CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sabri, Angeline Dapat Tajaan Umrah

6-11-2023 06:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2222| Komen: 3

Description: "Masa bercakap itu (berkenaan umrah) hanya kami berdua sahaja. Apabila terima panggilan dari pihak itu, isteri kata semalam baru terlintas."Dia macam tak percaya, Allah dengar dan kabulkan impian kami ...
"Masa bercakap itu (berkenaan umrah) hanya kami berdua sahaja. Apabila terima panggilan dari pihak itu, isteri kata semalam baru terlintas.

"Dia macam tak percaya, Allah dengar dan kabulkan impian kami dalam tempoh tak sampai 24 jam." 



Demikian kata pelakon dan pengarah, Sabri Yunus mengulas mengenai tawaran yang diterima olehnya dan isteri, Ardini Angeline Tan dari seorang individu untuk mengerjakan umrah.

Sabri atau nama sebenarnya, Mohd Sabri Yunus, 62, berkata, tawaran ini datang dari seorang individu pesara tentera dikenali sebagai Mejar Wahab.

"Dia dulu dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan sekarang ada agensi umrah sendiri. Kami berjumpa dia pada 2 November sebelum majlis resepsi kami keesokannya di Hotel Grand Barakah.

"Dia ajak jumpa dan makan malam dengan beberapa kawannya. Sebelum itu dia dah beritahu tujuan sebenarnya sebelum kami jumpa lagi. Memang kami bersyukur. Yang menariknya, kami ke Barakah pada 1 November untuk 'fitting' baju semasa resepsi. 


"Di situ, Ardini tengok poster-poster berkenaan umrah. Isteri kata kalau ada orang taja umrah pun bagus," katanya.

Tanpa disangka, esoknya mereka terus mendapat panggilan untuk tawarkan menunaikan umrah.


"Sebenarnya ini antara benda yang terawal kami rancang masa nak kahwin. Saya terfikir kalaulah dapat peluang sekali untuk bawa dia umrah dan ziarah tempat bersejarah agar dia sedar kebesaran agama Islam.

"Kalau di Malaysia mungkin berbeza pemahamannya. Saya pernah pergi ke Makkah pada 2009 selepas isteri meninggal pada 2007 dan buat badal haji untuk arwah.

"Insya Allah... kami akan pergi selama dua minggu bermula 10 Disember sehingga 21 Disember. Kebetulan saya tak terbabit dengan shooting, manakala isteri dapat pelepasan shooting," katanya.

Pasangan ini dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada 14 Oktober lalu.


Sumber: Harian Metro








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 6-11-2023 06:56 PM
Tolak pelawaan yg tu...dapat pula rezeki pergi umrah ..yg ini double berbaloi..
Semoga dpt tunaikan umrah dgn penuh berkah.
Quote I.K.A888990 6-11-2023 07:16 PM
mmg murah rezeki pasangan ni
Quote missHaidiD 6-11-2023 07:26 PM
Betul2 rezeki pasangan ni.
Betullah perkahwinan mmbawa rezeki

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.048661 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top