Petaling Jaya: Seorang wanita tampil berkongsi cerita mengenai rakannya yang meninggal dunia akibat mengejar petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh pengurus sebuah syarikat. Perkara tersebut diceritakan oleh @sophialiebe97 di aplikasi X, semalam.
Katanya, rakannya itu meninggal dunia beberapa bulan lalu berpunca daripada stres sehingga menyebabkan ‘panic attack’ seterusnya bertukar menjadi serangan jantung. “Kawan meninggal dunia kerana tertekan dengan kerja. Ditekan oleh KPI, oleh pengurus dan ‘coach’ dalam syarikat ini yang agak tegas. “Dia stres, banyak kali fikir nak berhenti kerja tapi dia seorang yang menanggung keluarga. Berhenti kerja bukan mudah untuknya. “Dia sangat stres sampaikan hari yang dia meninggal dunia itu, daripada susah nak bernafas, jadi serangan jantung yang sebenar. Dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan nak ke hospital,” tulisnya.
Walau bagaimanapun, katanya, selepas kejadian tersebut syarikat masih kekal dengan persekitaran toksik dan KPI yang sama untuk menekan para pekerjanya. “Kami semua terkejut dan sedih. Tetapi syarikat masih sama. Selang beberapa hari, orang dah tak bercakap tentang perkara itu. KPI masih sama. Sosok-sosok toksik masih ada,” katanya. Bercerita lanjut, ujar pengguna ini, dia juga sudah meletakkan jawatan pada dua minggu lepas demi menjaga kesihatan mental dan tidak mahu dinilai-ukur berdasarkan KPI semata-mata. “Kerja adalah kerja. Tidak ada guna kita stres sangat atas sebab kerja kerana KPI atau apa sahaja ukuran prestasi kita hanyalah nombor-nombor yang dimasukkan di dalam sistem. “Tiada roh dan sisi manusiawi dalam KPI itu. Saya sendiri pun dah berhenti kerja dua minggu lepas. “Mahu menghirup sedikit nafas lega, tidak lagi dinilai-ukur oleh orang lain dan KPI yang kadang-kadang tidak manusiawi,” luahnya. Sehingga kini ciapannya telah mendapat 9,100 ulang ciap dan 11,000 tanda suka. Sumber: Kosmo! Online |
mojarean_X replied at 6-11-2023 08:56 PM
Same goes with my friend mati juga. Iols ckp x yah stress2 rilek2 je. Tp dia degil
Firenzza replied at 6-11-2023 08:49 PM
Ada pekerja yg smart pandai berlakon, kipas boss, puji boss, jadi babu kemas rumah boss time weekend ...
SalenaGomez: Yes. Mental health mmg penting. Stress jadi hamba kerja dan manusia ni. Kalau niat baik, insyaAllah ada rezeki yg lebih baik. Yg penting usahaKadang2, ...
otai_g replied at 6-11-2023 11:03 PM
X dinafikan kat msia ni bnyk syarikat yg lg teruk drp syarikat komunis. Syarikat2 mcm tu patutnya pi ...
midori888 replied at 6-11-2023 09:38 PM
prinsip meols kat ofis sejak dah meningkat usia nie is I do what i can...kerja takkan pnh abis and t ...
bakawali_04 replied at 7-11-2023 12:11 PM
the point ai rasa
sesetengah org tu anggap
dia aje yang terbaik utk kerja tu
ADVERTISEMENT