CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azwan Ali Nafi Adegan Tarik Rambut Sekadar Lakonan, Ada Rakan Artis Sokong Teruskan Saman

8-11-2023 10:55 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1977| Komen: 5

Pengacara sensasi, Azwan Ali menegaskan insiden membabitkan usahawan Datuk Aliff Syukri menarik rambutnya dalam sebuah acara bukanlah 'content' seperti sangkaan ramai.


Kata Azwan, 57, kejadian yang tular itu bukan sengaja direka demi publisiti murahan dan dia akan memastikan usahawan kosmetik itu menerima padah kerana memalukannya.



Pengacara itu terkilan kerana diperlakukan seperti binatang oleh usahawan tersebut.


“Dia cakap itu rambut palsu? Itu rambut aku tau. Dia tak hormat saya, tarik rambut dan seret pula itu. Sakit terasa sampai sekarang. Dia memang sengaja nak kenakan saya. Fitnah? Ramai jadi saksi.


“Sebelum rakaman dia memang ada cakap akan tarik rambut, saya jawab tariklah kalau berani. Rupanya dia buat segmen itu sepenuh hati. Macam anjing belaan dia buat. Biadab sungguh.


“Saya dan pihak peguam sedang mengumpul bukti. Perkara ini juga melibatkan dua negara. Sebab itu jumlahnya besar, memalukan saya,” ujarnya ketika.


Dalam pada itu, Azwan turut mendedahkan menerima beberapa panggilan telefon daripada rakan artis yang mahu dia meneruskan niat saman terhadap usahawan kosmetik itu disebabkan keceluparan dan perangai tidak semenggahnya selama ini.


“Dia memang rasa sangat bagus kan? Ramai orang sebenarnya sakit hati dengan perangai dia. Malah ada rakan industri telefon saya dan suruh saman sahaja. Dia selalu aniaya orang," katanya.


Sebelum ini, tular dalam media sosial apabila sebuah video menunjukkan usahawan kosmetik itu dilihat menarik rambut serta mengheret Azwan sewaktu berada di atas pentas bagi menjayakan sebuah program di Singapura.



Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 8-11-2023 11:19 AM
nape sibuk tarik rambut org
p la tarik rambut bini sendiri
Quote Themilo 8-11-2023 11:28 AM
“Dia memang rasa sangat bagus kan? Ramai orang sebenarnya sakit hati dengan perangai dia. Malah ada rakan industri telefon saya dan suruh saman sahaja. Dia selalu aniaya orang," katanya ketika bercakap di hadapan cermin
Quote MatDeghem 8-11-2023 11:37 AM


sewel.com


#penyakitsewel
#gilaism


Quote sleepandream 8-11-2023 11:49 AM
pastu nyah?
Quote xtravaganza 8-11-2023 02:09 PM
Hahahaha..xtgk lg video ni..nti iols carik. Tp ssh nk husnuzon..btl ke bkn gimik?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.026532 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top