CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uqasha Senrose 'Koyak' Ketika Sesi Live, Anggap Rakan Arwah Sengaja Cetus Provokasi

6-11-2023 07:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3444| Komen: 17

Susulan kontroversi melibatkan tuduhan yang mengatakan Uqasha Senrose menjadi punca kematian individu yang didakwa pernah menjadi mangsa bulinya, aktres itu tampil menjelaskan situasi melalui sesi live di TikTok miliknya pada Jumaat lalu.


Menurutnya, dia bukanlah wanita yang kuat ‘melantun’ seperti yang didakwa oleh segelintir pihak, melainkan dia terpaksa menahan rasa marahnya terhadap individu terbabit yang dilihat sengaja mencetuskan provokasi.

Foto: IG

“Bila saya nak explain nicely dekat TikTok, bila orang kata saya pembunuh, at least saya kata siapa yang tak tahu cerita hujung pangkal janganlah terus judge and everything.

“Then, dia (rakan arwah) masuk live saya. Sudah tentu masa tu kita tengah geram sebab tiba-tiba nak salahkan saya jadi penyebab kematian kawan dia dengan pelbagai lagi ayat sarkastik dia.

“Kalau tengok first tweet dia pun, dia ada kata saya menjadi penyebab kemataian dan ‘padang mahsyar is real’. Then bila dia masuk live tu dia boleh pula ‘play victim’ minta kita chill je, tak payah melantun sedangkan kita at first place pun memang dah cukup menahan sabar dan marah yang membuak-buak ni,” katanya.




Dalam pada itu, Uqasha juga menyifatkan individu yang dikenali sebagai @BUGATTI itu berjaya membuatkan dirinya kelihatan ‘koyak’ ketika live tersebut berlangsung.

“Kita ni dah lah nak bagitahu apa sebenranya jadi tapi dia boleh macam ‘kau baling batu lepastu twist. Straight forward lah kau tak payah nak cakap chill lah tak payah melantun apa semuanya. Dia macam nak membakar. So, dia berjayalah buat benda tu. Then semua orang kata saya koyak sebab melantun masa tu.

“Padahal kita ni dah lama diam. Ni bukan pertama kali tau saya kena kutuk atau orang tak suka saya. Dari saya kembali free hair lagi saya tak pernah bagi apa-apa statement sebab kita memang tak boleh puaskan hati semua orang.

“Jadi bila saya ambil keputusan untuk explain semuanya bukannya saya nak bagitahu saya dipihak yang benar tapi saya memang tak buli seperti tuduhan itu,” jelasnya.



Uqasha juga berpendapat, adalah wajar sekiranya individu terbabit membuat permohonan maaf bagi pihak arwah.

“Kalau dia tu sebagai seorang kawan yang baik, bila orang dah tak ada mintalah ampun walaupun kita salah ke siapa salah kan? Dia yang pergi dahulu minta maaf kalau ada hutang tu bagitahu. Kalau kawan yang menyejukkan hati ni lain…dengan kawan yang macam nak menyalahkan, nak naikkan balik isu tu walhal kita dah diam lama dah.



“Even my lawyer pun bagitahu indivitu itu dah meninggal dunia dan keluarga saya juga minta untuk saya maafkan. Tapi bila saya nak maafkan, tiba-tiba kawan dia pula muncul,” ujarnya.

Namun, ketika ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil selepas kejadian tersebut, Uqasha bagaimanapun kelihatan enggan memberikan apa-apa komen lanjut mengenai perkara itu.

“Wait and see,” katanya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 6-11-2023 08:15 PM
Awal sgt i masuk
Quote doubleA 6-11-2023 08:20 PM
Kawan tu nak uqa arwah juga ke baru dia puas hati? dah minta maaf udah le padang masyar memang real tapi tak bermakna ko pula boleh buli uqa skg ni. org tu dah arwah hukum/balasan biarlah Tuhan yg tentukan
Quote jihyomelly 6-11-2023 08:24 PM
aiyooo sibuk nau bg pihak kat padang masyar..org tu dah ninggal..kalau betul tanggung la uqa,.kalau sebaliknya pun sama yg fitnah tanggung…
Quote maroon_nerd 6-11-2023 10:47 PM
anony-mous: Awal sgt i masuk


Sama! Awal sangat. Takde orang lagi nak spill the tea ke apa.
Quote BoongaKertas 7-11-2023 09:03 AM
bukan aritu katanya ada org tweet yg uqa x bersalah pun. mmg x dibuli pun sbnrnye. ke iols tertukar citer plak ni?
Quote KamikuP 7-11-2023 09:23 AM
Sore pompuan yg provoke Uqasha tu meolls syak pompuan tu pengkid bertubuh gundu dan warna rambut karat jenis rempit
Quote beni_nikaido 7-11-2023 09:32 AM
tajuk pun....
maunye uqa tak koyak
dituduh2 penyebab arwah meninggal
lagipun guru2 dan kwn2 lama uqa kan dah bersuara yg tak de pun bunyi2 buli ni masa sekolah dulu.
yg ada rekod si arwah tu ha, bukan uqa
tapi dari arwah masih hidup lagi takde bukti jadi tak pasti la dakwaan arwah tu betul atau tak
yang kawan arwah tu pun beria sgt
Quote laksmanabentan 7-11-2023 09:54 AM
kalau betul la yaa....

apa teruk benor kena buli sampai trauma sangat2 nih???
tet*k kena ramas sampai besar sebelah ker??
cip*p kena rodok sampai hilang dara ker??

iya betul la trauma kalau kena buli tapi kalau setakat buli biasa2..
buli apa yang extreme sgt tu???
sampai trauma bertahun2
Quote OsHiN_hOnEy 7-11-2023 10:01 AM
ada kaitan ker laki dia kena hempuk
dgn kes buli arwah tu ker camna?
Quote syamzana 7-11-2023 10:04 AM
laksmanabentan replied at 7-11-2023 09:54 AM
kalau betul la yaa....

apa teruk benor kena buli sampai trauma sangat2 nih???

penerimaan org tak sama. sesetgh org kene buli mulut habis emosi terganggu tak nmpk secara fizikal tp org lain dgr mcm mehhh itu pun sampai nak fikir 3/4 hari. apoooo.
ni kalau betu la yaa...iols tak ckp si uqa ni membuli.

yg kwnnya tu cuba la keluarkan bukti, buli yg camne arwah tu kene. meluat plak iols dari haritu lagi tatau ujung pangkal dok buli buli buli bila suh cerita konar baring plak.
Quote laksmanabentan 7-11-2023 11:42 AM
syamzana replied at 7-11-2023 10:04 AM
penerimaan org tak sama. sesetgh org kene buli mulut habis emosi terganggu tak nmpk secara fizikal ...

tu la kann... kita bukan tuduh siapa2 juga kann...
cuma nak tahu ler... buli yang camna tuh?? nak paham juga buli camna yang boleh trauma bertahun2 tuh....

Quote mxngchii 7-11-2023 12:23 PM
I klu kat tempat uqasha pun i meroyan, dah lerr uqasha pun tengah preggy, nak settle face to face ritu tanak, elok dah senyap tetiber kena ungkit lagi
Quote Robitadotcom 7-11-2023 02:05 PM
mxngchii replied at 7-11-2023 12:23 PM
I klu kat tempat uqasha pun i meroyan, dah lerr uqasha pun tengah preggy, nak settle face to face ri ...

CIYES LA SISSSSS UQA PREGNANTTTTT
Quote deebiz14 7-11-2023 02:13 PM
mxngchii replied at 7-11-2023 12:23 PM
I klu kat tempat uqasha pun i meroyan, dah lerr uqasha pun tengah preggy, nak settle face to face ri ...

Oh sheols preggy kerr?? Meols tertinggal bus express ke nih?
Kalau betul tahniah.

Bab kes nih, perlu ke nak heboh smpi camni skali? Ade bukti kukuh ker? Psl kalau tak betul, tak ke aniaya tu...
Quote mxngchii 8-11-2023 05:45 PM
Robitadotcom replied at 7-11-2023 02:05 PM
CIYES LA SISSSSS UQA PREGNANTTTTT

I ade termasuk live sheolls dekat ig kemarin, nampak perut mcm kembung sikit pastu sheolls asyik usap-usap perut je. Cakap sikit pun mengah dah. Banyak jugak yang tanya preggy ke? sheolls baca tapi senyum je tak jawab, so weolls yang kat dlm live tu specu preggy la huhuhu maybe sheolls tanak heboh2 kut sebab awal lagi
Quote mxngchii 8-11-2023 05:52 PM
deebiz14 replied at 7-11-2023 02:13 PM
Oh sheols preggy kerr?? Meols tertinggal bus express ke nih?
Kalau betul tahniah.


Iolls terjoin live sheolls kat ig kemarin, perut kembung lain mcm pastu asyik usap perut je. Cakap sikit-sikit pun dah mengah. Weolls dlm live speku la sheolls preggy huhu sebab bila tanya sheolls senyum je. X sure pulak, takut pulak ye kalau sheolls rupanya tengah shooting
Quote Perils 8-11-2023 09:37 PM
Ko rjn melayan buat apa.  . ...lantakkan je la...dah mati pun bkn blh buat apa dah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.039318 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top