"

ada pertengahan tahun 2022, saya pernah keluar daripada rumah itu selama beberapa bulan. Sepanjang tiada di rumah ibunya sering menghubungi dan memujuk saya untuk tinggal bersamanya disebabkan kemelut rumah tangga yang berlaku.
"Ibu Shila selalu minta saya mendengar masalah berkaitan rumah tangganya. Jadi atas rasa simpati saya kembali ke rumah itu. Di rumah itu pun saya duduk sebilik dengan ibu, Syada dan anak angkat Shila.
"Malah sepanjang pergaduhan ibu bapanya, saya terpaksa mengambil tanggungjawab untuk membantu dan menjaga ibu dan adiknya, Syada Amzah memandangkan kami faham Shila terlalu sibuk dengan kerja.
"

ada awal tahun ini pun, saya sekali lagi berpindah keluar tapi dipujuk oleh ibunya. Saya faham emosi ibu Shila waktu itu yang memerlukan seseorang untuk tempat luahan di saat anaknya memberi alasan sibuk bekerja.
"Sepanjang tinggal di rumah itu, saya sedar diri dan membantu menjaga rumah serta menyumbang perbelanjaan keluarga Shila seperti membeli barangan dapur, makanan kucing dan lain-lain.
"Saya juga nak jelaskan di sini, saya tidak sentiasa berada di rumah terbabit kerana kebanyakan urusan saya di luar kawasan seperti ke China dan luar daerah, " katanya.
Dalam pada itu, Eiza berharap segala penjelasan yang dibuat dapat membersihkan namanya selepas bermacam fitnah dilemparkan Shila sebelum ini.
"Saya dikecam teruk oleh netizen gara-gara fitnah yang dibuat Shila seperti tidak membayar utiliti rumah, menjadi batu api dan mendakwa saya teman wanita kepada adiknya sedangkan Shafiq adalah bekas pekerja dan rakan saya saja," katanya.
Eiza turut meminta netizen untuk mendengar penjelasan dua belah pihak sebelum terus mengecamnya dan ahli keluarga Shila.
Terdahulu Shila meminta seorang wanita yang juga dipercayai kekasih adiknya dikenali sebagai Eiza untuk segera keluar dari kediaman keluarganya di Hulu Langat, Selangor.
Semalam Shila turut mendedahkan banglo miliknya itu sudah dikosongkan ahli keluarganya yang menetap di situ sebelum ini.
Sumber: Harian Metro