Petaling Jaya: Tindakan sebuah dewan makan di sebuah sekolah berasrama penuh menghidangkn telur rebus yang sudah busuk kepada pelajar mendapat kecaman orang ramai. Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi X, tindakan cuai penyedia makanan itu juga menyebabkan beberapa orang pelajar di sekolah berkenaan mengalami keracunan makanan.
“Makanan yang dihidangkan ini menyebabkan ramai anak-anak sakit perut cirit-birit. “Dah nampak tembelang begini masa kupas telur tapi masih hidang dekat anak-anak. Mana hati perut ya? Ini bukan kali pertama,” tulis hantaran itu. Menurut individu itu juga, sebelum ini dewan makan berkenaan pernah menghidangkan makanan yang terlalu pedas hingga menyebabkan pelajar di sana mengalami sakit perut. Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan penyedia makanan tersebut dan berharap agar dikenakan tindakan tegas oleh pihak sekolah.
“Sampai hati bagi makanan begini pada orang, nak bagi kucing makan benda tidak elok pun tak sampai hati inikan pula anak orang,” kata Asyura. “Tengok pun dah seram, tak periksa dulu ke sebelum hidangkan,” kata Larifzah. “Kalau sampai macam ini. Tak rasa mereka sengaja. Sebab jelas sangat, saya rasa sabotaj. Allahualam. Sebab ada yang nak masuk tender. Memang berlaku begini,” kata Kookies. Menurut individu itu juga, sebelum ini dewan makan berkenaan pernah menghidangkan makanan yang terlalu pedas hingga menyebabkan pelajar di sana mengalami sakit perut. Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan penyedia makanan tersebut dan berharap agar dikenakan tindakan tegas oleh pihak sekolah. “Sampai hati bagi makanan begini pada orang, nak bagi kucing makan benda tidak elok pun tak sampai hati inikan pula anak orang,” kata Asyura. “Tengok pun dah seram, tak periksa dulu ke sebelum hidangkan,” kata Larifzah. “Kalau sampai macam ini. Tak rasa mereka sengaja. Sebab jelas sangat, saya rasa sabotaj. Allahualam. Sebab ada yang nak masuk tender. Memang berlaku begini,” kata Kookies. Sumber: Kosmo! Online |
Momohizan replied at 31-10-2023 10:47 PM
Sekolah mana tu... nak Nama sekolah. Meh I report sekali dengan pengetua n PPD dia.
makita replied at 31-10-2023 03:48 PM
MRSM Serting
dua_chzy replied at 31-10-2023 11:50 PM
Aiols pun syak sabotaj? Kes gini sangat sangat sangat jarang berlaku di Dewan Makan. Takkan la sampa ...
makita replied at 31-10-2023 11:48 PM
MRSM Serting
cruz2 replied at 1-11-2023 02:56 AM
Bukan mrsm serting laaaa..
Mrsm Kukla
Dr Asyraf Wajdi dh suruh siasat
Momohizan replied at 31-10-2023 04:10 PM
I takkan bersangka baik dengan kontraktor Dewan Makan ni. Hari first sahur, 1999 dapat ikan busuk. ...
ADVERTISEMENT