Ezad Lazim diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dalam konsert minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza (ASGV).
Persembahan Ezad menyampaikan lagu Seksa dari kumpulan Ukays kurang menambat hati barisan juri sehingga menyebabkan dia berada di kedudukan tercorot.
Foto: IG
Datuk Ramli MS kata persembahan Ezad tidak konsisten sedangkan lagu tersebut memiliki melodi yang mudah.
“Lagu ini merdu tapi kamu nyanyi melodinya hilang sebab kucar-kacir.
“Sebutan juga kurang jelas dan tiada yang istimewa,” katanya.
Selain Ramli, ASGV juga dibarisi barisan juri Datuk Syafinaz dan Hetty Koes Endang.
ASGV yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad menyaksikan Hady Mirza berjaya menduduki tempat pertama dengan nyanyian lagu Romancinta.
Acara ini dikendalikan oleh pasangan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad.
Pada minggu ketujuh ASGV, Siti Nordiana diumumkan sebagai penerima Anugerah Gegaran Generasi Muda.
Manakal Naqiu pula membawa pulang hadiah bagi Anugerah Cuckoo Paling Gempak. -CARI
Post time 6-11-2023 11:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Takpe sampai sini je pun ok. Ezad pun ingat dia terkeluar awal lg.
Nasib baik la jugak keluar minggu ni. Dengan rumah banjir nye lagi tu. Kalau stay pun, huru hara hidup dgn schedule GV ni lg.
Post time 6-11-2023 11:55 AMFrom the mobile phone|Show all posts
lagu tu mmg agak susah dinyanyikan..flow dia mcm air mengalir2... lembut berirama bagai... mmg iols fhm kalo ezad x dpt nk nyanyi ngan baik maybe byk tekanan jgk kot..xpelah ezad yg penting chuols masih byk konsert exist menanti...
dari mula dia perform dia nampak sangat lain tak mcm selalu... muka dia suram & tak der senyuman langsung.. sembang ngan suami kata apsal lain mcm tak der semangat jer Ezad malam ni... rupanya rumah dia sedang di naiki air... hati dia mesti tak tenang risaukan keluarga yg kelamkabut dengan banjir sedangkan dia di sana menyanyi.... semoga semua nya selamat & dalam keadaan baik... apa2 pun suara ezad mmg sedap .. tp dlm apa jua keadaan family always no. 1