View: 2262|Reply: 7
|
Riena Diana Dah Serik Tayang Seksi, Difitnah Ada Gambar Dan Video Lucah
[Copy link]
|
|
Riena Diana dah tak mahu berkongsi gambar atau video yang terlalu seksi di media sosial berikutan segelintir pihak menyalahguna hantaran tersebut sehingga menimbulkan fitnah.
Katanya dia sudah beberapa kali dihubungi rakan-rakan terdekat selepas menerima kiriman pesanan di aplikasi Telegram kononnya pelakon itu mempunyai gambar dan video lucah.
Foto: IG
“Dulu saya fikir tak apa kalau kongsi gambar seksi sebab itulah saya. Tak nak berpura-pura dan jadi diri sendiri di media sosial. Tetapi saya tidak sedar akibat dan pelbagai kemungkinan buruk yang boleh terjadi.
“Sampai ada kiriman di Telegram kononnya saya ada gambar dan video lucah padahal semua itu fitnah dan tohmahan yang sangat jahat. Bila tekan link, ternyata itu sekadar scam. Tak pasal-pasal kena tipu.
“Sejak itu, saya mula rasa takut untuk muat naik gambar atau video yang boleh mengundang tohmahan. Biarlah orang cakap saya berpura-pura sekali pun, asalkan tidak membawa fitnah terlampau,” katanya kepada Utusan.
Dia juga kurang senang dengan komen-komen melampau segelintir warganet yang mudah melabel dia dengan kecaman.
“Sebenarnya isu seksi ini tidaklah terlalu membebankan fikiran saya. Bila kena kecam itu bagi saya normallah sebagai anak seni. Tetapi makin lama makin melampau pula kecaman dan kutukan mereka.
“Riena itu Riena ini. Mereka komen macam duduk serumah, tidur sebantal dengan saya. Buat saya rasa macam kalian ini kenapa? Nak apa sebenarnya? Takut juga dengan sikap segelintir warganet.
“Sebab itu bila jumpa rakan artis senior, mereka pesan, jangan terlalu terbuka dalam media sosial. Perlu ada filter juga. Tak semua suka dan doakan kebaikan kita. Ada yang berninat jahat dan tak suka kita,”ujarnya. -CARI
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bkn Riena yg blakon dengan Hun dalam W tu..haih. |
|
|
|
|
|
|
|
Rupa biasa ja, berlakon pun tak best. Sebab tu lah kot seksi utk kekal relevan. Sama mcm kemut rohanies. |
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar replied at 8-11-2023 01:15 PM
Rupa biasa ja, berlakon pun tak best. Sebab tu lah kot seksi utk kekal relevan. Sama mcm kemut rohan ...
tu la kan.. sb rupa biasa je so tyg la benda lain selagi boleh. wanita2 kat luar negara yg tayang benjol sana sini tu wpon muka nampak lawa sbnrnya ada yg fake sb surgery. wajah asli nan hadoo. |
|
|
|
|
|
|
|
SisLena replied at 8-11-2023 12:57 PM
Kenapa bkn Riena yg blakon dengan Hun dalam W tu..haih.
mungkin kabel sheols tak cukup cekang #donepitenah |
|
|
|
|
|
|
|
Muka gini pun boleh jadi retis ke? Standard industri low betul |
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar replied at 8-11-2023 01:15 PM
Rupa biasa ja, berlakon pun tak best. Sebab tu lah kot seksi utk kekal relevan. Sama mcm kemut rohan ...
Ye. Xphm iols org yg kata dia lawa. Xpdn klu berlakon dgn hun actually |
|
|
|
|
|
|
|
awak pakai sopan2 pn lawa dik
seksi seksa pun tak de nmpak seksi pn |
|
|
|
|
|
|
| |
|