View: 3819|Reply: 12
|
Lantang Bersuara Isu Palestin, Scha Alyahya Tolak Baik Jemputan Jenama Antarabangsa Ada Kaitan Israel
[Copy link]
|
|
Pelakon dan model, Scha Alyahya tidak bimbang jika hubungannya dengan jenama-jenama besar antarabangsa terjejas.
Scha, 40, berkata, dia juga tidak teragak-agak menolak secara baik sekiranya ada jemputan daripada jenama yang mempunyai kaitan dengan Israel.
Malah, dia kini sedang menyusun semula jadual hantaran di media sosialnya bagi menghormati isu Palestin ini.
"ercayalah, Allah bagi rezeki dekat kita.
"Ada brand jemput pergi majlis, saya tolak dengan baik. Mereka (jenama) bukannya tidak sensitif tapi mereka ada kalendar (jadual) dan itu benda yang mereka kena ikut.
"Tapi kita sebagai talent, ada pilihan. Saya akan cakap saya kurang selesa dengan apa yang terjadi sekarang, saya rasa kita perlu tunda tarikh yang baru. Komunikasi itu yang penting.
"Kita kena bijak sikit daripada hanya ikut arahan," katanya.
Scha berkongsi pendiriannya itu ketika ditemui di sidang media Hero Dewi Remaja di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Scha berkata dia memilih untuk tidak mengutuk kekejaman yang dilakukan terhadap bumi Palestin dengan cara kasar di media sosial.
"Kita boleh tunjuk sokongan tapi kita tidak boleh kutuk macam terlalu kasar, kena tahu berlapik. Tahu apa nak cakap, benda itu paling penting," ujarnya.
Meskipun menyatakan sokongan kepada Palestin, namun masih terdapat beberapa individu yang tidak senang melihat perkongsiannya di media sosial.
"Ugutan itu tidak ada tapi orang mesej itu ada. Bagi saya benda itu okay sahaja. Saya boleh kawal sendiri," ujarnya.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Brand fashion & mekap mana yg tak menyokong israel. So kat sini she nak kata akan menolak untuk pegi event2 lancome, armani, dan banyak lagi tu? Dia ni mcm daiyan trisha jugak sejenis tak belakon hosting pon tak. I nk tgk brapa lama hipokrisi ni betahan |
|
|
|
|
|
|
|
patutla mak iti punya fashion hauk... mak iti tak ambik sponsor brand israel... |
|
|
|
|
|
|
|
baju scha pakai tu msian designer je..helokk...mak iti yg x pandai berfashion
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka kau pun tak de aura model |
|
|
|
|
|
|
|
mak iti slagi amik piee jerantut tu slagi tu la x pandai berfasiounnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Fans schawal takde masuk komen lg ke kat thread ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalchi replied at 1-11-2023 10:06 AM
Brand fashion & mekap mana yg tak menyokong israel. So kat sini she nak kata akan menolak untuk pegi ...
Dia ada juga jib hosting kan tapi bermusim |
|
|
|
|
|
|
|
okay la sheols sedar sikit. Masa balenciaga haritu kemain amnesia |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la.. At least dia ada nyatakan pe dapat dia.. Lakinya ada x? |
|
|
|
|
|
|
|
Latest posting hari ni scha ada letak gambar dia dgn beg LV siap tag kt LV. Ape cer?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|