Pengacara sensasi, Azwan Ali menegaskan insiden membabitkan usahawan Datuk Aliff Syukri menarik rambutnya dalam sebuah acara bukanlah 'content' seperti sangkaan ramai.
Kata Azwan, 57, kejadian yang tular itu bukan sengaja direka demi publisiti murahan dan dia akan memastikan usahawan kosmetik itu menerima padah kerana memalukannya.
Pengacara itu terkilan kerana diperlakukan seperti binatang oleh usahawan tersebut.
“Dia cakap itu rambut palsu? Itu rambut aku tau. Dia tak hormat saya, tarik rambut dan seret pula itu. Sakit terasa sampai sekarang. Dia memang sengaja nak kenakan saya. Fitnah? Ramai jadi saksi.
“Sebelum rakaman dia memang ada cakap akan tarik rambut, saya jawab tariklah kalau berani. Rupanya dia buat segmen itu sepenuh hati. Macam anjing belaan dia buat. Biadab sungguh.
“Saya dan pihak peguam sedang mengumpul bukti. Perkara ini juga melibatkan dua negara. Sebab itu jumlahnya besar, memalukan saya,” ujarnya ketika.
Dalam pada itu, Azwan turut mendedahkan menerima beberapa panggilan telefon daripada rakan artis yang mahu dia meneruskan niat saman terhadap usahawan kosmetik itu disebabkan keceluparan dan perangai tidak semenggahnya selama ini.
“Dia memang rasa sangat bagus kan? Ramai orang sebenarnya sakit hati dengan perangai dia. Malah ada rakan industri telefon saya dan suruh saman sahaja. Dia selalu aniaya orang," katanya.
Sebelum ini, tular dalam media sosial apabila sebuah video menunjukkan usahawan kosmetik itu dilihat menarik rambut serta mengheret Azwan sewaktu berada di atas pentas bagi menjayakan sebuah program di Singapura.
Sumber: Utusan
|