CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eiza Nafi Teman Wanita Adik Shila Amzah, Tinggal Banglo Selepas Dipelawa

5-11-2023 09:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14383| Komen: 92

Wanita yang didakwa kekasih hati kepada adik penyanyi Shila Amzah iaitu Eiza Idanie Che Saleh tampil menafikan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan Amir Shafiq.

Eiza berkata, perkenalan dengan Shafiq hanya atas urusan perniagaan dan dia ditawarkan untuk menetap di banglo milik penyanyi itu oleh kedua ibu bapanya pada tahun 2021. 



"Pada hujung Disember 2021, rumah sewa saya di Hulu Langat ditengelami air akibat banjir hingga mengalami kerosakan yang teruk termasuk barang niaga saya rosak. 

"Dalam masa sama, ketika itu, Shafiq bekerja dengan saya dan ada isu dalam perniagaan  menyebabkan saya terpaksa tutup perniagaan dan dia ada berhutang duit dengan saya. 

"Disebabkan mengalami kerugian besar saya minta Shafiq temukan saya dengan bapanya, Datuk ND Lala untuk mencari jalan keluar dan peluang untuk saya bangkit dalam perniagaan.

"Kemudian bapanya menawarkan saya peluang perniagaan berkonsepkan multi level marketing (MLM) dan mempelawa saya untuk tinggal di rumahnya untuk sementara waktu  hingga saya ditawarkan bekerja sebagai pembantu peribadinya, malah dia juga pernah menggunakan duit saya sebanyak RM8,000 untuk daftar keahlian baru untuk perniagaan MLM itu." katanya kepada Harian Metro. 


Menurut Eiza, dia juga berasa kecewa dengan kenyataan Shila yang meminta orang luar dalam rumah banglo itu keluar sedangkan selama ini dia mengambil tanggungjawab untuk menjaga ibu serta adik-beradiknya di tengah konflik pergaduhan membabitkan ibu dan bapa Shila. 


"Pada pertengahan tahun 2022, saya pernah keluar daripada rumah itu selama beberapa bulan. Sepanjang tiada di rumah ibunya sering menghubungi dan memujuk saya untuk tinggal bersamanya disebabkan kemelut rumah tangga yang berlaku.

"Ibu Shila selalu minta saya mendengar masalah berkaitan rumah tangganya. Jadi atas rasa simpati saya kembali ke rumah itu. Di rumah itu pun saya duduk sebilik dengan ibu, Syada dan anak angkat Shila.

"Malah sepanjang pergaduhan ibu bapanya, saya terpaksa mengambil tanggungjawab untuk membantu dan menjaga ibu dan adiknya, Syada Amzah memandangkan kami faham Shila terlalu sibuk dengan kerja.

"Pada awal tahun ini pun, saya sekali lagi berpindah keluar tapi dipujuk oleh ibunya. Saya faham emosi ibu Shila waktu itu yang memerlukan seseorang untuk tempat luahan di saat anaknya memberi alasan sibuk bekerja.

"Sepanjang tinggal di rumah itu, saya sedar diri dan membantu menjaga rumah serta menyumbang perbelanjaan keluarga Shila seperti membeli barangan dapur, makanan kucing dan lain-lain.

"Saya juga nak jelaskan di sini, saya tidak sentiasa berada di rumah terbabit kerana kebanyakan urusan saya di luar kawasan seperti ke China dan luar daerah, " katanya.

Dalam pada itu, Eiza berharap segala penjelasan yang dibuat dapat membersihkan namanya selepas bermacam fitnah dilemparkan Shila sebelum ini. 

"Saya dikecam teruk oleh netizen gara-gara fitnah yang dibuat Shila seperti tidak membayar utiliti rumah, menjadi batu api dan mendakwa saya teman wanita kepada adiknya sedangkan Shafiq adalah bekas pekerja dan rakan saya saja," katanya.


Eiza turut meminta netizen untuk mendengar penjelasan dua belah pihak sebelum terus mengecamnya dan ahli keluarga Shila.

Terdahulu Shila meminta seorang wanita yang juga dipercayai kekasih adiknya dikenali sebagai Eiza untuk segera keluar dari kediaman keluarganya di Hulu Langat, Selangor.

Semalam Shila turut mendedahkan banglo miliknya  itu sudah dikosongkan ahli keluarganya yang menetap di situ sebelum ini.


Sumber: Harian Metro

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 5-11-2023 10:00 PM
Aik siap sedondon mase nikah shila aritu kan..
Suke hati laaa
Quote sharlenetexas 5-11-2023 10:04 PM
Rumah tumpangan ke?

Quote kotakominami 5-11-2023 10:05 PM
Maksud die menjaga ibu dan adik xila tu camne? Kena suap makan sekali tolong cebok ke?
Quote sharlenetexas 5-11-2023 10:05 PM
Masa banjir ri tu mengaku rumah sheols. Berjiran dgn xila.


Quote noorazurams 5-11-2023 10:06 PM
Aah sudahhh, dah kluar lagi cerita baru. Mmg tk da kesudahan lah cerita fam xila.
Quote timah03 5-11-2023 10:07 PM
Jadi...? Betul la kan... Memang orang luar kan...?
Quote abangadek 5-11-2023 10:12 PM
Saiya puterrrr halim
Quote antidote 5-11-2023 10:14 PM
Dari ko jaga mak orang, baik ko jaga mak sendiri. Dah kenapa nak kena jadi tempat luahan masalah rumahtangga org pulak. Nampak sgt nak justify jugak diri tu tak bersalah. Ckp je la saya minta maaf menompang duduk di rumah puan shila. Nak jugak justify ko jaga mak dia la beli makanan kucing la. Tak malu ke duk menumpang kat rumah org. Apa pun alasan ko, tetap menumpang kat rumah org. Geli plk aku tengok extension eyelash ko yg mcm bulu mata unta tu.
Quote doubleA 5-11-2023 10:14 PM
Astaga maklalat ni buka rumah kebajikan ke? Tak cukup cadah, sapik, sahir, icha kat rumah nak gak berteman org luar. Agak dah mesti sebab hutang tu yg iza ni duduk banglo tu. Kalau iols pun rimas yach no privacy. Siap sebilik lagi motip maklalat sunyi sgt sampai banyak org kena close monitor dia
Quote Orangkaya99 5-11-2023 10:21 PM
mmg tak percayr langsung...sorry la ya..cuba lagi next time
Quote Ayda89 5-11-2023 10:28 PM
Jadi dia salahkan setiap ahli family shila la ni punca dia dipaksa duduk rumah shila ? Haha
Quote edoraixora 5-11-2023 10:31 PM
Rumah tu bilik ada tujuh kan
Takkan lah maklalat & syada duk 1 bilik
Pastu ko pulak dduk sekali 1 bilik, tak berapa meyakinkan cerita ko nih

Dahtu jadah ko pulak nak kena jaga syadah, dia bukan budak2 pun, dah tua hogeng
Quote Ahriman 5-11-2023 10:35 PM
Jangn berbunyi nnti banyak terselak.
Quote cicicumel 5-11-2023 10:38 PM
Duduk sebilik dgn syada, ibu, ank angkat? Ayooo... X rimas ke ramai2 1 bilik??..
Quote captainQUE 5-11-2023 10:40 PM
Apa yg xila fitnah? Xila tak Pernah Kata gf sapik Tu, cuma melalui sapik dia Kata dan setiap évent family dia ni ada. Eh Tak malunya tinggal kat rumah yg ada lelaki bukan mahram… dia ada bayar bil ke dok kata xila fitnah dia? Ha ngam lah tu Kalau bayar bil, bayar bil kt rumah sewa baru tu…
Quote LadyCarefree 5-11-2023 10:45 PM
edoraixora replied at 5-11-2023 09:31 PM
Rumah tu bilik ada tujuh kan
Takkan lah maklalat & syada duk 1 bilik
Pastu ko pulak dduk sekali 1 bi ...

Maklalat + jadah + budakpompan duduk sebilik kemudian dia pulak duduk bilik tu sekali. Macam pelik je.
Quote sukacactus 5-11-2023 10:49 PM
Apahal org dewasa sihat walafiat nak kena ada yg menjaga
Bodoh2 je la alasan diaorang ni
Quote Antifake 5-11-2023 10:57 PM
Kejadah apa sampai 8k nak daftar MLM. Dah kena scam ngan bakal pak mertua ko dek oii
Quote I.K.A888990 5-11-2023 11:04 PM
mmg tak ada sedara mara hang atau kwn2 rapat ke nak tumpang duduk sekali
ni rumah org pulak kau duduk kalau aku mmg aku tolak la....kan ke dia ni ada anak cucu bagai ke

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.175835 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top