Pelakon dan model, Scha Alyahya tidak bimbang jika hubungannya dengan jenama-jenama besar antarabangsa terjejas. Scha, 40, berkata, dia juga tidak teragak-agak menolak secara baik sekiranya ada jemputan daripada jenama yang mempunyai kaitan dengan Israel.
Malah, dia kini sedang menyusun semula jadual hantaran di media sosialnya bagi menghormati isu Palestin ini. "Percayalah, Allah bagi rezeki dekat kita. "Ada brand jemput pergi majlis, saya tolak dengan baik. Mereka (jenama) bukannya tidak sensitif tapi mereka ada kalendar (jadual) dan itu benda yang mereka kena ikut. "Tapi kita sebagai talent, ada pilihan. Saya akan cakap saya kurang selesa dengan apa yang terjadi sekarang, saya rasa kita perlu tunda tarikh yang baru. Komunikasi itu yang penting. "Kita kena bijak sikit daripada hanya ikut arahan," katanya. Scha berkongsi pendiriannya itu ketika ditemui di sidang media Hero Dewi Remaja di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.
|
sleepandream replied at 1-11-2023 11:59 AM
patutla mak iti punya fashion hauk... mak iti tak ambik sponsor brand israel...
kalchi replied at 1-11-2023 10:06 AM
Brand fashion & mekap mana yg tak menyokong israel. So kat sini she nak kata akan menolak untuk pegi ...
ADVERTISEMENT