CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya gigih periksa waktu subur, sesuai hamil’ - Jue Aziz

17-9-2024 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15388| Komen: 49

 


Hampir sebulan menamatkan zaman solo, pelakon Jue Aziz mahu segera merealisasikan impian ibu untuk melihat dirinya memiliki zuriat sendiri.

Ujar Jue atau nama sebenarnya, Zuliana Abdul Aziz, 41, dia juga sedang berusaha mendapatkan anak sebelum insan kesayangan menutup mata malah perkara itu juga antara faktor yang menggerakkan hatinya untuk kembali berumah tangga.

“Buat masa sekarang, saya dalam proses mencuba untuk hamil (TTC), memang tak tunggu lama sebab emak saya pun bukan sihat mana.

“Mak selalu cakap dia teruja untuk saya ada anak sendiri, dia sekarang pun sedang sakit, saya pun risau takut apa-apa terjadi.

“Sebab itu saya kahwin cepat-cepat sebab saya mahu luangkan masa lebih banyak bersama mak, jadi senang untuk ke mana-mana,” katanya kepada Kosmo! Online.

Demi merealisasikan impian hamil, pelakon filem Hantu Bonceng itu menitikberatkan waktu subur selain tidak segan meminta doa daripada orang ramai.


“Saya tidak pernah malu untuk minta doa daripada sesiapa untuk cepat hamil sebab dahulu saya tunggu lama tapi tidak berjaya.

“Sekarang saya memang gigih periksa waktu subur dan sesuai hamil sebab saya sudah 41 tahun, kalau lambat takut mak tak sempat tengok.

“Itu yang saya sedih sebab saya seorang sahaja dalam adik beradik yang tiada anak. Ada sekarang ni pun anak angkat,” ujarnya pada sidang media filem Miftah Alam, di sini, hari ini.

Ditanya tentang perkahwinan keduanya yang hanya memilih pasangan bukan kalangan orang industri hiburan sebagai suami, Jue percaya takdir Tuhan yang mengatur segalanya.

Enggan pisang berbuah dua kali, Jue berharap perkahwinan kali ini juga kekal buat sehingga ke akhirnya.

“Saya tidak memilih hanya yang kaya sahaja. Saya terima sahaja mana yang ditakdirkan untuk saya dari dahulu lagi. Saya terima sahaja siapa yang hadir cuma paling penting saya boleh selesa dengan dia.

“Kalau orang saya atau kata cinta saya memang ramai, tapi untuk dapatkan yang selesa itu yang mahal. Bila selesa, apa sahaja yang dibuat kita akan faham antara satu sama lain.

“Sayang ini mudah untuk diungkapkan, tapi hendak cari yang selesa itu tidak mudah. Harap-harap inilah yang terakhir,”

Terdahulu, Jue mengejutkan orang ramai apabila berkongsi video majlis pernikahannya yang berlangsung di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan dalam Instagram miliknya.

Terdahulu, hampir lima tahun menjanda, Jue mendedahkan sudah bertemu jodoh dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ridwan, 35.

Mereka melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos lalu di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.

Sebelum ini, Jue pernah mendirikan rumah tangga pada 2014 bersama pemuzik dari Indonesia, Bayu Parman, namun bercerai pada 2019.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata dan memiliki seorang anak angkat, Darwish Naufal, 12


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 17-9-2024 11:21 AM
nape berpisah dengan suami terdahulu Bayu?
Quote Samerosie 17-9-2024 11:34 AM
Just nak bgtau la jue aziz oi bila dah umur lebih 35 tak payah la nak tunggu waktu subur ka bagai, terus gi doctor.  Umur 40 tu dah kira advanced maternal age.  Jgn buang masa.
Quote orkid_amani 17-9-2024 11:44 AM
Risiko tinggi ni mengandung 35tahun keats. Kalau betul nak mengandung bukan takat kena check tarikh subur ja..kena buat fully check up utk make sure sihat sebelum mengandung..penting utk tau status penyakit 3serangkai mak2 mengadung ni..tekanan darah rendah,bacaan gula tinggi, anemia,.
Quote hujanrindu28 17-9-2024 12:55 PM
Good luck jue. Yg penting sheoulls masih elok
Quote missyL 17-9-2024 01:59 PM
Lawa jue.
41 elok

Tgok artis korea subur2. Kawen tua2 dh tp cpt pregnant
Quote sayurmayur88 17-9-2024 02:16 PM
semoga dipermudahkan..
Quote bambimo 17-9-2024 02:24 PM
inshallah Ada rezeki tu..byk dh meols tgk umur 40 tp kawen dgn laki lagi muda senang conceive
Quote honam 17-9-2024 02:28 PM
orkid_amani replied at 17-9-2024 11:44 AM
Risiko tinggi ni mengandung 35tahun keats. Kalau betul nak mengandung bukan takat kena check tarikh  ...

terasa sapa yg tak menikah lagi walaupun dah lanjut umur nya
Quote L.U.S.M 17-9-2024 04:57 PM
Gambar ni mati2 ingat bakyah td..huhu
Quote orkid_amani 17-9-2024 06:16 PM
honam replied at 17-9-2024 02:28 PM
terasa sapa yg tak menikah lagi walaupun dah lanjut umur nya

Penyakit 3serangkai mak2 mengadung ni kalau kita tak control dari awai nti tiap minggu kena p kk utk follow up & check up. Tu belum kira yg terlebih bmi masa pregnant.. kalau check up kat kk mmg nes akan bising larat xlarat ja dengaq nes bebel yuu..tp tuu semua utk kebaikan ibu & baby..
Quote chekacheku 17-9-2024 06:53 PM
Go go jue!
Quote stania83 17-9-2024 06:56 PM
doa untuk jue..tiberrrr
Quote Lampuled 17-9-2024 07:10 PM
Umur 41 muka terletak lg. Umur 41 ni usia dh kritikal klau nk pregnant better minta advise doktor. Semoga dipermudahkan.
Quote dagusengett 17-9-2024 08:13 PM
Ohhh ingat dia pernah mengandung
Buat thorough check jelah or ivf terus
Lagi lama tunggu lagi high risk
Quote belilies 17-9-2024 08:45 PM
Iols doakan jue cepat2 timang anak. Adakah dgn hasben first ritu yg ada mslh ksuburan? Sbb suddenly sheols kata tak sabar nak cek kesuburan bahgai
Quote hokeypokey 17-9-2024 10:30 PM
dh dia tak pernah beranak sbb tu la gigih, anak skrg tu anak angkat umur pun dh 12 tahun dh besor
Quote pocongkiutss 17-9-2024 10:32 PM
Eh ingtkn dia dh ada ank..yg pic dia dgn 3 org , mcm budak sekolah menengah tu bukan anak dia la rupanya ye?

Better teruih proceed buat ivf ajelah jue
Quote TomyamPuteh 17-9-2024 11:35 PM
Aku pun kesian dgn Zulin Aziz gak. Aku doakan dia pun cepat2 la dikurniakan anak.
Quote awenda507 18-9-2024 10:02 AM
semoga dipermudahkan urusan Jue utk dapatkn zuriat

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.216668 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top