View: 4508|Reply: 62
|
Dewan Makan Hidang Telur Busuk Untuk Pelajar
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Tindakan sebuah dewan makan di sebuah sekolah berasrama penuh menghidangkn telur rebus yang sudah busuk kepada pelajar mendapat kecaman orang ramai.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi X, tindakan cuai penyedia makanan itu juga menyebabkan beberapa orang pelajar di sekolah berkenaan mengalami keracunan makanan.
“Makanan yang dihidangkan ini menyebabkan ramai anak-anak sakit perut cirit-birit.
“Dah nampak tembelang begini masa kupas telur tapi masih hidang dekat anak-anak. Mana hati perut ya? Ini bukan kali pertama,” tulis hantaran itu.
Menurut individu itu juga, sebelum ini dewan makan berkenaan pernah menghidangkan makanan yang terlalu pedas hingga menyebabkan pelajar di sana mengalami sakit perut.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan penyedia makanan tersebut dan berharap agar dikenakan tindakan tegas oleh pihak sekolah.
“Sampai hati bagi makanan begini pada orang, nak bagi kucing makan benda tidak elok pun tak sampai hati inikan pula anak orang,” kata Asyura.
“Tengok pun dah seram, tak periksa dulu ke sebelum hidangkan,” kata Larifzah.
“Kalau sampai macam ini. Tak rasa mereka sengaja. Sebab jelas sangat, saya rasa sabotaj. Allahualam. Sebab ada yang nak masuk tender. Memang berlaku begini,” kata Kookies.
Menurut individu itu juga, sebelum ini dewan makan berkenaan pernah menghidangkan makanan yang terlalu pedas hingga menyebabkan pelajar di sana mengalami sakit perut.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan penyedia makanan tersebut dan berharap agar dikenakan tindakan tegas oleh pihak sekolah.
“Sampai hati bagi makanan begini pada orang, nak bagi kucing makan benda tidak elok pun tak sampai hati inikan pula anak orang,” kata Asyura.
“Tengok pun dah seram, tak periksa dulu ke sebelum hidangkan,” kata Larifzah.
“Kalau sampai macam ini. Tak rasa mereka sengaja. Sebab jelas sangat, saya rasa sabotaj. Allahualam. Sebab ada yang nak masuk tender. Memang berlaku begini,” kata Kookies.
Sumber: Kosmo! Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perangai Israel sungguh yg menganiaya murid2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti kes pekerja perangai tak senonoh! Tambah pula dengan kontraktor tender yang main lepas tangan je.
Tamatkan je kontrak on the spot! Wang cagaran kira burn! Baru padan muka! |
|
|
|
|
|
|
|
Teruknya dah mcm spider web hitam2 gitu tak gamak nak makan. Masa kupas dah nampak hitam2 busuk pun hidang ke? Common sense mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Busuk kohong Wei
Pekerja tu Tahan plak bau busuk Ni .
Apa yang best DPT tender kantin?
Sokmo kena sponsor je kalau ada event
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai tak tahu yang tu adalah telur Venom |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah mana tu... nak Nama sekolah. Meh I report sekali dengan pengetua n PPD dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by makita at 1-11-2023 06:07 AM
Momohizan replied at 31-10-2023 10:47 PM
Sekolah mana tu... nak Nama sekolah. Meh I report sekali dengan pengetua n PPD dia.
Edited : mrsm kuala kla$ |
|
|
|
|
|
|
|
Aiols pun syak sabotaj? Kes gini sangat sangat sangat jarang berlaku di Dewan Makan. Takkan la sampai hati masak telur busuk? |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 31-10-2023 03:48 PM
MRSM Serting
MRSM? Vavava. Something's wrong sangat. MRSM punya tender makan per kepala, 2 kali ganda harganya banding asrama SMK. Macam hada unsur sabotaj ja memandangkan tender dewan makan ni biasanya nilai juta2... |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 31-10-2023 11:50 PM
Aiols pun syak sabotaj? Kes gini sangat sangat sangat jarang berlaku di Dewan Makan. Takkan la sampa ...
I takkan bersangka baik dengan kontraktor Dewan Makan ni. Hari first sahur, 1999 dapat ikan busuk. Masuk tray bau bangkai. Hari2 seterusnya, 5 tahun terpaksa hadap makanan tahap bagi makan babi. Banyak gila leftover, alih2 tokey babi angkut bertong2 bagi makan babi dia. Senior I siap baling tray isi makanan kat counter as protest. Apa pun takde improvement sebab sial yang dapat kontrak Dewan Makan tu sedara pengarah kat PPD. Dah kena blacklist dapat balik kontrak guna nama anak pulak. Masa I study ramai students yang anemic. Complaint la macam mana pun, seekor kontraktor Dewan Makan sial takkan berubah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 31-10-2023 11:48 PM
MRSM Serting
Mari mereport. Tak kira la sabotage ke tak, I nak Pejabat Kesihat turun audit Dewan Makan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok pun nak termuntah telur berurat hitam macam tu, yuckkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cruz2 at 1-11-2023 03:02 AM
Bukan mrsm serting laaaa..
Mrsm Kukla
Dr Asyraf Wajdi dh suruh siasat
Bukan kes kali pertama kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Ooooii... Biasa jd gini org kkm dtg maki kaw².
Kalo ini bukan 1st incident lemah eh pentadbir sekolah.
Kesian kt budak².
|
|
|
|
|
|
|
|
cruz2 replied at 1-11-2023 02:56 AM
Bukan mrsm serting laaaa..
Mrsm Kukla
Dr Asyraf Wajdi dh suruh siasat
Eh mrsm serting dan kuala klawang 2 mrsm berbeza ke. Ya ampun meols dah salah tulis ni |
|
|
|
|
|
|
|
apakah yang ada dalam pemikiran pekerja semasa buat kerja mereka ini
semoga disaman secara besar2an oleh pihak ibubapa yang berpelajaran dan ada kesedaran |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai! Teruk betul!
Dah rupa camtu pun sanggup lg hidang ke org |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah anak kawan iols ni tp dia tak da plak update pasal ni
Anak dia baru form 1, rasanya anak dia balik umah skrg ni so maybe tak terkena mkn telur busuk ni
Kalau tak mesti dia akan cerita kat fb, kat mrsm dorang kan leh bawak henpon so apa2 hal mmg ank leh bg gambar kat mak pak sebagai bukti. |
|
|
|
|
|
|
|
Momohizan replied at 31-10-2023 04:10 PM
I takkan bersangka baik dengan kontraktor Dewan Makan ni. Hari first sahur, 1999 dapat ikan busuk. ...
Zaman aiols pun teruk. Aiol dok asrama SMK tahun 1996-97. Zaman ni memang ntah hapa2 makanan kat dewan makan serupa makanan anjing. Weols pernah iya sarapan mihun rebus dituang kicap sebab mihun goreng dah habis huntok pelajar sidang pagi so sidang petang dapat makanan tahi. Aiol Form 2 dan pengawas asrama masa tu, aiols komplen directly kat warden. Ujung2 aiols blacklisted oleh pengawas lain dan pekerja dewan makan sialan kaki buli pelajar padahal masing2 dah kertu.
Tapi sekarang ini, lagi2 tahun 2023 setahu aiols perkhidmatan Dewan Makan ni memang dipantau habis. Lagi2 MRSM. Tu belum masuk bebudak sekarang pun berani komplen sebab tau cikgu mesti bagi muka kat meka. Patutnya setiap hari ada cadangan menu harian yang deols kena ikut. Hairan camna menda ni boleh jadik. Sebab tu aiols syak sabotaj. |
|
|
|
|
|
|
| |
|