CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2254|Reply: 6

Akaun IG Arwah Siti Sarah Masih Aktif, Guna Untuk Perniagaan, Banyak Kenangan - Shuib

[Copy link]
Post time 4-11-2023 07:48 PM | Show all posts |Read mode
Pelawak, Shuib tampil memberikan penjelasan terhadap pertanyaan netizen yang mempertikaikan tindakannya masih aktif menggunakan akaun Instagram (IG) arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah.


Kata Shuib, akaun IG arwah Sarah sebenarnya dikendalikan oleh ibu mentuanya, Siti Fatimah atau mesra disapa sebagai MakDer untuk menjalankan perniagaan Allahyarhamah iaitu Loveta.






"Akaun Instagram Siti Sarah dipegang oleh MakDer di mana dulu dia gunakan media sosial untuk berniaga.


"Bila dia takda, perniagaan perlu berjalan, perlu diteruskan. Jadi, baiklah kita gunakan apa yang ada sebab situ pun pengikut dia dah ramai.


"Bagus untuk bisnes sebab itu digunakan sampai sekarang," katanya.


Kata Shuib lagi, ibu mentuanya sudah pendapat persetujuan daripadanya bahkan dia sendiri tidak mahu akaun IG tersebut dibuang kerana tersimpan banyak kenangan.






"Tak ada apa masalah pun, saya tahu kadang-kadang orang bertanya kenapa masih guna akaun arwah untuk itu dan ini. Benda tu pun persetujuan dari saya juga sebab kalau saya nak pakai untuk apa pun, saya ada akaun sendiri.


"Jadi, saya bagi dia guna untuk perniagaan sambil-sambil tu MakDer masukkan content anak dia sebab itu kenangan.


"Jangan dibuang sebab dah lama dah. Nanti kalau boleh scroll, ada gambar kenangan lagi. Jadi, tak ada isu pun tentang penggunaan itu, Insya Allah," katanya.




Sumber: Hlive, Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bole je pn biar je situ xperlu update. Ttp je ade kenangan tu haaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dayah pun guna IG abam. Biarlah diorang bukannya orang lain dengan simati pun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 03:09 PM | Show all posts
Mesti Watitek pun terasa juga tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ashraf punya IG pon x delete.. tapi BCL x pernah update apa2 pon
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 04:26 PM | Show all posts
aku dah unfollow lama dah... sbb rasa tak sesuai... patotnya utk bisnes boleh buka ig khas nama syarikat... ig arwah ni pada pendapat aku mcm sentimental value sikit...

tp lain org lain cara fikir... so aku unfollow je lahhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2023 06:56 PM | Show all posts
soeb....kwsp tiga empat org staff kedai teh nkau tu bila nkau nak bayo?  dari bulan januari nkau tak bayar....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053537 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list