CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

70 Pelajar Pertaruh Nyawa Seberang Sungai Penuh Buaya Setiap Hari

4-11-2023 09:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5440| Komen: 4

Description: Bogota, Colombia – Lebih 70 pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar Villalaydee, dekat bandar Santa Marta mempertaruhkan nyawa mereka pada setiap hari dengan menyeberangi jambatan sementara untuk ...
Bogota, Colombia  – Lebih 70 pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar Villalaydee, dekat bandar Santa Marta mempertaruhkan nyawa mereka pada setiap hari dengan menyeberangi jambatan sementara untuk ke sekolah.


Laman berita Thaiger melaporkan, jambatan itu dibina menggunakan batang paip dan tali merentasi Sungai Kaira yang dipenuhi buaya.


Salah seorang penduduk, Dorisa Fadul berkali-kali membuat rayuan kepada pihak berkuasa supaya membina jambatan yang selamat untuk pelajar, namun permintaannya tidak diendahkan.

“Kami mempunyai jambatan kayu yang kami bina sendiri, tetapi ia mula rosak pada Januari tahun ini dan runtuh sepenuhnya pada 1 Julai lalu,” kata Fadul.

Selain berdepan risiko dihanyutkan arus deras sungai pada bila-bila masa, pelajar-pelajar itu juga berisiko dibaham buaya yang menghuni ekosistem sungai itu.

“Apabila paras air rendah, orang ramai boleh melintasi kawasan ini menggunakan rakit, yang juga sangat berbahaya.


“Tetapi apabila air naik, orang ramai tidak boleh membahayakan nyawa mereka dan kanak-kanak tidak mempunyai pilihan lain selain menyeberangi jambatan paip untuk ke sekolah,” katanya. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 5-11-2023 12:14 AM
Aku ingatkan Indiana Jones je yang sanggop..
Quote miznora 5-11-2023 08:22 AM
Mak.. Payahnya nak ke sekolah. Manakala di sini budak naik van/kereta pun rajin ponteng sekolah. Rela dok umah ngadap fon 24 jam
Quote Gingerly 5-11-2023 10:40 AM
Aku kecewa dan simpati,semoga ibu bapanya boleh mengajar sendiri bila ada waktu terluang atau ada cikgu yg berdekatan, tanpa keluar dr daerah kampung[em:9:]
Quote monreyes 5-11-2023 10:49 AM
xde ke asrama

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.165108 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top