabesa replied at 14-11-2023 05:07 PM
Kehkehkeh...aku tringt 1 wktu tu kan... aku terrrr lyn live ss.. mmg la aku yakin spnuhnya skrg di ...


Dlu pon ramai porumer ingat dia gila isim, salah menuntut. Tp menuntut apa? Klau fahaman je salah xpe, ni perangai pon sama hauk. Menipu org, bergaduh dgn inteam. So i tolak hipotesis dia gila isim

Tulisan jawi dia mmg cantik. Rasanya dia pernah jual kejap khat. Ramai gak beli lps tu dia dah malas. MALAS
Quote missHaidiD 14-11-2023 05:34 PM
Manusiabesa replied at 14-11-2023 05:07 PM
Kehkehkeh...aku tringt 1 wktu tu kan... aku terrrr lyn live ss.. mmg la aku yakin spnuhnya skrg di ...

Tergamak cuols layan live ss yach
Quote Manusiabesa 14-11-2023 05:34 PM
anony-mous replied at 14-11-2023 05:28 PM
Dlu pon ramai porumer ingat dia gila isim, salah menuntut. Tp menuntut apa? Klau fahaman je salah  ...

Haaaha....kiranya dia pemalas la ye sbnrya.... pemalas nk hdop...hahaha.. lg sorg skrg ni yg aku tgok lain mcm... jul yahya.... pelik pelik je tindak tanduk dia.. kayuhan beskal palestine... pdhl spnjg route tu org kesian kt dia..org tumpangkan... nth apa2 punya cara pk dh dia skrg... rsau... cmpor kesian...tp bole je manage kdai mkn...hri2 ktongktang2 masak... pasni spe lak nk rosak..jgn shamsulgagau dh le.

Lihat semua komen(206)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.087202 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top