CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4882|Reply: 50

Wanita Dakwa Rakan Meninggal Dunia Gara-Gara Kejar KPI Syarikat

[Copy link]
Post time 6-11-2023 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya: Seorang wanita tampil berkongsi cerita mengenai rakannya yang meninggal dunia akibat mengejar petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh pengurus sebuah syarikat.


Perkara tersebut diceritakan oleh @sophialiebe97 di aplikasi X, semalam.


Katanya, rakannya itu meninggal dunia beberapa bulan lalu berpunca daripada stres sehingga menyebabkan ‘panic attack’ seterusnya bertukar menjadi serangan jantung.






“Kawan meninggal dunia kerana tertekan dengan kerja. Ditekan oleh KPI, oleh pengurus dan ‘coach’ dalam syarikat ini yang agak tegas.


“Dia stres, banyak kali fikir nak berhenti kerja tapi dia seorang yang menanggung keluarga. Berhenti kerja bukan mudah untuknya.


“Dia sangat stres sampaikan hari yang dia meninggal dunia itu, daripada susah nak bernafas, jadi serangan jantung yang sebenar. Dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan nak ke hospital,” tulisnya.


Walau bagaimanapun, katanya, selepas kejadian tersebut syarikat masih kekal dengan persekitaran toksik dan KPI yang sama untuk menekan para pekerjanya.


“Kami semua terkejut dan sedih. Tetapi syarikat masih sama. Selang beberapa hari, orang dah tak bercakap tentang perkara itu. KPI masih sama. Sosok-sosok toksik masih ada,” katanya.


Bercerita lanjut, ujar pengguna ini, dia juga sudah meletakkan jawatan pada dua minggu lepas demi menjaga kesihatan mental dan tidak mahu dinilai-ukur berdasarkan KPI semata-mata.


“Kerja adalah kerja. Tidak ada guna kita stres sangat atas sebab kerja kerana KPI atau apa sahaja ukuran prestasi kita hanyalah nombor-nombor yang dimasukkan di dalam sistem.


“Tiada roh dan sisi manusiawi dalam KPI itu. Saya sendiri pun dah berhenti kerja dua minggu lepas.


“Mahu menghirup sedikit nafas lega, tidak lagi dinilai-ukur oleh orang lain dan KPI yang kadang-kadang tidak manusiawi,” luahnya.


Sehingga kini ciapannya telah mendapat 9,100 ulang ciap dan 11,000 tanda suka.




Sumber: Kosmo! Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes. Mental health mmg penting. Stress jadi hamba kerja dan manusia ni. Kalau niat baik, insyaAllah ada rezeki yg lebih baik. Yg penting usaha

Kadang2, bila kita dah berusaha sehabis baik utk kerja dan mengharapkan enviroment yg toksik tu menjadi baik. Cuma manusia ni keupayaan pon limited. If the environment tu x dpt kita ubah, if terpaksa, kita lah yg terpaksa ubah tempat , mencari yg terbaik dlm hidup
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 05:39 PM | Show all posts
hidup skrg kene kuat.. mental health issue ni mmg dh berlaku teruk di kalangan org2 muda.. aku pun tk paham kenapa .. tp kesian sbb muda lg dh bakal melingkup kerjaya.. tp kadang geram.. asyik tk dtg keje.. alasan something triggered... lah org lain keje elok je tade pun stress sapa yg triggered awak? so jd mcm alasan pula sakit mental... sudahnya skrg aku dgr lgsg tk masuk keje dah... kesian... muda sgt lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 6-11-2023 05:57 PM

Biat apa stress2 keje sangat.. nak kejar apa.. aku ni keje makan gaji pun simple aja.. masalah mmg banyak kat ofis.. tp yang penting aku deliver keje je.. and cukup bulan bleh tengok duit kachinggg masuk bank.

Itu je tujuan aku pergi keje.

Should i go extra miles? NO....

aku dtg keje semata utk duit sbb nak kumpul harta, masa depan anak aku & jolly travel makan2 dengan laki aku sementara masih ada tenaga ni...

Aku takkan go extra miles for my career... aku dah puas hati sbb dengan kerja ni aku dah dpt buat financial plan, investment, bangunkan bisnes... dah bantu adik sekeluarga, bangunkan career suami aku..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pekerja yg smart pandai berlakon, kipas boss, puji boss, jadi babu kemas rumah boss time weekend, bagi hadiah boss, 1st person wish bday kat boss, ujong tahun dpt bonus lebih dari staff lain, nxt year naik gaji hidup happy xde stress
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 6-11-2023 08:57 PM

Same goes with my friend mati juga. Iols ckp x yah stress2 rilek2 je. Tp dia degil
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2023 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 6-11-2023 08:56 PM
Same goes with my friend mati juga. Iols ckp x yah stress2 rilek2 je. Tp dia degil

Hujung2 semua employees replacable.. yang menghadap kesedihan berpanjangan, merasa kehilangan adalah ahli keluarga kita je...


So mmg aku amek pendekatan ni... colleagues, friends come and go... so i takde any attachment with them.. just treat them seeloknya as pèers human being....

tp ahli keluarga aku, darah daging, in laws aku.. aku mmg jaga betul2.... sbb selama ni aku jatuh bangun.. hanya diorang je yang ada bersama aku...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 6-11-2023 08:49 PM
Ada pekerja yg smart pandai berlakon, kipas boss, puji boss, jadi babu kemas rumah boss time weekend ...

Penjilat ni ada di mana2... mereka ni ambitious...

Kita takleh buat apa.. abaikan sahaja mereka.. asal mereka jangan kacau periuk nasi kita dah le...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah keburukan jadik orang harapan bos. Boleh jadik asbab mati awal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:38 PM | Show all posts
prinsip meols kat ofis sejak dah meningkat usia nie is I do what i can...kerja takkan pnh abis and there is always tomorrow...

some year we reach our KPI, target...some year we dont....takde pun company pecat org yg tak meet their KPI...company pun tau, tak bole sesenang pecat org, karang org bawa gi court, kena byr 24 months salary....

kalu tgk kawan2 yg rapat kat ofis stress semacam, terus meols ckp kat diorg...esok u mati, next day company dah carik pengganti...jd tak payah over sgt kerja...u takde pun, company still bole operate....go take break and rest...


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ade yg kat opis iols ni keje stress agaknye terus kne strok, bkaitan dgn anxiety panic attack bcampur sakit jantung
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
X dinafikan kat msia ni bnyk syarikat yg lg teruk drp syarikat komunis. Syarikat2 mcm tu patutnya pihak berkuasa ambik tindakan tp ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nama company tu?

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan jadi hamba duit
Dan tak perlu beriya sangat kerja sampai lupa jaga kesihatan dan kebahagiaan diri
Biar duit jadi hamba kita
Hidup sekadarnya dan bersyukur apa yang ada..
Especially perempuan..kalau dapat laki yang baik bertanggungjawab tak perlu kau beriya sgt kerja..bukan tanggungjawab kita nak pulun. Bila pulun last2 mengungkit dan stress sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 11:30 PM | Show all posts
SalenaGomez: Yes. Mental health mmg penting. Stress jadi hamba kerja dan manusia ni. Kalau niat baik, insyaAllah ada rezeki yg lebih baik. Yg penting usahaKadang2, ...

kadang i rasa kerja bawah orang ni macam bodoh je.
dapat gaji habis kat kereta , kat sewa. nak gi bercuti bagai pun x boleh.
nak gi makan kat luar pun termenung tengok harga makanan.

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 6-11-2023 11:03 PM
X dinafikan kat msia ni bnyk syarikat yg lg teruk drp syarikat komunis. Syarikat2 mcm tu patutnya pi ...

Kenapa rasa macam komunis ?
Pk pk kannn sapa kahh tokan majikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 12:11 PM | Show all posts
midori888 replied at 6-11-2023 09:38 PM
prinsip meols kat ofis sejak dah meningkat usia nie is I do what i can...kerja takkan pnh abis and t ...

the point ai rasa
sesetengah org tu anggap
dia aje yang terbaik utk kerja tu
thats y stress
sbb sntiasa nak jadi terbaik
then terpaksa kerja keras mengipas
yang mengipas nie plak
biasa bermuka2
biasaaaaala
mau tak stress
mmg ada pekerja yang komited
utk capai KPI segala
paksa badan & otak utk adapt
hujung2 segala sakit kuar
ko sakit tempat ko leh ganti anytime
jgn lupa semua org boleh belajar
mcm kita juga mula2 masuk kerja
bekerja lah seikhlasnya
umur2 dah banyak
jgn serabutkan otak benda tak perlu
but toxic kat opis mmg real la
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 12:24 PM | Show all posts
My sis 2 org dh start makan ubat darah tggi di awal usia 40an, my fren pn ada a few yg cmtu jugak...ada yg siap kena warded lg sbb darah tggi. Laki iols umur 38 pn sama...iols tolong remind je dorg xyah keja truk2 esok2 mati kerja tu ada je org sambung buat g selama ni kita duk kata 'xda org boleh buat keja ni'...

Yg my sis tu bos dia xnormal malam2 pn nk call pkul 9 org kt rumah dh. hnat emel tgh2 malam buta, weeknd tnya psl keja etc....org2 tua yg gigih sgt kerja ni esok2 kna stroke xda org nk bg bunga tnya khabar...geram pulak aku
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 12:27 PM | Show all posts
bakawali_04 replied at 7-11-2023 12:11 PM
the point ai rasa
sesetengah org tu anggap
dia aje yang terbaik utk kerja tu

agreed...kalu masih muda, ok lah nak kerja keras...bila dah meningkat usia...tak perlu kot nak kerja melampau sgt...sederhana cukup...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu gini juga ni kerja mcm apa je. Sabtu pon kene support keje wakau xbaya. Punye stress, thn lepas aku benti. Da setahun berenti xkose dah aku. Jd ren jual2 tanah aje aku skg kurg stress
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.240340 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list