Bagan Datuk: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa beliau berhasrat menamatkan karier politiknya selepas berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak 1995.
Beliau berkata, kini dirinya berada di penghujung perkhidmatan sebagai wakil rakyat kawasan itu. "Saya menjadi Ahli Parlimen dari 1995. Pada hemat saya, satu perkhidmatan yang cukup panjang. Saya di penghujung perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen, tetapi sebelum saya tamatkan perkhidmatan itu, saya mahu melihat Bagan Datuk membangun dan maju. Bagan Datuk nombor satu dalam pendidikan di Perak sekurang-kurangnya. "Saya mahu daerah ini mempunyai infrastruktur yang baik. Kita mahu juga kemiskinan dalam kalangan orang India, Cina dan Melayu mesti dikurangkan dan inilah azam Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara," katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Deepavali di sini, hari ini.
Ketika ditanya sekiranya penggal ini bakal menjadi penggal terakhir beliau sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu hanya menjawab secara ringkas. "Ya, (saya) di penghujung perkhidmatan. Kita akan ada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), ke-17 dan ke-18. Jadi kita tunggulah ketikanya yang sesuai," katanya. Sumber: Harian Metro
|
Belibis: Iya kan jer laaa..kata bohong ...
Firenzza replied at 4-11-2023 08:56 PM
Jgn esok dh dekat pru 16 ko ckp xde calon yg ssuai tambahan plk org mlayu masih miskin lg......so kn ...
stingergrumpy replied at 5-11-2023 02:48 AM
Dah dia bagi hint ...dlm kurungan pru 16, pru 17, pru 18...thats another good 14 yrs from now.... ...
Firenzza replied at 5-11-2023 07:24 AM
Wak 47 x blh lepas, nuart dah ikat simpul mati dia, waima sampai sampai PRU 21....... wak cuma blh ...
ADVERTISEMENT