Isteri Azmi Saat, Nazira Muhammad selamat bersalin anak perempuan di Pusat Perubatan Univsersiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pukul 3.28 petang Isnin. Menurut Azmi, 36, isteri dan bayi seberat 3.62 kilogram itu berada dalam keadaan baik dan sihat.
Azmi turut memberitahu dia dan isteri sepakat memberikan nama Khalisa Insyirah buat anaknya itu. "Alhamdulillah, pukul 3.28 tadi isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami. Bayi dan ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah. "Baby gebu, beratnya 3.62 kilogram. Moga Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah," katanya.
|
ADVERTISEMENT