Menerusi satu luahan tanpa nama di paltform X, seorang pelajar perempuan mengakui berada dalam dilema apabila rakan sebiliknya gemar memasang alunan ayat suci al-Quran sepanjang masa, tanpa henti.
Menurut gadis itu, dia serba salah kerana sedia maklum akan manfaat mendengar ayat suci al-Quran tetapi pada masa sama berasa terganggu ketika hendak mengulang kaji pelajaran. "Saya tak pernah larang rakan sebilik saya nak pasang ayat al-Quran. Saya pun suka dengar, tapi kalau setiap kali waktu nak tidur, tengah belajar dan tengah makan pun pasang, saya rasa sedikit rimas. "Ada satu pagi tu saya bangun tidur, saya tutup kejap radio dia. Dia terus terbangun dan tanya kenapa saya tutup, saya cakap nak bagi speaker rehat sebab non-stop. Dia kata tak apa, pagi Sabtu ni bagus dengar orang mengaji. "Saya rasa macam diri saya ni jahat pula, seolah-olah saya menolak daripada mendengar bacaan ayat al-Quran," kata gadis itu runsing.
Pelajar tersebut kemudiannya menjelaskan apa yang dirasai dan pandangannya sendiri. "Apabila sepanjang masa ada bacaan ayat al-Quran ni, saya susah nak berikan tumpuan kepada apa yang saya study. "Minda saya tak boleh nak berfikir, saya sampai kena pergi ke bilik orang lain kalau nak belajar, apa yang saya patut buat?" soal gadis itu meminta pendapat. Menjengah ke ruangan ciapan balas, ada warga maya yang mencadangkan untuk wanita tersebut berterus-terang dengan rakan sebiliknya. Sumber: mStar
|
babelina replied at 9-11-2023 03:07 PM
agk2 la kn.. bkn x bole pasang.. tp jgn menganggu org lain la..
prince_marhaen replied at 8-11-2023 02:22 AM
tak rasa awkward ke malu ke nak tukar2 baju, nak bukak2 aurat dalam bilik sesambil dengar quran sepa ...
prince_marhaen replied at 8-11-2023 10:22 AM
tak rasa awkward ke malu ke nak tukar2 baju, nak bukak2 aurat dalam bilik sesambil dengar quran sepa ...
piro77 replied at 20-11-2023 01:12 AM
Ada pernah dengar ustaz cakap (tak ingat nama) nak pasang al-Quran pun kena ada adab juga, jgn main ...
gigahertz replied at 13-11-2023 02:07 AM
ikutkan bila pasang al quran kena duduk diam dengar jangan buat apa2.
Meiizu replied at 25-1-2024 01:49 PM
Mcm kes viral kat spore baru2 ni kann....cainis tu amuk bunyi phone azan.
Kdg aku pun rasa setuju ...