Nourul Deep, 46, tak nak komen lanjut dan menyerahkan 100 peratus kepada Allah serta masa yang menentukan berhubung konflik berlaku antaranya dan anak, Ayu Nazirah, 25. "Saya tak nak komen benda ini, tapi tahu ia akan ditanyakan. Bagi saya, ini juga inspirasi (konflik dengan anak) kerana sebagai manusia biasa sampai satu tahap dalam kehidupan, kita akan melalui satu perkara sukar, kita dicabar.
"Tak kiralah siapa yang mencabar. Dalam kerja ke, keluarga, anak sendiri, tak kisah siapa tapi kita akan dicabar. Kita ada ujian kita. Tapi, saya percaya setiap ujian itu ada sesuatu yang besar Tuhan nak bagi walaupun ia datang daripada anak dan keluarga sendiri," katanya kepada Harian Metro. "Saya tak nak komen lebih pasal itu (konflik) sebab saya tak mahu nanti cerita jadi berlarutan. Macam saya kata hari ini, acara 'FireTalk' untuk saya bantu segelintir wanita yang mungkin menghadapi cabaran yang sama dengan saya dan mereka beri inspirasi untuk saya bantu.
"Jadi, untuk itu (hubungan dengan anak) saya serahkan pada masa, saya serahkan 100 peratus pada Allah dan biar masa yang akan menentukan," katanya.
|
kotakominami replied at 6-11-2023 06:28 PM
Kepada mak mak...bila anak balik sekali sekala tu kurangkan la merungut komplen mengeluh masalah hid ...
bebulu replied at 6-11-2023 08:40 PM
Setuju 200%.
Setengah mak2 ni sgt sukar digembirakan. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Tak t ...
heythere123 replied at 7-11-2023 10:07 AM
kalau iols jadi anaknya, iols terasa tau dengan cara sheols ni. Sebab sheols claim taknak komen pasa ...
ADVERTISEMENT