CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lebih 100 Pelajar Tadika Siti Nurhaliza Di Palestin Dalam Keadaan Selamat

14-11-2023 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3395| Komen: 1

Description: SHAH ALAM- Walau dibedil teruk oleh tentera Zionis, lebih 100 orang kanak-kanak Tadika Afwa Al-Afiyah yang dibangunkan Yayasan Nurjiwa di Gaza, Palestin berada dalam keadaan selamat.
SHAH ALAM-  Walau dibedil teruk oleh tentera Zionis, lebih 100 orang kanak-kanak Tadika Afwa Al-Afiyah yang dibangunkan Yayasan Nurjiwa di Gaza, Palestin berada dalam keadaan selamat.

Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, mereka kini berada di Selatan Gaza bersama 10 orang tenaga pengajar tadika berkenaan setelah diminta berpindah di kawasan tersebut.

Foto: IG

“Alhamdulillah, Allah melindungi mereka sehingga sampai ke sana, tetapi apa yang menyedihkan adalah kanak-kanak ini berpindah sehelai sepinggang tanpa membawa apa-apa langsung.

“Apapun yang lebih penting adalah mereka semua dalam keadaan selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas program Bizjihad di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini hari ini.



Menurutnya pihak yayasan telah menghantar pakaian, selimut dan bahan makanan kepada semua kanak-kanak itu, baru-baru ini.

Tambahya, beliau bersama suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa sentiasa menantikan perkembangan terkini keadaan di Selatan Gaza daripada rakan baik mereka, Dr. Mohanad.


“Memang sukar untuk hubungi dia (Dr. Mohanad) ketika ini kerana kebanyakan kawasan kini tiada liputan internet kecuali di sebuah hospital di Selatan Gaza,” katanya.

Mengulas lanjut, Siti Nurhaliza bertekad untuk membangunkan semula tadika tersebut sekiranya musnah agar kanak-kanak Palestin terus mendapat pengajian asas.



“Teruskan berdoa untuk Palestin. Mana tahu, ada doa rakyat Malaysia dimakbulkan Allah sekaligus menghentikan krisis ini,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 14-11-2023 04:54 PM
semoga dipermudah... amin...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.044455 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top