Pelawak, Shuib tampil memberikan penjelasan terhadap pertanyaan netizen yang mempertikaikan tindakannya masih aktif menggunakan akaun Instagram (IG) arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah.
Kata Shuib, akaun IG arwah Sarah sebenarnya dikendalikan oleh ibu mentuanya, Siti Fatimah atau mesra disapa sebagai MakDer untuk menjalankan perniagaan Allahyarhamah iaitu Loveta. "Akaun Instagram Siti Sarah dipegang oleh MakDer di mana dulu dia gunakan media sosial untuk berniaga. "Bila dia takda, perniagaan perlu berjalan, perlu diteruskan. Jadi, baiklah kita gunakan apa yang ada sebab situ pun pengikut dia dah ramai. "Bagus untuk bisnes sebab itu digunakan sampai sekarang," katanya. Kata Shuib lagi, ibu mentuanya sudah pendapat persetujuan daripadanya bahkan dia sendiri tidak mahu akaun IG tersebut dibuang kerana tersimpan banyak kenangan.
"Tak ada apa masalah pun, saya tahu kadang-kadang orang bertanya kenapa masih guna akaun arwah untuk itu dan ini. Benda tu pun persetujuan dari saya juga sebab kalau saya nak pakai untuk apa pun, saya ada akaun sendiri. "Jadi, saya bagi dia guna untuk perniagaan sambil-sambil tu MakDer masukkan content anak dia sebab itu kenangan. "Jangan dibuang sebab dah lama dah. Nanti kalau boleh scroll, ada gambar kenangan lagi. Jadi, tak ada isu pun tentang penggunaan itu, Insya Allah," katanya. Sumber: Hlive, Xtra
|
ADVERTISEMENT