CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3544|Reply: 30

'Saya Di Penghujung Perkhidmatan'-Zahid Bakal Tamatkan Karier Politik

[Copy link]
Post time 4-11-2023 08:00 PM | Show all posts |Read mode
Bagan Datuk: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa beliau berhasrat menamatkan karier politiknya selepas berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak 1995.


Beliau berkata, kini dirinya berada di penghujung perkhidmatan sebagai wakil rakyat kawasan itu.






"Saya menjadi Ahli Parlimen dari 1995. Pada hemat saya, satu perkhidmatan yang cukup panjang. Saya di penghujung perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen, tetapi sebelum saya tamatkan perkhidmatan itu, saya mahu melihat Bagan Datuk membangun dan maju. Bagan Datuk nombor satu dalam pendidikan di Perak sekurang-kurangnya.


"Saya mahu daerah ini mempunyai infrastruktur yang baik. Kita mahu juga kemiskinan dalam kalangan orang India, Cina dan Melayu mesti dikurangkan dan inilah azam Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara," katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Deepavali di sini, hari ini.


Ketika ditanya sekiranya penggal ini bakal menjadi penggal terakhir beliau sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu hanya menjawab secara ringkas.


"Ya, (saya) di penghujung perkhidmatan. Kita akan ada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), ke-17 dan ke-18. Jadi kita tunggulah ketikanya yang sesuai," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2023 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lg mau. Kes sudah Tarak, duit sdh bnyk.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mustahil ahli politik bersara. Muhyiddin yg pernah ada kanser tu pun x bersara
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Majoriti 348 pada PRU 15 tersenyum sinisss
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Iya kan jer laaa..kata bohong kang kecik hati pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaklong bakalan ganti ke? Mereka dan keluarga mereka rela dibenci.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhmdlhhhhhh.. eloklaaa..  tak peerlu berbohong lg..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn esok dh dekat pru 16 ko ckp xde calon yg ssuai tambahan plk org mlayu masih miskin lg......so kna sambung 5 thn lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2023 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis: Iya kan jer laaa..kata bohong  ...


Mmg punggg.. aku je yg caye auta diaa.. projek tebatan bnjirr sampai laa ni manaa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawatan presiden parti pun susah nak lepas. Yang tak sehaluan dengan dia pun dibuang parti, digantung keahlian. Inikan pulak nak lepaskan jawatan as MP.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Purcayala Wak
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 01:08 AM | Show all posts
tak kan la aku tak purcaye.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 4-11-2023 08:56 PM
Jgn esok dh dekat pru 16 ko ckp xde calon yg ssuai tambahan plk org mlayu masih miskin lg......so kn ...

Dah dia bagi hint ...dlm kurungan pru 16, pru 17, pru 18...thats  another good 14 yrs from now.....ko tunggu ler ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah…. Buang Najib, Wak, Atok, Hadi, Abah Sembap… amanlah negara. Msia perlu muka2 baru. Yg nk mengundi besok2 50an ke bawah.. hapuskan saka
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 03:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesayangan nuart ni, terus jadi suci di mata walanon.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Next pru tak jadi calon pun apa ada hal
Lepas tu dpt la lantikan jadi duta kat memana negara best. Mcm nazri teksi tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2023 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik pencen je, jaga cucu. U’r no longer releven. Menyusahkan orang je. Anak betina ko tu dahlah mulut longkang cam minah rempit, tapi acah2 blue blood.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
stingergrumpy replied at 5-11-2023 02:48 AM
Dah dia bagi hint ...dlm kurungan pru 16, pru 17, pru 18...thats  another good 14 yrs from now.... ...

Wak 47 x blh lepas, nuart dah ikat simpul mati dia, waima sampai sampai PRU 21....... wak cuma blh pencen klau 1.  court bagi lepas bebas bak burung merpati  2. Kubur sdh cakap kt wak  mari
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 5-11-2023 07:24 AM
Wak 47 x blh lepas, nuart dah ikat simpul mati dia, waima sampai sampai PRU 21....... wak cuma blh ...

Or selagi he has the vote of his constituents...in the subsequent GE'S....he will  be around....

Setakat hadiah  kain pelikat dan RM50 setiap sorang ahli penduduk kawasannyer .....berapa ler sangat modal yg perlu dia keluarkheun utk pastikheun kedudukhennyer di bagan datuk....untouched?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 10:17 AM | Show all posts
kurang boleh caya..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.064392 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list