Menyambut ulang tahun perkahwinan yang kedua, pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa gembira dan syukur kerana suaminya, aktor Kamal Adli sentiasa mempertahankan ruamh tangga mereka. Menyambut 'anniversary' dalam suasana sederhana, Uqasha memuat naik momen manis tersebut menerusi Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Uqasha dan Kamal menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ketika sedang berkhemah bersama. "Happy anniversary to us. Alhamdulillah dan syukur untuk dua tahun ni walaupun banyak lagi perlu kita sama-sama belajar and faham each other tapi abang sentiasa pertahankan hubungan ini. "Even macam Tom & Jerry, hari-hari gaduh tapi bila tak ada tercari-cari. Sebijik Tom & Jerry. Semoga Allah lindung kita selalu. I love you, abang. Thank you for everything 5/11/2021. Jagan saya baik-baik tau," tulisnya.
|
ADVERTISEMENT