Riena Diana dah tak mahu berkongsi gambar atau video yang terlalu seksi di media sosial berikutan segelintir pihak menyalahguna hantaran tersebut sehingga menimbulkan fitnah. Katanya dia sudah beberapa kali dihubungi rakan-rakan terdekat selepas menerima kiriman pesanan di aplikasi Telegram kononnya pelakon itu mempunyai gambar dan video lucah.
“Dulu saya fikir tak apa kalau kongsi gambar seksi sebab itulah saya. Tak nak berpura-pura dan jadi diri sendiri di media sosial. Tetapi saya tidak sedar akibat dan pelbagai kemungkinan buruk yang boleh terjadi. “Sampai ada kiriman di Telegram kononnya saya ada gambar dan video lucah padahal semua itu fitnah dan tohmahan yang sangat jahat. Bila tekan link, ternyata itu sekadar scam. Tak pasal-pasal kena tipu. “Sejak itu, saya mula rasa takut untuk muat naik gambar atau video yang boleh mengundang tohmahan. Biarlah orang cakap saya berpura-pura sekali pun, asalkan tidak membawa fitnah terlampau,” katanya kepada Utusan.
|
missbigrockstar replied at 8-11-2023 01:15 PM
Rupa biasa ja, berlakon pun tak best. Sebab tu lah kot seksi utk kekal relevan. Sama mcm kemut rohan ...
SisLena replied at 8-11-2023 12:57 PM
Kenapa bkn Riena yg blakon dengan Hun dalam W tu..haih.
missbigrockstar replied at 8-11-2023 01:15 PM
Rupa biasa ja, berlakon pun tak best. Sebab tu lah kot seksi utk kekal relevan. Sama mcm kemut rohan ...
ADVERTISEMENT