CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4301|Reply: 23

Nourul Depp Dah Malas Nak Komen Hubungan Dengan Anak, Ayu Nazirah

[Copy link]
Post time 6-11-2023 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Nourul Deep, 46, tak nak komen lanjut dan menyerahkan 100 peratus kepada Allah serta masa yang menentukan berhubung konflik berlaku antaranya dan anak, Ayu Nazirah, 25.


"Saya tak nak komen benda ini, tapi tahu ia akan ditanyakan. Bagi saya, ini juga inspirasi (konflik dengan anak) kerana sebagai manusia biasa sampai satu tahap dalam kehidupan, kita akan melalui satu perkara sukar, kita dicabar.


Foto: IG




"Tak kiralah siapa yang mencabar. Dalam kerja ke, keluarga, anak sendiri, tak kisah siapa tapi kita akan dicabar. Kita ada ujian kita. Tapi, saya percaya setiap ujian itu ada sesuatu yang besar Tuhan nak bagi walaupun ia datang daripada anak dan keluarga sendiri," katanya kepada Harian Metro.


"Saya tak nak komen lebih pasal itu (konflik) sebab saya tak mahu nanti cerita jadi berlarutan. Macam saya kata hari ini, acara 'FireTalk' untuk saya bantu segelintir wanita yang mungkin menghadapi cabaran yang sama dengan saya dan mereka beri inspirasi untuk saya bantu.


"Jadi, untuk itu (hubungan dengan anak) saya serahkan pada masa, saya serahkan 100 peratus pada Allah dan biar masa yang akan menentukan," katanya.




  



Ditanya juga sama ada sehingga kini masih lagi berhubung dengan Ayu, penyanyi lagu Kerana Terluka dan Cinta Azali itu mengakui dia ada menghubungi anaknya.


"Kalau namanya anak itu, tentulah kami ada (menghubungi), masih lagi tapi hanya sekali sekala saja," katanya.


Pada September lalu, Nourul berkongsi di media sosial foto dirinya sedang hamil dan menceritakan kronologi sebelum melahirkan Ayu sekitar 25 tahun lalu dan kini seperti terasa hati kerana anaknya sudah mempunyai 'ibu baru'.




  



Perkongsian dibuat itu menerima pelbagai komen netizen yang berbaur sedih dan terharu dengan pengorbanan besar seorang ibu yang sanggup berkorban apa saja termasuk nyawa demi anak tersayang.


"Sekarang baru kami tahu, menjadi ibu itu tak mudah. Happy, sedih, happy, diduga, disakiti.


"Semua perempuan akan merasai rasa ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka yang berikan kita kehidupan dan pengorbanan," tulisnya.




  



Ayu Nazirah adalah cahaya mata tunggal Nourul bersama bekas suami, komposer Ajai yang bernikah pada 1996 dan sah bercerai pada 2006.Pada 2012, Nourul berkahwin kali kedua dengan lelaki Perancis, Eric Daniel Depp dan dikurniakan tiga anak iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella 4.


Mereka kini menetap di Bali, Indonesia, selepas berpindah dari Malaysia pada September tahun lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepada mak mak...bila anak balik sekali sekala tu kurangkan la merungut komplen mengeluh masalah hidup....kdg takde ape pon tp suka nak ikat anak dgn ayat2 negatif.....bayangkan tiap kali lepas anak spend masa dgn kita dia balik dgn rasa serabut..maksudnye kita toksik...bila dia jumpa org lain yg positif hepi dia pon lg suka spend masa dgn org tu...salah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 6-11-2023 06:28 PM
Kepada mak mak...bila anak balik sekali sekala tu kurangkan la merungut komplen mengeluh masalah hid ...

Setuju 200%.
Setengah mak2 ni sgt sukar digembirakan. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Tak tau apa yg dia nak sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 11:10 PM | Show all posts
Apa kes dia dengan anak dia sebenarnya? Apa punca?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 09:16 AM | Show all posts
Acik diam je la cik..buat malu anak je
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kakashial at 7-11-2023 09:37 AM

Komen Salah rumah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2023 09:45 AM | Show all posts
Begitulah selalunya, anak-anak dah besar dah boleh berpikir, bila sekali sekala jumpa, mak plak asek mengadu domba soal hidup..sekali sekala mungkin ok, ni plak jns bila anak bg nasihat xnak dgr tp masih mengadu domba soal org sekeliling, last2 anak2 pon mls balik rumah, malas angkat call...maaf bkn tuju pd nourul...ni apa yg jd sekeliling sekarang kebanyakannya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau iols jadi anaknya, iols terasa tau dengan cara sheols ni. Sebab sheols claim taknak komen pasal anak, tapi sheols sendiri yg up isu tu.

harap acik depp cermin la diri, jadi mak bukan tiket untuk u jadi egoistic. Anak u pon ada maruah jugak. Tak perlu meratib dekat social media pasal hal ibu-anak macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 10:21 AM | Show all posts
Anaknya lagi matang dari maknya. ish ish ish
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
bebulu replied at 6-11-2023 08:40 PM
Setuju 200%.
Setengah mak2 ni sgt sukar digembirakan. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Tak t ...

Mcm mak aku la.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Rengsa laa wei kalau jadi anak dia ni.. mak asyik nak bajet nmpk muda walaupun sukar melawan pergerakan masa (oops) dah tu asyik merempan je pasal anak dia kat socmed.. rimas sgt ok..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:32 AM | Show all posts
mcm cadar amzah, sendiri up sendiri konon xnk ulas bila org tanya..dh tu bakpe ko uppp hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Malas nak komen tp apa tujuan kau upload segala bagai kisah anak di medsoc kalau bukan sbb nakkan perhatian.
Mak terpaling tersakiti kononnya.
Ntah2 anak tu tinggalkan kau sbb tak tahan dgn pak tiri yg sokmo berlenging tak pakai baju tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
smiling line dia teruk yah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni takde mende sgt ke nak buat dah duk bali tu? Henpon melekat sgt kt tangan.. Klu aku la hari2 jalan2 enjoy fun tepi laut, kt sawah ke hutan rimba ke.. buat hal sendiri ko pun nobody dah kt malaysia ni… jadi la classy skit, join geng2 wife expats kasi bukak kepala otak tu.. asyik merempan je keje eh
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 7-11-2023 10:07 AM
kalau iols jadi anaknya, iols terasa tau dengan cara sheols ni. Sebab sheols claim taknak komen pasa ...

Bukan sekali kot dia up isu ni. Siap #3anak aje. Ayu dok diam2 aje . Kalau dah takde masalah ada call anak takyah la mencapup pastu ckp taknak Komen walhal sendiri gedikk up igs. Birthday anak pun ntah apa karangan merepek.
Ai rasa wayar dia banyak putus sb minum benda alah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik Nourul tolong belajar main social media dari artis mcm ziana zain, amy mastura, ella dan dayang. Dorg hanya update psl kerja dan benda yg harmoni2 ja. Plg bagus kalau dpt deactivate terus social media tu tp yelah uolz plak buat bisnes kan? Time emosi tgh tingtong mcm ni yg nampak bingainya uolz jua yach? Sbb u mak n org tua patutnya lagi matang drpd si anak. Kalau betul rindu kat anak, blklah setiap bulan ke KL pujuk anak tu dan bincang heart to heart. Lama2 mesti sejuk jugak hati si anak tu. Yelah dr kecik lg si anak tu jd mangsa penceraian, so uolz sbg mak kena byklah mengalah dgn dia, fahamkan emosi anak sbb of course kalau xbyk, sikit tetap ada parut luka kesan daripada parents divorce tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh buat kelab mak2 tersakiti sekali dengan mak shila amzah
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
X nk komen , tapi terpaling baaanyak kali up.. aduii
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Jelessss ke dgn MF
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.060734 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list