View: 2256|Reply: 3
|
Uqasha, Kamal Sambut 'Wedding Anniversary' Yang Kedua
[Copy link]
|
|
Menyambut ulang tahun perkahwinan yang kedua, pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa gembira dan syukur kerana suaminya, aktor Kamal Adli sentiasa mempertahankan ruamh tangga mereka.
Menyambut 'anniversary' dalam suasana sederhana, Uqasha memuat naik momen manis tersebut menerusi Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Uqasha dan Kamal menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ketika sedang berkhemah bersama.
"Happy anniversary to us. Alhamdulillah dan syukur untuk dua tahun ni walaupun banyak lagi perlu kita sama-sama belajar and faham each other tapi abang sentiasa pertahankan hubungan ini.
"Even macam Tom & Jerry, hari-hari gaduh tapi bila tak ada tercari-cari. Sebijik Tom & Jerry. Semoga Allah lindung kita selalu. I love you, abang. Thank you for everything 5/11/2021. Jagan saya baik-baik tau," tulisnya.
Menerusi beberapa siri hantaran di IG Story, Uqasha juga meluahkan rasa bahagia sepanjang bersama dengan Kamal.
"Thank you abang. Happy anniversary to us abang. Insya Allah kekal harapnya.
"Sederhana tak apa yang penting pandai jaga hati dan ambil hati. Dua tahun, macam-macam lalui tapi masih tetap bertahan dan Allah izinkan untuk sama-sama ubah untuk jadi yang terbaik for each other," katanya.
Sumber: Xtra
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat berbahagia. Oooo..baru 2 tahun ke, rasa mcm dh lama dorang ni kawen |
|
|
|
|
|
|
|
lawa uqa ni..simple2 mcm ni pn terserlah cantik dia
semoga berbahagia okaaayyy |
|
|
|
|
|
|
|
Happy anniversary, till jannah. Iols pun rasa mcm dah lama deme kawen rupanya baru 2 tahun |
|
|
|
|
|
|
| |
|