Ezad Lazim diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dalam konsert minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza (ASGV). Persembahan Ezad menyampaikan lagu Seksa dari kumpulan Ukays kurang menambat hati barisan juri sehingga menyebabkan dia berada di kedudukan tercorot.
Datuk Ramli MS kata persembahan Ezad tidak konsisten sedangkan lagu tersebut memiliki melodi yang mudah. “Lagu ini merdu tapi kamu nyanyi melodinya hilang sebab kucar-kacir. “Sebutan juga kurang jelas dan tiada yang istimewa,” katanya.
|
ADVERTISEMENT