Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki membuat hantaran berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pemilik akaun di aplikasi X berusia 28 tahun itu ditahan di Setapak di sini, semalam.
"Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah ke atas lelaki itu dibenarkan selama tiga hari. "Setakat ini, empat laporan polis diterima berhubung isu sama," katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd Shuhaily berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Katanya, kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Orang ramai turut diingatkan supaya cakna dan prihatin terhadap isu sensitif terutama membabitkan keselamatan serta kegentaran awam ketika menggunakan media sosial.
Sumber: Harian Metro
|
imransulaiman replied at 4-11-2023 09:56 PM
Dia ugut apa? (boleh je google...tapi saja tanya )
aechae replied at 4-11-2023 10:01 PM
X silap dia komen ‘darah halal dibunuh’ kot.. pastu xda plak nk delete lps org tagged tegur mcm2 ...
imransulaiman replied at 4-11-2023 10:04 PM
Mental kot lelaki tu?
Aku pelik lah tahap pemikiran orang yang upload komen tak beringat ni. Dora ...
aechae replied at 4-11-2023 10:01 PM
X silap dia komen ‘darah halal dibunuh’ kot.. pastu xda plak nk delete lps org tagged tegur mcm2 ...
adelea replied at 5-11-2023 09:42 AM
Sbb apa dia ckp cam tu
Apa si fadhlina ni buat…
adelea replied at 5-11-2023 09:42 AM
Sbb apa dia ckp cam tu
Apa si fadhlina ni buat…
aechae replied at 5-11-2023 09:47 AM
Rsa nya sbb yg menteri pendidikan ni ckp jgn usik KPM/cikgu etc sempena mggu solidariti utk Palest ...
kelapaparut replied at 5-11-2023 09:45 AM
sheols xbg budak2 bwk senapang mainan utk solidaritti palestin..pastu sumer lobai ugut nak bunuh d ...
adelea replied at 5-11-2023 10:03 AM
https://x.com/sinaronline/status/1720018859162517898?s=46&t=7WJw-6CroOZpBZ4ln9CCPw
aechae replied at 5-11-2023 10:11 AM
Haaa yg ni lh..iols bru tgk dr awal smpai akhir
aechae replied at 5-11-2023 09:47 AM
Rsa nya sbb yg menteri pendidikan ni ckp jgn usik KPM/cikgu etc sempena mggu solidariti utk Palest ...
adelea replied at 5-11-2023 10:22 AM
Ya ampun … penting sgt ke buat solidarity ni kat sekolah …. A joker and clown si fadhlina nihhh ...
ADVERTISEMENT